ANTI COMANGO

ANTI COMANGO
KLIK GAMBAR

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, February 29, 2012

Isu Khalwat Ostat Badrol - Keterangan Siapa Yang Betul?


Isu Ostat Badrol yang ditangkap berkhalwat makin hari makin panas, masing-masing menafikan tuduhan yang dilemparkan ke atas satu sama lain.

Tengok sikit komen isteri orang yang cun bernama Zita Iwani :
“Fitnah! Saya tidak berkhalwat. Saya tidak lakukan perbuatan itu! Saya tidak berada dalam satu bilik dengan ustaz (Badrolamin). Orang fitnah saya berniat jahat. Tidak bertanggungjawab! Saya berada di luar bilik hotel. Bukan bersama ustaz dalam sebuah bilik seperti dakwaan. Namun kerana tindakan khianat itu, ustaz kena kurung dan dibelasah dalam biliknya. Saya pergi menemui ustaz Badrolamin atas tujuan mahu melarikan diri daripada suami, bersama anak saya yang berusia dua tahun. Saya bimbang keselamatan kami terancam"
Kenapa bertemu dengan Ostat Badrol sedangkan beliau mendakwa mengenali isteri Ostat Badrol malah isterinya selalu menasihati supaya banyak bersabar?

Jika keselamatan diancam oleh suaminya kenapa tidak sahaja beliau mendapatkan perlindungan dari pihak berkuasa?

Ostat Badrol Amin pula sebelum ini turut mendakwa dirinya dipukul oleh 20 lelaki tetapi anehnya beliau sehingga kini masih tidak melaporkan kepada polis malah wajahnya jika diteliti tiada kesan lebam-lebam akibat dibelasah.

Mana mungkin dibelasah oleh 20 lelaki langsung tiada kesan kecederaan yang kelihatan di wajahnya?


Tetapi kenyataan suami kepada Zita Iwani pula mengatakan beliau tidak membawa orang untuk memukul sebaliknya beliau merayu agar Ostat Badrol Amin memulangkan semula isteri dan anaknya.
"Menurut suami Watiwani dia tidak pernah membawa orang untuk memukul Badrolamin sebaliknya dia merayu agar Badrolamin 'memulangkan' isteri dan anaknya yang berumur 3 tahun supaya dapat dibawa pulang dengan selamat. Malangnya rayuannya tidak diendahkan oleh Badrolamin yang 'menyimpan' isteri dan anaknya dalam bilik hotel yang disewanya.."
Manakala pihak pengurusan keselamatan hotel pula mendapati dari rakaman CCTV tiada kelihatan kelibat sekumpulan lelaki masuk di antara pukul 2.00 hingga 3.00 pagi.
"Namun, rakaman CCTV yang kami lihat kembali mendapati tidak ada rakaman yang membuktikan ada orang masuk beramai-ramai ke hotel kami pada waktu tersebut.
"Kenyataan bahawa hotel ini boleh dimasuki kumpulan samseng sewenang-wenangnya untuk membelasah pelanggan adalah sangat mencemarkan imej hotel ini,''
Jadi siapa yang menipu, siapa yang berbohong...?

Memang BLOCKBUSTER filem yang dilakonkan oleh Ostat Badrol Amin :


Hahaha...

Lagi misteri di sebalik kejadian 'khalwat' Ostat Badrol Amin [KLIK SINI]

Tun Mahathir Hina Hudud?


Semalam menerima satu emel dari seorang mahasiswa yang mengatakan Tun Mahathir Mohammad telah menghina hukum hudud, ada juga yang mengatakan Tun Mahathir Mohammad terlalu jahil tentang agama.

Benarkah Tun Mahathir Mohammad menghina hukum hudud sebagaimana didakwa kebanyakkan mahasiswa pro-pembangkang di laman-laman facebook?

"sangat trkjut dgn jwpn Tun M apabila mahasiswa UNIMAS brtanye soalan mgnai isu hudud. Sy dan rakan2 mpp ukm,usim,upnm dan uum mengucap panjang. Kami sgt terkilan. beliau mmbuktikan yg beliau sgt jahil dlm isu ni. Sy akan upload vidz ucapan beliau dan kalian boleh nilai sendiri."
Tun Mahathir terus menghina Islam berkaitan ketidakadilan hudud utk dilaksanakan di Malaysia.Ucapannya dlm konvensyen mahasiswa dan politik di Unimas.Smg beliau dikurniakan hidayah dan kembali bertaubat.

Itu antara komen yang dilontarkan di facebook serta youtube, teliti transkip penuh soalan yang dikemukakan dan jawapan yang diberikan olehTun Mahathir Mohammad

SOALAN : Apakah pandangan Tun mengenai perlaksanaan hukum hudud di Malaysia dan kenapa sesetengah negeri di Malaysia yang diperintah kerajaan yang beraliran Islam di Malaysia tidak menjalankan di negeri mereka sendiri.

Jawapan yang diberikan oleh Tun Mahathir Mohammad :
Kita harus tahu apakah dianya hukum ini . Yang pertamanya hukum hudud ini  dibentuk oleh ahli-ahli Feqah. Dia tidak terdapat dalam quran. Dalam quran ada hukum-hukum tidaklah begitu keras  seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli Feqah.  
Sebab itu sebelum kita nak laksanakan  sesuatu kita harus rujuk kepada Quran kerana tulah punca kepada asas kepada agama kita . Dan kalau kita baca Quran dalam bahasa yang kita faham , kalau kita baca dalam bahasa Arab mungkin kita tak faham walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham . Dalam bahasa kita sendiri kalau kita kaji baca dalam quran terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum , hukumlah dengan adil. 
Dalam Islam yang utama bukan hukuman , bukan saksi yang empat tapi kita hukuman yang adil . Kita hidup dalam masyarakat berbilang agama , ada pendapat disuarakan oleh pihak yang nak melaksanakan hukum hudud di Malaysia. 
Mereka berkata hukum hudud ini akan dilaksanakan untuk orang Islam shj , orang bukan Islam tidak akan dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang Islam dan seorang bukan Islam melakukan sesuatu jenayah. Mencuri umpanya , apabila kita hukum mereka , yang Islam kita potong tangan yang bukan Islam kita masuk dalam jel selama dua bulan . Kalau kita tanya pada diri kita , apakah ini adil ? 
Adilkah orang Islam putus tangan , orang bukan Islam masuk jel dua bulan lepas tu keluar bebas, ADILKAH ? Kalau jawapannya TIDAK ADIL, maknanya dia bukan islam. Dalam Islam hukuman mesti adil. 
Kalau kita dapati kes rogol seumpamanya, sebenarnya dalam surah An-Nisa, tak ada hukuman yang di ... apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol , dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat mengadakan empat orang yang bebas dari dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh sipolan-sipolan ...Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi , apabila dia membuat tuduhan, tuduhan ini akan dianggap sebagai tuduhannya sendiri , dan dengan ini dia akan dihukum sebat sebanyak 80 kali. 
Kemudian, jika dianya hamil , melahirkan anak, maka ,  dia dituduh pula berzina . dan kemudian hukuman bagi mereka yang berzina , ini tiada dalam quran , tapi ahli feqah kata , rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh , perogol dilepas semata-mata tak ada empat orang saksi , ini semua ditambah tokok kepada agama kita, sebab itu kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini .  
Kerana kita berpendapat, kalau hukuman ini kalau berat kita ni Islam , tak benar. Dalam Quran , kalau kita baca dalam bahasa yang kita boleh faham , kita akan dapati kalau hendak dihukum, hukumlah dengan adil , yang utama ialah ADIL , bukan soal saksi , bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan . 
Sebab itu mereka yang membuat cadangan nak laksanakan hukum hudud, mereka bukan bercakap mengenai HUKUM ISLAM tetapi  ianya ialah ciptaan mereka sendiri  dan kita tak dapat terima . TERIMA KASIH. 
Saya tidak layak memberi komen yang lebih tetapi ada satu komen yang ditinggalkan di laman Azli Shukri yang turut mengulas mengenai isu ini :
Salam, 
Persepsi Tun DrM ini berkisar kepada Feqah. Feqah bagi Tun DrM adalah ciptaan manusia dari pendapat mereka bukannya lansung dari Qur'an. Tafsiran ahli feqah tak boleh dijadikan hukum untuk menghukumi seorang pesalah. Pada Tun DrM Qur'an hanya beri contoh2 yang kemudiannya boleh diaplikasi oleh sesiapa sahaja selama mana ianya dikira adil pada realitinya masakini. 
Jadi, dari jalan berfikir di atas kita dapat mengesan satu jenis perspektif yang dipegang oleh Tun DrM. Beliau sebenarnya tidak menerima wujudnya kesepakatan atau ijma' yang diambil dari ahli-ahli yang dipanggil Ahli Feqah yang sepatutnya diterima sebagai mereka yang adil dalam mengeluarkan hukum. Tambahan lagi ianya perlu pula diijmakan pula. Prosesnya hebat sehingga ianya boleh bertahan sampai 1,400 tahun.

Cuma jika kita lihat sekarang seolah-olah macam ada ruang lompang kerana hukum yang adil yang diijma oleh ahli feqah ini sudah tidak dilaksana selepas jatuhnya Khilafah bahkan lama sebelumnya. Ada cabaran-cabaran baru yang spt dinyatakan Tun DrM yang memerlukan kesepakatan semula para ahli fiqih ini.

Ijma atau kesepakatanlah yang menjadi isunya.

Jika Tun DrM mungkin menolak ijma yang belum dapat dimuktamadkan untuk cabaran zaman ini maka sebenarnya mereka yang cuba mempromosikan hudud juga menolak keijmaan hal-hal lain yang mungkin tidak dianggap penting oleh mereka walaupun hal itu ditekankan dalam Qur'an.
 
Contoh, keijmaan dalam aqidah Ahl Sunnah, kewajiban menegakkan khilafah dsbnya. Seolah-olehnya semacam ada masaalah telur atau ayam kah yang datang dahulu. 
Jika kita fahami perspektif begini maka isu paling besar ialah mengembalikan ahli feqah kepada fungsi mereka yang sebenar-benarnya sehingga ijma mereka boleh diterimapakai dan tahan diuji oleh kesemua lapisan masyarakat. Dan syarat paling penting ianya tidak boleh diklaim sebagai hak kepartian tertentu dalam sistem demokrasi tapi merupakan satu kehendak dari ummat. 
Sehingga kita mencapai tahap ini kita masih boleh berbaik sangka dengan perspektif yang dibawa oleh Tun DrM. Tun DrM bercakap berdasarkan pengalaman praktikal yang sebenarnya yang sudah dan sedang beliau lalui dimana hukum dijadikan bahan pancingan undi dan bukannya untuk mencari keadilan. Manusia yang mempromosinya pula adalah ahli feqah yang dilantik secara ijma para pengundi dan bukan keijmaan mengikut erti yang sebenarnya.
Nampaknya Abu Aqif Studio, Panglima Perang Cyber mungkin boleh mengupas isu ini memandangkan mereka berkelulusan dalam bidang agama.

Komen pembaca...?

Santai : GAG ORDER!?


GAG ORDER...?


If you are depressed The Chicken Dance song makes you forget what you were depressed...



Hahaha...


Jangan lupa baca pasal 'Chicken Blogger' [KLIK]

Tuesday, February 28, 2012

Pemecah Berita : Ustaz Azizan Diugut Bunuh?


Krisis antara Phahrolrazi dengan Ustaz Azizan Menteri Besar Kedah semakin meruncing, hari ini berlangsung dua sidang media oleh PAS Kedah. Satu sidang media bersama wartawan-wartawan mainstream media dan satu lagi dikhabarkan sidang media tertutup yang hanya dihadiri oleh Phahrolrazi dan pengikutnya.

Dalam sidang media itu dilaporkan situasinya agak panas, apa cerita sebenarnya yang melanda PAS Kedah sampai 'ugutan' dikeluarkan kepada Ustaz Azizan?

Dari blog KedahkeKL :
"...Phahrolrazi memang mempunyai masalah dengan Ustaz Azizan, dari soal kerja, sampailah soal tanah dan kontrak. Malah beliau mendedahkan bahawa Ustaz Azizan lebih banyak menolong UMNO dari orang Pas sendiri, malah pengagihan kontrak juga banyak orang UMNO yang dapat dari orang Pas!!
Malah salah seorang penyokong Phahrolrazi berkata "Ustaz Azizan harus di kerat dan di kuburkan!" 
BACA SELANJUTNYA....

Al-Kisah Scorpene, Blogger dan Panglima Armada TLDM....


Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman Panglima Armada Tentera Laut akan meninggalkan kariernya bulan depan dan tidak lagi mahu menyambung kariernya kerana 'fe-dup' terpaksa menjadi 'fall guy' dalam kes kapal selam Scorpene iaitu KD Tun Razak.

Mungkin ramai rakyat Malaysia tahu mengenai kes seorang blogger yang menaiki kapal selam Scorpene tanpa kebenaran dan kelulusan bertulis dari Kementerian Pertahanan Malaysia yang mana selepas itu ianya telah dijadikan kontroversi oleh pembangkang.

Dek kerana kebodohan blogger 'ikon' yang menyiarkan segala rakaman dan wajah-wajah kru KD Tun Razak di dalam laman blognya kerana terlalu ghairah ingin menunjukkan kepada rakyat Malaysia kononnya dialah blogger pertama yang diberi 'pengiktirafan' untuk menaiki KD Tun Razak.

Natijahnya siapa menanggung?




Paparan di atas adalah barisan ayat yang ditulis oleh blogger 'ikon' pro-kerajaan yang mana telah menyebabkan Kementerian Pertahanan Malaysia 'terduduk' seketika dari Menterinya hinggalah ke pegawai-pegawai TLDM.

Belum sempat para pegawai di Kementerian Pertahanan menarik nafas lega, mereka dikejutkan pula dengan rakaman video yang memaparkan temubual bersama kru-kru KD Tun Razak yang mana wajah-wajah mereka tidak 'dihitamkan'.

Mungkin beliau terlalu naif sehingga tidak tahu bahawa kerajaan melaburkan sehingga RM1.3 juta untuk melatih seorang kru KD Tun Razak, malah mungkin beliau juga terlalu naif sehingga gagal memikirkan kesan serta nasib yang mungkin menimpa kru-kru yang wajahnya didedahkan di dalam internet.

Eksklusif 'Ruang Sulit' KD Tun Razak dipaparkan di laman blognya hanya kerana mahu rakyat Malaysia melihat betapa hebatnya beliau. Tetapi tanpa beliau sedari sebenarnya beliau telah mendedahkan satu perkara yang TIDAK PATUT didedahkan kerana ianya melibatkan soal keselamatan negara.



Selepas semua ini terdedah, natijahnya seorang Panglima Armada Tentera Laut Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman terpaksa meninggalkan karier yang dicintainya kerana terpaksa menanggung segala kebodohan individu lain yang bernama blogger.

Jika kesilapan bodoh begini tidak dilakukan oleh seorang blogger yang menganggap dirinya sebagai 'KING' -Laksamana Madya Dato Wira Jamil Bin Osman akan dinaikkan pangkat sebagai Panglima Tentera Laut iaitu jawatan tertinggi dalam TLDM.

Tapi apa boleh buat, kita bakal kehilangan seorang anggota TLDM yang komited, rajin, dedikasi dalam tugasnya. Beliau terpaksa melepaskan kerjayanya hanya kerana INDIVIDU sebenar yang membenarkan blogger no.1 pro-kerajaan menaiki KD Tun Razak tidak mahu  bertanggungjawab dan melepaskan segala kesilapannya kepada pegawai-pegawai TLDM.

Persoalannya siapa sebenarnya yang membenarkan seorang blogger menaiki KD Tun Razak tanpa kebenaran bertulis dari Kementerian Pertahanan, malah Menteri DS Zahid Hamidi pun tidak mengetahui kehadirannya sebagaimana ditulis di laman blognya?

Banyak lagi akan terbongkar...

Akhir sekali usah khuatir, selepas selesai tugas membongkar kejelekan, keangkuhan, kebiadapan, kejahatan blogger ini saya akan kembali kepada kerjaya lama saya iaitu sebagai SALESMAN BLACKBERRY.

Jadi 'payung-payung' besar yang memayungi blogger ini bersedialah, ini hanyalah secebis pendedahan untuk hari ini. Itu pun selepas terbaca posting brader dari Perak, untuk blogger yang terbabit ingin saya maklumkan setakat lebam mata, gaduh guna besi paip, kena pukul dengan helmet saya dah pernah rasa itu semua.

Usahlah 'enter-frame' dalam hal ini...

Jangan libatkan sesiapa dalam hal ini, ini semua berlaku gara-gara kebiadapan blogger berbangsa Melayu yang sentuh institusi yang merupakan benteng terakhir bagi perjuangan survival bangsa Melayu, yang mana sampai sekarang TIADA PERMOHONAN MAAF dibuat!

Jadi simpanlah segala ugutan....

Kalau hendak tampal, impose gambar aku sila ke laman facebook ada banyak lagi kat sana...

Atau kita lawan hujah biar pembaca dan para pembesar UMNO yang menilainya?

Ostat Badrol 'Khalwati' Patut Ajak Sekali 'Iman Mahdi' Berundur Demi Perjuangan PKR...

Bini muda ente sudah banyak cantiklah, tapi apa boleh buat bini orang juga ente suka!
Isu khalwat Ostat Badrol Amin yang selalu menggunakan bahasa kesat setiap kali berceramah terus diperkatakan ramai pihak, dari kedai kopi yang selalu dikunjungi oleh Adun Selinsing yang juga kaki balun bini orang dalam gerabak keretaapi hinggalah ke lobi hotel 5 bintang.

Ostat Badrol Amin dalam kenyataannya selepas memberi keterangan kepada JAIP petang tadi berkata beliau rela berundur demi perjuangan parti.
“Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR)”
Kita tengok video muka 'sangap' Ostat Badrol Amin :



Aduh sedihnya ana tengok wajah ente...

Walau apa pun alasan yang Ostat Badrol Amin beri, isunya sekarang adalah kenapa kamu masuk ke dalam bilik sedangkan kamu tahu wanita tersebut adalah isteri orang yang sedang mengalami masalah rumahtangga sebagaimana kamu nyatakan?

Jika Ostat Badrol mahu beri kaunseling dan nasihat, tidak bolehkah duduk sahaja di lobi hotel, coffee house hotel atau di mana sahaja tempat terbuka yang tidak menimbulkan fitnah?

Tapi jika Ostat Badrol Amin mahu berundur demi perjuangan PKR, nasihat saya jangan berundur seorang diri kerana ianya adalah satu keputusan yang tidak adil terhadap dirinya sendiri.

Sebaliknya ajak sekali brader Anwar Ibrahim yang banyak terlibat dengan skandal moral beserta Adun 'telanjang' Elizabeth Wong yang berskandal dengan lelaki melayu sehingga tersebarnya gambar bogel.

Barulah adil...

Tak gitu...?

Blockbuster bulan ini :


Hahaha... 

Monday, February 27, 2012

[VIDEO] : Akibat PDRM Tidak Dimaklumkan - Aksi 'Penang Gangsters' di Himpunan Hijau Oleh Guan Eng



Inilah akibat bila buat perhimpunan tidak berunding terlebih dahulu dengan pihak polis. Walaupun boleh berhimpun tanpa permohonan permit.

Sekurangnya satu rundingan bersama polis perlu diadakan agar pihak polis boleh menempatkan anggota-anggota mereka di kawasan perhimpunan bagi mengelak sebarang provokasi dan pergaduhan.

Bila sudah kecoh, berlaku tumbuk-menumbuk, tendang-terajang barulah polis dimaklumkan. Dari situ mulalah menyalahkan pihak keselamatan kerana gagal menjalankan tugas dengan baik.

Itulah orang kata Guan Eng ini Menteri Paling Celaka dalam sejarah Pulau Pinang...

YY : Jangan cetus ketegangan antara kaum sudah!

Sunday, February 26, 2012

#Lynas : PAS Bagi FAKTA , DAP & PKR Bagi AUTA!!!

Hari ini isu pembinaan kilang Lynas kembali dijadikan modal politik oleh pembangkang, walaupun disahkan selamat oleh pakar nuklear dari PAS sendiri nampaknya PKR dan DAP terus cuba memanipulasi demi membangkitkan rasa takut dan benci rakyat kepada kerajaan.


Industri Rare Earth pada dahulunya didominasi oleh Amerika yang mana berakhir pada tahun 1980-an yang mana selepas itu penghasilan Rare Earth dikuasai oleh China. 

China yang mempunyai 48% rizab Rare Earth dilihat bakal menjadi kuasa teknologi moden menjelang 2015 berbanding Amerika yang mempunyai rizab Rare Earth sebanyak 13%. Manakala Australia, Kanada dan Russia difahamkan mempunyai rizab tersendiri.

Malah baru-baru ini ketika mengikuti Kembara Aman Kampus, saya sempat masuk ke tapak pembinaan kilang Lynas di Gebeng mendapatkan penerangan yang lebih terperinci mengenai kilang tersebut serta industri Rare Earth.

Foto dari dalam tapak pembinaan Lynas :





Ikuti 25 fakta penting yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia mengenai Lynas :

1) Projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan dari luar negara dalam jumlah yang besar malah ianya dipersetujui serta diakui oleh pemimpin DAP Leong Ngah Ngah yang mana turut disiarkan dalam tabloid cina.

2) Dr. Che Rusli Ahli Parlimen PAS Hulu Langat yang mana merupakan pakar radioaktif juga mengatakan bahawa projek ini tidak berbahaya dan mengikut piawaian antarabangsa.

3) Loji Lynas yang dalam pembinaan di Gebeng dipasang dengan sensor radiasi dan peralatan terkini dalam mengendali pencemaran.

4) 12 kolam simpanan sementara yang dilapisi dengan plastik padat berdentisiti tinggi turut dibina dan diletakkan di dalam tanah akan dilapisi dengan tanah liat bagi membolehkan tempat simpanan tersebut kedap air yang mampu menahan tahap radioaktif sehingga ia dikeluarkan.

5) China menghasilkan 97% daripada bekalan dunia manakala Jepun merupakan pengimport terbesar Rare Earth. Ketika kedua negara ini mengalami perbalahan diplomatik China menggunakan logam berharga ini sebagai senjata untuk memaksa Jepun tunduk serta berdamai dengan mereka.

6) Dalam teknologi menghasilkan telefon pintar dan kereta hibrid produk Rare Earth merupakan sumber utama bagi Jepun. Kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada Rare Earth.

7) Rare Earth mengandungi tahap radioaktif yang paling rendah.

8) Lynas enggan meneruskan pelaburan mereka di China berikutan sekatan ke atas semua produk akhir. Manakala cukai import dan eksport untuk Rare Earth dikenakan sebanyak 25% selain sekatan juga turut dikenakan. Ini membuatkan harga bahan berkenaan berganda-ganda.

9) Sebelum komited untuk menempatkan pelaburan mereka di Malaysia Lynas telah pun menerima kelulusan untuk membina kilang Rare Earth mereka di Australia malah China juga turut memberi kelulusan yang sama. Walaupun ada kes di Boutou di mana tahap radiasi dilaporkan mencemari sumber air utama penduduk setempat.

10) Malaysia dipilih kerana lokasi strategik dengan pasaran, mempunyai akses kepada bahan kimia yang berkualiti tinggi, peralatan dan juga kemahiran teknikal yang miliki Malaysia diperakui oleh pihak Lynas.

11) Lokasi Pelabuhan Kuantan juga dilihat lebih strategik untuk aktiviti pemerdagangan, China tidak dipilih kerana lokasinya yang jauh dan tinggi jumlah cukai importnya manakala Australia lokasinya dilihat tidak strategik dari segi geografi.

12) Tempoh pengecualian cukai selama 12 tahun yang diberikan kerajaan adalah kerana status Lynas sebagai perintis Amoco dan WR Grace selain itu Lynas akan mempromosikan pelbagai produk industri pendokong di Malaysia yang merangkumi perabut, kimia baja dan lain-lain. Secara tidak langsung ianya memberi manfaat yang besar kepada industri peruncitan F&B di Malaysia.

13) Lynas juga telah bersepakat dengan lain syarikat untuk menukar produk sampah kepada konkrit. Tahap torium yang boleh diubah menjadi produk sampingan yang tidak berbahaya seperti agregat semen yang digunakan dalam pembangunan jalan.

14) Pembangkang yang diwakili Fuziah Salleh cuba untuk menghentikan Lynas dengan tujuan untuk menghilangkan keyakinan serta kepercayaan negara luar kepada negara dan bangsa Malaysia dengan ini Malaysia dilihat tidak mampu membuat keputusan walaupun ianya berdasarkan standard antarabangsa dan undang-undang.

15) Rang Persetujuan Perlesenan Lynas adalah dari Agensi Pusat di bawah MOSTI dan Perkhidmatan Industri dan Tenaga Atom Licensing Board (AELB) dan dipantau penuh oleh Agensi Tenaga Atom Sedunia (IAEA).

16) Kelulusan lesen kepada Lynas tiada kaitan dan kena mengena dengan Kerajaan Negeri Pahang.

17) Panel bebas daripada (IAEA) turut dilantik oleh kerajaan pusat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan. Seramai 10 orang pakar yang diakui arif dalam ilmu masing-masing dilantik menanggotai panel berkenaan yang dipimpin oleh Dr. Tero Varjoranta dari Finland di mana beliau merupakan Pengarah Bahagian Bahan Bakar Nuklear dan Teknologi Limbah IAEA.

18) Pakar-pakar iaitu Jan Van Der (Belanda), Dr. Leo M. Lowe (Kanada), Prof. Dr. Balagopala Pillai (India), Dr. Dennis Wymer (Inggeris), Scawela Ulric Hanna Kajander (Findland), Dr. Horts Monken Fernandes (Brazil) dan Hiroko Raticliffe yang bertindak sebagai pembantu pentadbiran.

19) Semua ahli panel yang dilantik ini mempunyai kepakaran khusus dalam perlindungan sinaran, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan tindakan pembaikkan.

20) Misi pasukan ini adalah untuk mengkaji semula tahap pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antrabangsa. Terutama berkaitan dengan tahap keselamatan radiasi.

21) Tahukah kita bahawa Indonesia, Vietnam dan Bangladesh yang merupakan negara lebih miskin dari Malaysia telah pun merancang untuk memulakan projek ini dimana mereka bakal mengendalikan loji nuklear sendiri menjelang 2020.

22) Bahan mentah yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah bahan 'Tin Mining Tailings' yang mana mana ianya berbeza dengan yang digunakan oleh Lynas. Di mana 'Tin Mining Tailings' ianya 50 kali lebih tinggi tahap radiasinya.

24) Rata-rata pekerja Lynas akan menerima 2 millisivert /setahun tahap radiasi dibandingkan dengan mereka yang merokok sekotak rokok sehari dimana ianya menerima 150 millisivert/setahun tahap radiasi.

25) Para pekerja di loji ini hanya menerima 10% radiasi tambahan sebagaimana diterima dalam kehidupan harian para juru x-ray perubatan dan pergigian.

Berdasarkan penerangan ringkas ini, maka wajarlah kita mempercayai bahawa individu dari kalangan kita tahap radiasinya lebih tinggi berbanding loji yang bakal dibina di Gebeng. Malah kawasan persekitaran ofis Fuziah Salleh juga saya difahamkan mengandungi tahap radiasi yang tinggi.

Dua orang dari pihak pembangkang yang mana seorangnya merupakan pakar radioaktif menyatakan projek Lynas adalah selamat. Siapa Fauziah Salleh untuk kita dengar cakap dia? Pakar atom? Pakar bom? Pakar nuklear? atau pun pakar memburukkan kerajaan?

YY : Persekitaran ofis Guang Eng dengan Fuziah rasanya lebih tinggi tahap radiasinya...

Akhirnya Lembu NFC Kembali Menyondol UMNO...



Ingatkan kes NFC telah berjaya diselesaikan oleh blogger kita, tapi jangkaan kita nampaknya meleset, lembu NFC kembali menyondol kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sempena hari minggu, kita santai dengan menonton video bagaimana seorang matador hebat disondol dan ditewaskan oleh lembu.



Sedikit petikan Utusan Malaysia :
"Polis mencadangkan agar Peguam Negara mendakwa Pengerusi Eksekutif Pusat Fidlot Nasional (NFC), Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail atas pertuduhan pecah amanah."
Isu yang benar-benar menyusahkan UMNO pelbagai tuduhan telah dilemparkan pembangkang. Walaupun ianya hanya melibatkan suami DS Shahrizat Jalil, tetapi yang jelas adalah nama UMNO dan barisan kabinet terus dikaitkan.

Sabarlah Kak Jat, banyak-banyakkan berdoa....


Ulang tayang drama 11 episod lembu NFC [KLIK]

YY : Jangan tuduh PDRM 'berkonspirasi' sudah... rebah ambo nanti... hehehe!

Santai : Gara-Gara Ostat Badrol Amin - Mael 'OMBAK RINDU' Terjun Sungai...Haha!

Hari Ahad tak payah berat-berat sangat, kita bersantai dan rileks sikit....

Novel pendek karya kreatif brader 1PELURU ini dihasilkan khas bagi memastikan 'jasa' pemimpin Pakatan Rakyat dalam membela nasib isteri orang dengan membawa ke bilik hotel pada jam 3.00 pagi terus dikenang oleh rakyat Malaysia.

Hahaha...

Jom layan novel pendek 'Ombak Rakyat' :


Hahaha...


Kes VC UiTM mahasiswa mula beri respon terhadap 'kebijaksanaan' blogger No.1 UMNO, mereka cadangkan brader PapaGomo mohon maaf kepada VC UiTM Dato Sahol - [BACA SINI] selepas itu [DI SINI]

[VIDEO] : Ini Bukan Video Khalwat Badrol Amin...



Dulu lain...

Sekarang lain...

Dahulu Membangun Bersama Islam...

Sekarang Konsep Negara Kebajikan...

Satu demi satu petunjuk dari Allah S.W.T tentang perjuangan mereka...

Adakah PAS kini sedang menerima 'azab' dari Allah S.W.T dek kerana menjadikan hukum-hukum agama sebagai modal politik...?

Pengikut totok lebai malang PAS masih tak sedar-sedar lagi...?

[FOTO] : Ostat PKR Buat Onar Sama Bini Orang - Ceramah Jentera PKR Diboikot Pengikutnya?

"Kenapa tak kerahkan semua anak-beranak, cucu-cicit, kanak-kanak turun dengar ana punya ceramah!!!"

GAGAL...

FAILED...

Perkataan yang sesuai digunakan untuk menggambarkan suasana ceramah Jentera PKR untuk PRU13 di Pahang malam tadi. Bunyi cengkerik menghiasi suasana padang di Jalan Baserah, Kuantan. Melihat jumlah kehadiran yang amat-amat memalukan Anwar Ibrahim terpaksa bermain elemen simpati dengan berkali-kali merayu supaya Pakatan Rakyat diberikan mandat dalam PRU13 yang akan datang.

Ada la dalam 500 orang yang hadir itu pun dicampur dengan peniaga-peniaga yang turut  berada di tapak ceramah.

Baca laporan sahabat blogger di lokasi : Keris7Lok 

Laporan dari brader : Gossip Rakyat 

Laporan dari brader : JOMO MALAYA

Laporan dari YDP BPN : Panglima Perang Cyber


Dari Himpunan Hijau - bertukar menjadi drama 'konspirasi'



Badrol...Badrol... memang badigol la kamu ni, nama jer OSTAT! - Time tu Fuziah Salleh nak retreat penyokong kamu retreat bini orang?

Hahaha...

Kerana Badrol Amin Ditangkap Khalwat - Himpunan Hijau Dibatalkan?


Sahabat blogger JOMO MALAYA (mesti idola mamat ni PapaGomo nama pun nak sama je hahaha!) - melaporkan sambutan terhadap ceramah Himpunan Hijau oleh Anwar Ibrahim di Kuantan tadi amat mendukacitakan.

Malah jumlah peniaga dilihat lebih ramai daripada para pengikut Pakatan Rakyat, mungkin kerana pengikut Pakatan Rakyat malu untuk keluar dari rumah selepas salah seorang pemimpin mereka yang bertaraf OSTAT ditangkap berkhalwat bersama isteri orang petang tadi.

Dari blog JOMO MALAYA :
"Sangat menghairankan bilamana penjual digerai lebih ramai daripada mereka yang membeli... Itulah yang terjadi diawal ceramah perdana Anwar di Kuantan..."

"Kebencian rakyat yang sudah mula sedar dengan tipu daya Anwar kini sudah mula menjauhan diri daripada perjuangan Hipokrit untuk martabatkan dirinya sebagai Perdana Menteri..."

"Kalau dulu pimpinan ulama PAS sendiri belum membuat keputusan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri kalau pakatan menang, tapi, hari ini sedar atau tidak, dalam setiap ceramah Anwar dia merayu dan berkempen bahawa dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas ini... TAK MALU..."

"Sambutan yang sangat mendukacitakan pada malam ini telah menyebabkan Fuziah malu untuk berkempen Himpunan Hijau anti-lynas esok pagi... Malam ini saja banyak baju tidak dapat dijual...
 
Difahamkan, Penjual naik berang dengan pimpinan pakatan negeri yang tidak membantu mereka melariskan jualan baju tersebut..."
Fuziah tidak datang...? - Baca selanjutnya [KLIK]
YY : Tak malu ke nak turun dengan mesej Himpunan Hijau dalam masa yang sama pemimpin kamu ditangkap berkhalwat. Muka tampal kulit khinzir agaknya... hahaha! 


ARTIKEL SEBELUM : SMS USTAZ BADROL AMIN KEPADA AHLI PKR UNTUK HALALKAN KHALWAT?

Saturday, February 25, 2012

Mari Baca SMS 'Bapak Setan' Badrol Amin Kepada Ahli PKR Ketika Dia Ditangkap Khalwat


Seorang rakan tadi mengirimkan SMS dari 'Bapak Setan' Badrol Amin yang dikirimkan kepada semua ahli PKR dalam usahanya menyelamatkan diri, walhal suami wanita tersebut yang bertindak membuat laporan :

Berikut SMS yang dihantar oleh Badrol Amin kepada beberapa ahli PKR :
"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di Kuantan tmpt retreat. Suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari n sorok. Kes setel 'family problem'. Mak pompuan datang. Mmg dorang nak cerai. Isteri dh selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula"
Itu alasan oleh Ustaz Badrol Amin, tetapi anehnya jika benar beliau hanya menasihati wanita ini kenapa perlu mengambil masa yang lama untuk membuka pintu. 

Malah kenapa cubaan merasuah pegawai penguatkuasaan dilakukan oleh beberapa pemimpin PKR dalam usaha mereka supaya kes ini ditutup terus?

Lihatlah perangai pemimpin Pakatan Rakyat, Ketua Umumnya kantoi 'balun' chinadoll dan lelaki-lelaki jambu, manakala pengikutnya pula tidak habis-habis berselerakan isteri orang.

Buruk benar perangai Ustaz Badrol Amin, baru saja mendirikan rumah tangga dengan bini baru, masih tak cukup lagi. Sekarang bini orang lain kamu taler...
Dakwah Badrul Amin hingga ke dalam kain isteri orang,begitulah hebatnya berdasarkan maklumat Badrul bersama pasangannya ditangkap jam 3 pagi di sebuah bilik di Swiss Garden,Balok Kuantan oleh suami kepada pasangan khalwat Badrul. 
Menurut sumber,Pasangan Badrul bernama Zati Iwani isteri kepada Fazli Pungut,Zati bertugas sebagai juruteknik Kolej Komuniti Rompin. 
Berdasarkan maklumat daripada saksi, Jabatan Agama Islam Pahang terpaksa menunggu hampir setengah jam sebelum pintu bilik dibuka.Apabila pintu dibuka Badul Amin hanya bertuala bersama pasangannya...  
Baca selanjutnya di PISAU.NET
YY : Ini memang betul-betul BAPAK SETAN!

Terkini : Identiti Pasangan Khalwat Ustaz Badrol Amin Berstatus Isteri Orang!


Sebentar tadi dikejutkan dengan berita Ustaz Badrol Amin ditahan berkhalwat - terkini maklumat yang diterima mengatakan pasangan khalwat Badrol Amin adalah wanita bernama Zitawani yang bertugas sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin yang mana masih berstatus isteri orang.

Suami wanita tersebut bernama Fazli Pungut.

Update menyusul...

Pemecah Berita : DAP Batalkan DEMO - Ustaz Badrol Amin Ditahan Berkhalwat


Terkini:

Ustaz Badrul Amin Bahrum ditangkap khalwat di Pahang oleh Jabatan Agama Islam Pahang .

Badrul Amin yang terkenal dengan ceramah mencarut,maki hamun dan fitnah ini di tangkap bersama pasangannya disebuah bilik semasa retreat parti. - pisau.net

Sementara itu maklumat terbaru yang diterima juga mengatakan DEMO anjuran DAP di hadapan KFC I-City esok dibatalkan kerana bimbang reaksi PERKASA.

Sebarkan : Isu Pekerja KFC I-City - Esok DAP Adakan Demo Untuk Cetuskan Konflik Antara Kaum!


DAP cuba panaskan kembali isu pergaduhan di KFC I-City untuk menjadikannya isu perkauman.

Isu yang berlaku pada 6/2/2012 - bermula apabila pemuda berbangsa Cina mengeluarkan kata-kata kesat berbau perkauman kepada pekerja berbangsa Melayu telah menyebabkan 3 orang pemuda Melayu bertindak membelasah pemuda Cina tersebut.

Selepas insiden itu, kedua-dua pihak tidak membuat sebarang laporan polis, namun dua hari selepas itu Pengawai Khas Teressa Kok mengambil kesempatan dengan 'menghasut' pemuda berbangsa cina itu membuat laporan polis.

Insiden ini akan dijaja oleh DAP untuk mencetuskan konflik perkauman.


Maklumat terbaru yang diterima mengatakan esok DAP akan mengadakan demontrasi di KFC I-City Shah Alam, bertujuan mencetuskan provokasi dan akhir sekali perbalahan di antara kaum tercetus.

Esok DAP nak berdemo bagi mencetuskan ketegangan kaum.

Minta rakan-rakan dari pemuda gerak-gempur turun bagi mempertahankan bangsa kita.

Sebarkan..!

Jika UMNO Tak Faham Al-Quran, PAS Pula Mempermainkan Al-Quran?

Dr. Rani Othman Pesuruhjaya PAS Selangor nampaknya bercakap mengikut selera kepala hotak dia tanpa memikirkan bahawa setiap tutur serta tuduhan yang dilemparkan kepada UMNO kadangkala tepat terpalit ke atas muka PAS.

Jika sebelum ini pasar babi PAS sanggup redah semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan masyarakat bukan Islam semalam di hadapan 'fundraiser' DAP Dr. Rani Othman tanpa rasa bersalah melemparkan fitnah kepada orang UMNO.
“What is the difference between PAS and Umno? Both of us wear the kopiah, baju Melayu, and we may even look the same. 
“But the main difference is that we understand the Quran, and they do not” - Dr. Rani Othman -
Melemparkan tuduhan kononnya UMNO itu tidak memahami Al-Quran hanya kerana UMNO menyerang hubungan di antara PAS dan DAP di hadapan penganut bukan Islam, menunjukkan PAS sanggup melakukan apa sahaja demi meraih sokongan penganut bukan Islam walaupun terpaksa memfitnah saudara seagamanya.

Wahai Dr. Rani Othman - Jika UMNO tidak memahami Al-Quran sebagaimana tuduhan yang dilemparkan. Bagi saya PAS lagi teruk dari UMNO kerana bertindak mempermainkan Al-Quran dengan membiarkan ayat-ayat suci dijadikan modal ceramah oleh kafir DAP.

Bukan sahaja merelakan ayat suci jadi modal politik oleh bukan Islam malah hukum-hukum agama juga PAS lacurkan hanya kerana mahu melihat tersungkurnya kerajaan UMNO/BN.

Prinsip pemimpin PAS juga selalu berubah mengikut zaman, walhal di kalangan para-para Nabi dan Rasul, setahu saya tiada seorang pun yang mengubah prinsip perjuangan hanya kerana mahu menambahkan jumlah pengikut mereka semasa berdakwah.

Prinsip digadai atas alasan mahu mengtarbiahkan dan mahu DAP faham akan Islam, tetapi apa yang kita tengok sepanjang 6 tahun 'persetubuhan' PAS dengan DAP ialah DAP tetap tak faham-faham  mengenai Islam sebaliknya PAS pula yang semakin liberal dan semakin tersasar dari ajaran Islam.

Kalau tidak tersasar takdelah kes penganut PAS ikut adakan Candle Light Vigil.

Hahaha...

Amanat khas untuk orang bukan Islam, dengar baik-baik betapa rasis dan ekstremnya PAS :



YY : Kena atah UMNO dikatakan haram, kena tang dia dikatakan Halal...

#saveKelantan : Agent Johnson Seronok 'Meraba' GRO Bersama Yang diPertua PAS Tumpat?

Kelantan Negeri Serambi Mekah - gelaran yang diberikan kepada negeri kelahiran saya yang sudah lebih 23 tahun diperintah oleh para ulamak PAS. Ada yang mengatakan PAS memerintah Kelantan dengan begitu baik di mana premis-premis hiburan serta aktiviti maksiat langsung tidak terdapat di Kelantan.

Mungkin dulu benar dakwaan ini, namun kini negeri yang diperintah oleh para ulamak ini tidak kalah dari segi aktiviti kemaksiatannya. Dari disko-dut di bawah pokok ceri kini sebuah pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras bebas beroperasi walaupun lokasinya tidak lebih 5 kilometer dari rumah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Laporan kickdefella hasil risikan Agent Johnson :

Baru-baru Agen Johnson di pelawa oleh Bro Torpedo untuk menyiasat aktiviti maksiat di DUN Pasir Pekan yang diwakili oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB Dato’ Haji Ahmad Bin Yacob. 
Dato’ Haji Ahmad Yacob juga adalah Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Negeri Kelantan selain Yang DiPertua PAS Kawasan Tumpat. 
DUN Pasir Pekan berada di bawah Parlimen Tumpat. Sekian lama isu maksiat yang berleluasa di Tumpat hangat diperkatakan termasuklah di dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan tetapi tiada sebarang tindakan serius dilakukan untuk mengatasinya.



Malah aktiviti maksiat yang termasuklah karaoke haram dan disko rimba yang sebelum ini terbatas kepada beberapa kelompok masyarakat Siam di situ kini telah merebak ke premis kekal dengan peralatan serba canggih.
Berikut adalah rakaman siasatan yang dilakukan oleh agen Johnson dan Bro Torpedo di Bandar Baru Pasir Pekan. Premis hiburan ini selain menghidangkan minuman keras kepada orang Islam dan bukan Islam turut menyediakan kemudahan berjudi dan pelayan-pelayan perempuan daripada Thailand.
Jika anda mahu dan mampu, anda boleh lakukan banyak perkara bersama pelayan perempuan daripada Thailand ini. Pada waktu-waktu tertentu, perempuan daripada Thailand ini di ‘sembunyikan’ di unit sebelah premis berkenaan untuk tujuan keselamatan. 
Segala-galanya ini berlaku dengan selesa tidak lebih lima kilometer dari kediaman Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. 
Selanjutnya....
YY : Nopak lg Tok Guru ambo... 

[VIDEO] :@azwanbro Pemuda UMNO Perak - Dah Ready Ke Belum Nak 'Berperang'?

Negara bakal berdepan dengan pilihanraya ke-13  tidak lama lagi, BN dikhabarkan bakal berhadapan dengan tentangan sengit dari Pakatan Rakyat di negeri Perak ekoran krisis negeri Perak yang mana menyaksikan Pakatan Rakyat kehilangan kuasa pemerintahan selepas dua ADUN mereka bertindak keluar parti hanya selepas memerintah negeri tersebut.

Ikuti temubual bersama Ketua Pemuda UMNO Perak Khairul Azwan Harun dalam usahanya memimpin barisan Pemuda UMNO Perak dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang :

Jom Serang #MajlisBeliaPutrajaya : Siri Kejohanan #paintball 'Malaysia Woodsball League' - Sirkit Pertama


Siri Kejohanan Paintball “Malaysia Woodsball League” merupakan satu kejohanan paintball scenario ataupun rekreasi (recreational paintball) yang diperkenalkan pada tahun 2011.

Siri kejohanan ini merupakan satu acara tahunan yang akan dijalankan di dalam 3 siri kejohanan tempatan dan 1 Kejohanan Antarabangsa.


Kesemua lokasi kejohanan tempatan dijalankan di seluruh Malaysia, manakala lokasi untuk acara antarabangsa masih di dalam perbincangan dan dijangka akan diumumkan selepas siri kedua kejohanan ini.

Sasaran penyertaan adalah pasukan paintball scenario tempatan dan dirantau ini manakala untuk siri antarabangsa penyertaan sulung dari pasukan pasukan antarabangsa dari Amerika Syarikat dan Eropah turut dijangkakan.


OBJEKTIF KEJOHANAN “MALAYSIA WOODSBALL LEAGUE”

Objektif MWL di dalam penganjuran Liga ini di Malaysia adalah berdasarkan perkara perkara berikut:
  • Meletakkan Malaysia sebagai hab sukan paintball di dunia.
  • Menyerlahkan Malaysia sebagai pusat aktiviti sukan lasak dan pelancongan di Asia.
  • Membantu usaha kerajaan di dalam menggalakan kemasukkan pelancong asing ke Malaysia melalui sukan pelancongan.
  • Merealisasikan Program Penjenamaan Global Malaysia (Malaysia Global Branding Programme).

ATURCARA KEJOHANAN



Hari Pertama (25/2/2012)

7.30 pagi Pendaftaran Pasukan
8.30 pagi Kejohanan bermula
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
6.00 ptg Tamat Kejohanan Hari Pertama

Hari Kedua (26/2/2012)

8.30 pagi Kejohanan Hari kedua bersambung 
10.00 pagi Ketibaan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan ahli parlimen Putrajaya YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk upacara pelancaran Malaysia Woodsball League (MWL).
1.00 ptg Rehat, Solat dan Makan tengahari
2.00 ptg Kejohanan bersambung
3.00 ptg Acara untuk Pengunjung Kejohanan
5.00 ptg Upacara Penutup Kejohanan dan Penyampaiaan Hadiah dan Cenderamata kejohanan kepada VVIP serta Sesi bergambar bersama Pasukan Pasukan.
6.00 ptg Tamat Kejohanan Sirkit Pertama

Kategori

1. Kategori Terbuka
  • Kategori ini terbuka kepada semua pasukan pasukan paintball dari semua liga paintball seluruh negara.
  • Jumlah peserta untuk satu pasukan ; 10 orang termasuk 3 pemain simpanan.
  • Masa Permainan : 10 minit
  • Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
  • Sasaran jumlah pasukan : 15 pasukan
2. Kategori Taktikal
  • Untuk pasukan pasukan novis dan kategori belia dan terhad kepada penggunaan perkalatan taktikal sahaja
  • Jumlah pemain satu pasukan : 10 orang termasuk 3 pemain simpanan
  • Masa permainan : 10 minit
  • Undang Undang Permainan : Malaysia Woodsball League Rules
  • Sasaran jumlah pasukan : 20 pasukan
3. Kategori Milsim

Kategori Milsim merupakan kategori simulasi ketenteraan (milllitary simulation) dimana format dan objektif permainan mempunyai variasi berlainan bagi setiap siri. Kategori yang pertama kali diperkenalkan di rantau ini dimainkan didalam tiga disiplin:
1. Ketahanan (Endurance)
2. Tepat dan Cepat (Fast and Accurate)
3. Misi dan Objektif (Mission and Objective)



YY : Team YY dah ready untuk berperang woodsball esok. Jom join!

Friday, February 24, 2012

Memorandum Dari Pemuda UMNO Dibakar Oleh PKR?


Siapa agaknya yang bakar memorandum yang diserahkan kepada Anwar Ibrahim di Pejabat PKR siang tadi? Ini mesti geng-geng Anwar Ibrahim yang bakar sebab tak dapat menerima hakikat bahawa bos mereka penyokong kuat Israel. 

Dari Malaysian Digest :
The memorandum which was handed over by the Umno Youth today was burned. 
However, no witnesses were there to see the memorandum being burned, and only ashes of the memorandum remained in front of the PKR headquarters. The headquarter's guard also failed to identify the person who had burned the paper, nor did he see that incident. 
Juzarim from AMK Subang said they had received order not to touch the memorandum, but the somehow someone had took the paper and burned it. 
Earlier, the Umno Youth held a protest in front of Parti Keadilan Rakyat's (PKR) headquarters, urging PKR's de factor leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to retract his Israel-friendly remark in the Asian Wall Street Journal (AWSJ). 
They also submitted a memorandum to PKR concerning that matter. 
The protest was joined by the youth wing's Executive Councillors (Exco) members, NGOs, as well as Umno, MCA and MIC youth leaders, lead by Umno Youth secretary, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid.

Serangan Kepada VC #UiTM @datosahol - INI JAWAPAN SAYA... Haha!

Dua hari lepas saya dikatakan 'gila' kerana bertindak menghentam 'Tuhan' kepada semua bloggers iaitu PapaGomo. Ramai pihak telah beri respon ada yang kata saya 'gila' melawan blogger pujaan hati 27 juta rakyat Malaysia. 

Hahaha...


Tidak perlu saya sebutkan nama beliau walaupun beliau melabelkan saya 'pencacai'. Walhal sekali imbas dirinya adalah 'pencacai' yang sebenar.

Nak tahu nama? Ok saya bagi sedikit 'hint' setiap artikelnya mesti mempunyai tajuk - INI JAWAPAN TUN MAHATHIR BLA BLA BLA...! - INI JAWAPAN ANWAR IBRAHIM BLA BLA BLA!

Hahaha...

Saya ingin tegaskan jangan cuba 'main gila' dengan menyerang UiTM yang merupakan institusi untuk anak-anak Melayu belajar demi kepentingan seorang professor yang disahkan gila oleh pakar perubatan, jangan fikir kamu sorang saja yang hatinya kering dan banyak menyimpan rahsia. 

Cukuplah sifu kamu dan kroni dilatih oleh orang gila selama ini (orang gila yang mengaku dirinya pakar propaganda hahaha), jangan mengajak kami ikut jadi gila macam sifu kamu.

Kenapa saya kata mereka dilatih oleh orang gila? - Sedikit 'klu' jika serangan terhadap UiTM diteruskan oleh kuncu-kuncu kamu!


Di atas adalah laporan sulit mengenai 'dalang' disebalik serangan kepada VC UiTM, jangan paksa saya dedahkan semua. Apa yang berlaku pada malam sebelum serangan dibuat juga akan saya dedahkan jika serangan terus dilakukan, saya tidak peduli walaupun ianya melibatkan nama-nama besar!

Sebagaimana saya tegaskan kedudukan saya sekarang adalah 'NOTHING TO LOOSE' - Jika saya diperhatikan oleh kamu, ingin saya sampaikan di sini gelagat kamu serta kuncu-kuncu kamu telah lama saya perhatikan serta saya rakamkan. 

Jangan cakap pasal hormat-menghormati jika kamu sendiri gagal menunjukkan sikap hormat kamu kepada blogger-blogger lain terutama blogger dari Unit Media Baru - yang merupakan unit di mana saya bernaung sekarang ini!

Saya berhenti di sini atas nasihat seorang blogger otai kepada saya, jadi ada baiknya pihak kamu juga berhenti atau banyak pihak yang akan ditarik ke dalam kancah 'peperangan' di antara pihak yang menyerang UiTM dan kami yang membela UiTM!

Baca artikel berkaitan [KLIK SINI]

Akhir sekali ada baiknya kita ikut nasihat berguna dari Cats Thinker (ntah siapa ntah aku terjumpa) dalam entrinya sebagaimana di bawah :  
Assalamualaikum, 
Salam Sejahtera. 
CT tertarik dengan gossip panas perang sesama sendiri bloggers atau cybertroppers pro BN, antara PapaGomo and The Gang dan Yuseri Yusoff and The Gang. Dipanaskan lagi oleh Badut Rakyat dalam entri beliau yang terbaru. 
Isu asas yang diperjuangkan adalah isu TNC UiTM Datuk Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar mengenai banyak perkara yang berbangkit (CT tidak akan mengulas). Cuma CT kecewa akibat peperangan tersebut yang kalah adalah UMNO/BN.  
Biasanya di dalam peperangan, masing-masing akan mencari kelemahan dan membongkarkan rahsia. Maka satu persatu rahsia akan terbongkar sehinggakan siapa yang menaja bloggers ini akan diketahui umum dan akhirnya bloggers pro UMNO/BN tidak akan dipercayai lagi. 
Daripada kajian pendapat, umum memang mengetahui ada dikalangan bloggers pro UMNO/BN mendapat pendapatan lumayan daripada menjadi bloggers sepenuh masa.

Cuma belum bertaraf jutawan sahaja lagi. Umum tidak dapat memberi bukti yang sahih, cuma andaian terhadap kehidupan sebelum dan selepas menjadi bloggers pro UMNO/BN ini yang dianggap mewah. Malah ada khabar-khabar angin mengatakan ada bloggers pro UMNO/BN cuba melobi projek-projek kerajaan bernilai jutaan ringgit.  
Wow! Kesahihan sumber ini CT tidak pasti. 
Apabila berlaku peperangan dikalangan bloggers ini, bukan menjadi rahsia lagi tentang punca pendapatan bloggers ini sekiranya masing-masing membongkar satu persatu rahsia peribadi yang tidak wajar diketahui umum. Ini bukan bermakna kesemua bloggers sebegitu.  
CT yakin masih ada bloggers pro UMNO/BN yang bergerak sendirian "Stand Alone" seperti CT tanpa mendapat habuan sesen pun atas semangat perjuangan jati dan keikhlasan untuk membantu parti dan kerajaan. 
Apa yang menghairankan CT, bagaimana bloggers-bloggers ini direkrut dan ditaja. Untuk menjadi bloggers politik dan pro UMNO/BN yang sejati dan semangat juang yang tinggi bukan hanya berbekalkan kebolehan dan bakat di dalam IT ataupun dunia siber. Calon-calon hendaklah seorang yang telah berkecimpung dan bergiat lama di dalam politik.  
Bukannya sehari dua dalam politik atau setahun jagung sudah boleh menjadi bloggers politik. Ilmu politik seharusnya tinggi dan memahami tendang terajang di dalam dunia politik. Jika di dalam dunia politik mereka ini dipanggil "anak ikan" dan beberapa nama lain lagi. SEDAP DIMAKAN RANGUP DITELAN.(faham-faham sendiri lah!!!) 
Jangan salah anggap apa yang CT tuliskan disini. CT tidak berniat untuk memihak atau bermusuh dengan sesiapa pun. Cubalah cari jalan penyelesaian dan jadikan agenda perjuangan sebagai keutamaan. Jauhkan hasad mendengki antara sesama kita. 
Ranking itu hanyalah mainan angka. Kerana angka, Allah murka kepada kita. Cuma CT teringat satu pesanan orang-orang tua, jangan kita jadi orang pertama masuk NERAKA JAHANAM. 
Wallahuaqlam...
YY : Nak stop ke tak nak...? :)

[VIDEO] : @KhairyKJ Balun Anwar Ibrahim - "Anwar Jangan Hipokrit"



Yang mana lagi teruk menyokong segala usaha yang dilakukan oleh Israel sebagaimana diungkapkan oleh Anwar Ibrahim atau berdagang dengan syarikat yang berpengkalan di Israel?

Kebenaran pemerdagangan adalah jauh berbeza dengan sokongan politik yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal iaitu menyokong segala usaha untuk memastikan keselamatan negara Israel.

Jika diteliti kenyataan Anwar Ibrahim seolah-olah beliau setuju dengan segala tindak-tanduk yang dilakukan oleh Israel dalam mempertahankan keselamatan negara tersebut termasuk membunuh rakyat Palestin

Wahai ahli PAS kamu menyokong Anwar Ibrahim umpama kamu menyokong Israel.

YY : Patutlah gila membalun - sifu psywar mereka disahkan gila oleh pakar perubatan -  Cuba teka siapa? jeng...jeng...jeng!

Thursday, February 23, 2012

#SaveKelantan : Tuntutan 22 Perkara Rakyat Kelate - JOM TUKAR!


Pagi tadi diadakan satu sidang media oleh sebuah gerakan NGO di Kelantan iaitu TUKAR di Jalan Tengku Chik, Kota Bharu.

Dalam tuntutan tersebut TUKAR menuntut kerajaan PAS Negeri Kelantan menunaikan 22 janji utama yang masih belum ditunaikan walaupun telah memerintah negeri tersebut selama 22 tahun.

Berikut 22 tuntutan yang dibuat oleh TUKAR :

TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA. 
TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN BADAN HISBAH DAN MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN HARTA.

TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.

TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN SENDIRI. 
TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.

TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA SEKARANG. 
TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027. 
TUNTUTAN KELAPAN (8) CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING). 
TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA. 
TUNTUTAN KE SEPULUH (10) 
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA ISRAEL. 
TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM. 
TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN. 
TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN BUTIRAN PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT. 
TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)

RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.
TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS (PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM DILAKSANAKAN.  
TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN. 
TUNTUAN KE TUJUH BELAS (17) 
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH. 
TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN BATU ASAS.
TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.
TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN. 
TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.  
TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA.

Al-Fatihah : Adik Faris Telah Pergi Selamanya...


Baru dimaklumkan sebentar tadi bahawa Adik Faris telah pergi meninggalkan kita pada jam 10:18 pagi tadi.

Ternyata Allah lebih sayangkan Adik Faris...

AL-FATIHAH....

Blogger Prihatin : Jom Bantu Adik Faris


Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam
Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'

Pembaca boleh membaca kisah Faris di Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah, STM (Akronim Paling Bermakna Bagi Faris, Gambar Terkini Faris (Mampukah Dia Tersenyum Kembali?) dan Faris Terkini.

"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.

Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.


Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.
Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.
Mewakili keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

TERUS HEBAHKAN BERITA INI

Wednesday, February 22, 2012

[VIDEO] : KP UMNO Penang Desak LGE Letak Jawatan



Baca di Mat Kilau Penang - ada cerita panas di bangunan UMNO Pulau Pinang tadi [KLIK]

PapaGomo Cuba Lempar Taik Lembu Ke Muka VC #UiTM @datosahol - Apa Motifnya?


Blogger 'Ikon' bagi sesetengah pemimpin UMNO semalam telah mendedahkan surat dari BPR berkaitan dengan VC UiTM Dato Sahol kononnnya mereka mahu satu siasatan lanjut diadakan. Mungkin mereka tidak yakin dengan siasatan yang dilakukan oleh BPR pada tahun 2007.

Sebelum saya pergi lebih jauh, ingin saya tegaskan di sini hubungan saya dengan blogger 'ikon' bernama PapaGomo OK! Kami tiada masalah!

Semalam beberapa blog telah 'memanaskan' kembali isu Dato Sahol VC UiTM yang dikatakan telah menyalahgunakan kuasa beliau dalam pemilihan calon biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu.

Bahasa mudahnya, mereka ini menjadi penyambung lidah pembangkang, mereka cuba 'Menakuk di Kepala Takuk' dalam kes ini.

Modus operandi yang digunakan oleh blogger ini tetap sama, lebih kurang jam 10.00 pagi arahan kepada blogger pencacainya akan diberikan dan mereka akan memainkan isu ini serentak.

Matlamat mereka hanya satu 'panggilan emas' dari Dato Sahol atau pun Dato Sahol disingkirkan dan digantikan dengan seorang Professor gila yang kononnya dirinya adalah pakar propaganda. Siapa professor gila yang saya maksudkan?

Nanti saya dedahkan nama professor gila ini...

Sebelum kita pergi jauh, kita perlu meneliti terlebih dahulu surat yang dikeluarkan oleh blogger 'POLONG TIDAK BERTUAN' ini dalam usahanya memastikan seorang Professor gila menggantikan tempat Dato Sahol.

[KLIK IMEJ]
[KLIK IMEJ]

[KLIK IMEJ]
[KLIK IMEJ]


Sisatan BPR pada tahun 2007 mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh Dato Sahol, malah setiap pegawai-pegawai yang ditemuduga telah mengesahkan bahawa tiada salahguna kuasa dilakukan oleh Dato Sahol.

Selain itu PapaGomo tidak 'highlight' bahawa Dato Sahol tidak isytihar bahawa dua nama yang tersenarai merupakan anak beliau. Ini bermakna anak-anak Dato Sahol memohon biasiswa ini mengikut prosedur biasa yang dilalui oleh anak-anak orang lain.

Jadi di sini pegawai temuduga langsung tidak mengetahui tentang anak Dato Sahol, malah Dato Sahol sendiri pun tidak terlibat sama sekali dalam pemilihan calon untuk biasiswa Skim Tenaga Pengajar Muda (TPM) lima tahun lalu sebagaimana dinyatakan dalam surat yang dipaparkan.

Tiada unsur salahguna kuasa membabitkan Dato Sahol oleh BPR tetapi kenapa PapaGomo berserta 'anjing' belaannya begitu beria-ia sekali  mendedahkan surat ini?

Adakah menjadi satu kesalahan jika anak-anak Dato Sahol yang cemerlang dalam akademiknya memperolehi biasiswa ini?

Besarkah dosa anak-anak Dato Sahol yang mana bapanya bertungkus-lumus menjaga nasib beratus-ribu anak-anak Melayu UiTM dibandingkan dengan dosa seorang menteri yang dikaitkan dengan skandal lembu yang cuba ditutup oleh PapaGomo?

Mungin PapaGomo ingin melihat Dato Sahol dipaksa letak jawatan sebagaimana nasib yang menimpa nasib seorang armada tinggi tentera laut yang mana dipaksa meletak jawatan gara-gara kebodohan PapaGomo mendedahkan video rakaman dalam kapal selam Scorpene?

Kisah ini juga akan diceritakan nanti...

Dengan menyambung lidah pembangkang bolehkah saya gelarkan blogger bernama PapaGomo ini sebagai 'TROJAN HORSE' yang beliau labelkan kepada Anuar Mohd Nor?

Sudahlah gagal menyahut cabaran Anuar Mohd Nor supaya bersumpah serta dedahkan RAW Video di Carcosa Seri Negara, kini blogger pujaan sesetengah pemimpin UMNO yang hidupnya disara sebuah agensi kerajaan ini cuba menjatuhkan manusia yang begitu banyak jasanya kepada anak-anak Melayu?

Banyak lagi kebodohan PapaGomo akan saya dedahkan selepas ini. Akhir sekali nak tegaskan lagi sekali, saya dengan PapaGomo OK!

Pssst... kedudukan aku sekarang 'NOTHING TO LOOSE'!

YY : Nanti tunggu kes NFC yang cuba ditutup oleh PapaGomo serta kes sebuah agensi kerajaan tabur duit rakyat buat konvesyen yang tak berguna! - Gua nak tengok macam mana lu nak tutup taik lembu NFC!

Tuesday, February 21, 2012

Pemuda UMNO Gempur Parlimen Parit - Tanda Pilihanraya Sudah Dekat?

Suara Pemuda UMNO Malaysia bergema di Daerah Perak Tengah, kali ini lokasi dipilih adalah Pekan Parit untuk Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Pekan Parit adalah antara pekan tertua dan lokasi Parlimen Parit terletak dalam bandar Ilmu iaitu bandar Seri Iskandar.

Mesyuarat Pergerakan Exco Pergerakan UMNO Malaysia yang julung kali diadakan di lokasi pinggir bandar antara aspirasi kini Ketua Pemuda Umno Malaysia YB Khairy untuk mencipta kelainan dalam mesyuarat Exco sebelum ini.

Dipercayai mesyuarat ini adalah mandat terkini YB Khairy kepada exco pemudanya sebelum PRU 13.

Beberapa foto sempat dirakamkan penulis di Pekan Parit,Perak sebelum Mesyuarat Pergerakan Exco Pemuda Umno di Pejabat Bahagian Umno Parlimen Parit.





Kredit to : PENAKSJ

Sunday, February 19, 2012

#SaveKltn : Sudahlah Bekalan Air Teruk, Bil Pula Tinggi Melambung - AKSB Tipu Rakyat Kelate?

Masalah air di Kelantan bukan satu masalah yang baru, malah ianya sudah berlarutan lebih 17 tahun. Kegagalan kerajaan negeri menyediakan bekalan air sempurna kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah membuktikan mereka tidak mampu untuk mentadbir sebuah negara.

Dari kelatekito.net :
Mungkin ramai Kelantan tidak menyedari bahawa mereka ditipu oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd supaya membayar bil yang lebih tinggi. 
Meter saja cantik tapi kadangkala air tiada....
Ini disebabkan langkah syarikat tersebut menukar meter lama pelanggannnya kepada meter berjenama Smart Meter yang didapati rosak. 
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan surat pada 9 Ogos 2010 dan 11 Ogos 2011 kepada AKSB dan syarikat yang mendapat kontrak Smart Meter, Selcon Engineering Berhad supaya memberhentikan kerja-kerja memasang meter tersebut. 
Bagaimanapun ketika surat tersebut dikeluarkan sudah 80,000 meter tersebut dipasang di rumah-rumah pengguna. 

Soalnya, bagaimana kedudukan pengguna ini, nampak gayanya AKSB buat bodoh kerana tidak ada sebarang makluman dibuat kepada pengguna sehingga hari ini mengenai kerosakan meter. 
Mengikut SPAN, Smart Meter tersebut telah menyebabkan bacaan bil yang tinggi melebihi kadar penggunaan lazim sesebuah premis dan tiada paparan LCD meter berkemungkinan disebabkan oleh bateri yang tidak tahan lama. 
Untuk rekod jumlah keseluruhan untuk memasang semua meter tersebut bernilai RM11 juta. 
Yang paling pelik kenapa AKSB meneruskan projek penukaran meter tersebut kerana semua operator air di negara ini menyatakan bahawa teknologi SMART METER tidak sesuai digunakan. 
Syarikat Air Johor, SAMB, LAP dan JBA Kedah telah membuat uji kaji dan mendapati SMART METER tidak sesuai digunakan. 
Teknologi ini sebenarnya digunakan United Kingdom dengan keadaan cuaca yang sejuk berbanding Malaysia panas. 
Kelatekito.net difahamkan sebelum projek tersebut diluluskan Selcon telah membawa Exco, pegawai eksekutif AKSB dan beberapa pegawai kanan AKSB melancong Australia dan UK. 
Sudahlah perkhidmatan teruk, air kotor, sekarang tipu rakyat pula. 
Inilah negeri Islam Pas.
YY : Rumah ambo sampai loni sedut air telago pakai mesin...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...