N9 Kini

N9 Kini
One Stop News Portal

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Saturday, December 31, 2011

Peristiwa Politik Sepanjang 2011

Tahun 2011 bakal melabuhkan tirainya, sepanjang tahun 2011 banyak peristiwa politik berlaku di negara kita. Justeru itu saya paparkan peristiwa-peristiwa politik sepanjang 2011. Berikut saya rangkumkan peristiwa politik yang masih dalam ingatan saya :

Cikgu Rahim Sanggup Mati Demi Karpal - Wakil Rakyat PAS digesa bertaubat oleh Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain ekoran kenyataan sanggup mati mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana ia boleh menggugat akidah seorang Islam. - Januari 2011

PR Selangor Cabar Kuasa Sultan - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung tindakan biadab pembangkang yang cuba mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terhadap pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi sebagai Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru. - Januari 2011

Pilihanraya Kecil Tenang  - Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi. - Januari 2011

Pilihan raya kecil Merlimau dan Kerdau - yang merupakan pilihan raya kecil ke-15 dan ke-16 berlangsung serentak pada 6 Mac 2011. Kedua-duanya dimenangi Barisan Nasional. - Mac 2011

Video seks Anwar Ibrahim - Trio Datuk T muncul dengan kejutan besar kepada politik tanah air dengan mendedahkan video seks membabitkan Anwar Ibrahim pada bulan Mac 2011.

Pilihanraya Negeri Sarawak - Pilihanraya Negeri Sarawak  diadakan pada 16 April 2011 ini, dengan penamaan calon telahpun dimuktamadkan pada 6 April 2011 yang lalu.Sebanyak 71 buah kerusi Deang Undangan Negeri (DUN) yang bakal dipertandingkan yang menyaksikan Pakatan Rakyat hanya memenangi 15 kerusi DUN.

Kastam Rasuah RM3 Billion - Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini ditemui mati sewaktu disoal siasat kerana ‘jatuh’ dari tingkat tiga pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia - April 2011.

807 ahli DAP keluar parti - Merasakan diri mereka tidak dihargai, seramai 807 ahli DAP di negeri ini bertindak keluar parti dan menyertai MIC malam ini. Mereka yang terdiri daripada ahli DAP di Parlimen Bagan, Batu Kawan dan Tasek Gelugor menyerahkan borang permohonan menyertai MIC kepada Presidennya, Datuk G. Palanivel. - Mei 2011.

Kit Siang Beri Kata Dua -  Lim Kit Siang memberi kata dua kepada Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee untuk menyertai parti pembangkang itu disifatkan sebagai sikap sebenar DAP yang suka bertindak memecah-belahkan perpaduan rakyat. - Mei 2011.

Pilihanraya Masjid di Pulau Pinang -  Seorang veteran politik mencadangkan Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Salleh Man dilantik sebagai Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menggantikan Abdul Malik Kassim berikutan isu 'pilihan raya masjid' yang mana DYMM Agung bertitah supaya pilihanraya masjid ini ditangguhkan - Jun 2011.

Perhimpunan Bersih 2.0 - Datuk S. Ambiga ingkar titah DYMM Agung kerana tetap mengadakan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut supaya SPR mengadakan pilihanraya yang adil. Perhimpunan yang berlangsung 9 Julai itu menimbulkan kemarahan rakyat. Drama 'dua kali mati' yang dilakonkan Suhardi Mat Isa gagal. - Julai 2011.

Dr. Lo'lo meninggal dunia - Ahli Parlimen PAS Allahyarmah Dr. Lo'lo pulang ke rahmatullah akibat barah paru-paru. - Ogos 2011

JAIS Serbu Gereja - Pihak JAIS bertindak melakukan siasatan ke atas gereja DUMC yang disyaki menjalankan kegiatan memurtadkan umat Islam. Tindakan pihak gereja menganjurkan majlis berbuka puasa dengan diselang-selikan upacara keagamaan Kristian menimbulkan perasaan tidak senang umat Islam di Selangor. - Ogos 2011

DAP Tuntut kerusi Isu agihan kerusi di antara Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di Kedah semakin hangat diperkatakan apabila DAP menuntut empat lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua kerusi Parlimen untuk ditandingi pada pilihan raya umum akan datang. - September 2011.

Guan Eng terima notis - UMNO negeri hari ini menghantar notis tuntutan terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng ekoran tindakannya menuduh parti itu terlibat dalam demonstrasi aman di sekitar Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dan di atas Jambatan Pulau Pinang. - September 2011

Mansuh ISA - PM mengumumkan pemansuhan akta ISA yang dan digantikan dengan dua akta yang lain. - September 2011

Mat Sabu julang Komunis Bukit Kepong - Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dikecam pelbagai pihak ekoran kenyataan kontoversi yang mengatakan bahawa pejuang kemerdekaan sebagai tali baru British manakala Mat Indera pula dijulang sebagai hero. - Oktober 2011

Bajet taik ayam PR - Pakatan Rakyat membentangkan Belanjawan Pakatan Rakyat yang bertujuan mengurangkan kadar defisit negara. - Oktober 2011.

Lembu NFC - Keluarga Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil mendedahklan kononnya Shahrizat Jalil menyalahguna wang rakyat sebanyak RM250 juta yang diperuntukkan kepada syarikat milik keluarganya National Feedlot Corporation (NFC). - Oktober 2011.

Akta Himpunan Aman 2011 diluluskan oleh Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional - November 2011.

Keputusan kes Liwat II - Mahkamah menetapkan keputusan perbicaraan kes Liwat II yang membabitkan Anwar Ibrahim dibacakan pada 9 Januari 2012. - Disember 2011

Turun Bendera Presiden - Tindakan seorang mahasiswa UPSI yang menurunkan bendera Presiden UMNO di PWTC telah mendapat kecaman pelbagai pihak. Tindakan biadap itu dilakukan selepas demontrasi memansuhkan AUKU dilakukan oleh SMM. - Disember 2011

Pro Aspirasi kecam Adam Adli dan desak Saifuddin Abdullah - Sekumpulan pelajar Pro-Aspirasi berdemo di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi letak jawatan ekoran insiden turun bendera PM di PWTC. - Disember 2011

Ini antara yang ada dalam ingatan saya, yang mana tercicir saudara pembaca tambahlah sendiri. Selamat menyambut tahun 2012 semoga azam yang dibuat pada tahun 2011 semuanya tercapai.

YY : Azam 2011 dibawa ke 2012. Haha!

Friday, December 30, 2011

Dah Kata Jangan Cabar Orang Gila Bersumpah - 8 Januari Anwar Sumpah Laknat?


Demi kuasa seseorang sanggup melakukan apa sahaja hatta bersumpah laknat sekalipun. Sebelum ini ramai di kalangan kita sendiri seringkali mencabar Anwar Ibrahim membuat sumpah laknat mengatakan dirinya tidak terlibat meliwat Saiful Bukhari Azlan pembantu peribadinya.

Sebentar tadi sempat bertemu dengan seseorang yang mendakwa dirinya berada dalam taklimat sulit PKR. Beliau mendakwa bahawa pada 8 Januari 2012 yang akan datang Anwar Ibrahim akan membuat satu kejutan besar-besaran.

Seluruh media akan dipanggil termasuklah RTM, TV3 serta Utusan Malaysia. Pada waktu itu Anwar Ibrahim dikatakan akan membuat sumpah laknat di hadapan 3 imam. Perkara ini pernah ditulis oleh pengendali blog Gelagat Anwar pada 28 Disember lalu namun saya masih meragui kebenarannya.

Bila mendengar sendiri dari mulut individu yang hadir dalam taklimat sulit itu, memang benar bahawa wujudnya strategi terakhir Anwar Ibrahim untuk mengheret serta mendapatkan simpati rakyat Malaysia.

Biro Politik PKR dikatakan mencadangkan supayar Anwar Ibrahim bersumpah laknat. Kerana mereka yakin dengan cara ini sokongan rakyat atas pagar akan memihak mereka. Pada waktu Anwar Ibrahim bersumpah media pro pembangkang dikatakan akan menyiarkan secara langsung sumpah laknat tersebut.

Nampaknya Anwar Ibrahim sanggup melakukan apa sahaja untuk mengejar cita-cita politiknya. Sebelum ini sumpah Eskay dan Saiful Bukhari dikatakan tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Maka sumpah yang akan dibuat oleh Anwar Ibrahim kelak merupakan sumpah paling Islamik di dunia.

Dek kerana itu 3 imam dijemput untuk menjadi saksi Anwar Ibrahim bersumpah  seorang daripada Mesir, seorang daripada Indonesia dan seorang lagi daripada Malaysia sendiri. Nama Dr Siddiq Fadhil dikaitkan sebagai Pengacara Majlis kepada sumpah Anwar nanti.

Jika dakwaan ini benar, nampaknya kita bakal berhadapan krisis. Jadi kepada pihak tertentu bersiap-sedialah dengan plan krisis kecemasan anda. Negara mungkin bakal berhadapan dengan kerosakkan sebagaimana berlaku pada tahun 1998.

Cerita berkaitan juga boleh dibaca SINI

YY : Dah ready nak tengok lakonan Sumpah Laknat dari brader DSAI...

Bloggers Prihatin : Itik Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah Punya Cerita...

Klik imej untuk besarkan

Ini kisah itik dan ayam...

Bukan berniat hendak menutup pintu rezeki Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah - tapi saya cuma memanjangkan aduan daripada rakyat setempat yang dikirimkan melalui emel kepada saya sebentar tadi.

Seperti biasa tujuan saya berblogging adalah untuk membawa suara rakyat.

Pengirim emel yang menggelarkan dirinya sebagai Jojo - mengirimkan tiga keping gambar keadaan peternakkan itik dan ayam yang diusahakan oleh Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah. Pegadu ini mendakwa Ketua Pemuda UMNO Tanah Merah mengusahakan ladang itik dan ayam sehingga  menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat ekoran bau busuk sehingga menganggu kehidupan mereka.




Jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah - buatlah apa yang patut supaya ternakkan yang diusahakan tidak menggangu penduduk setempat. Maklumlah orang Kelantan ini anti UMNO, lagi orang UMNO buat perangai lagi bencilah mereka kepada UMNO.

Saya mendoakan supaya pengusahaan itik yang diusahakan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanah Merah ini terus maju namun dalam masa yang sama biarlah ianya tidak menganggu penduduk setempat. Tidak salah rasanya kandang yang lebih tertutup dibina agar bau tersebut tidak merebak sehingga menggangu penduduk.

Jangan marah, jangan ambil hati - rakyat mengadu saya cuma panjangkan. Selebihnya terpulang kepada tuan punya itik dan ayam.

Hahaha...

YY : Suka daging itik... 

DUN Pangkor Di Bawah @ZambryAbdKadir VS. DUN Chempaka Di Bawah Nik Abd Aziz


Tiga hari lepas sempat bercuti di Pulau Pangkor yang berada di bawah DUN Pangkor  bawah Parlimen Lumut, di mana Adun untuk kawasan tersebut ialah Menteri Besar Perak iaitu DS Dr. Zambry Abd Kadir sendiri.

Sebenarnya kami bercuti di sana, namun rasanya tidak lengkap jika bercuti tetapi tidak mengunjungi kawasan sekitar serta melihat sedikit pembangunan dan taraf hidup rakyat di sana.


Justeru itu kami mengambil kesempatan melawat serta ronda-ronda satu pulau untuk melihat sendiri pembangunan yang di bawa BN di kawasan tersebut. Maklumlah kawasan milik Menteri Besar Perak sudah tentu kita kena lihat sejauh mana kebolehan beliau dalam mengurus tadbir Dun tersebut.

Lokasi pertama kami kunjungi adalah projek rumah untuk rakyat berpendapatan rendah yang dibina hasil inisiatif Menteri Besar Perak sendiri hanya selepas beberapa bulan beliau menjawat jawatan tersebut.

Inisiatif ini dilakukan memandangkan rakyat berpendapatan rendah di Pulau Pangkor yang terdiri dari nelayan. Ada di kalangan mereka yang mana satu rumah didiami hampir 3 keluarga.

Lalu rumah dengan kos RM35,000 untuk satu unit ini dibina dengan sumbangan dari Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan serta FELCRA. Rumah ini diserahkan kepada rakyat berpendapatan rendah tanpa perlu membayar apa-apa. Syarat yang ditetapkan kepada mereka mudah, rumah ini tidak boleh disewakan kepada orang lain atau pun dijual.




Pandangan dari darat
Pandangan dari laut
Pandangan dari atas
Kawasan perumahan di atas adalah untuk menggantikan perkampungan lama rakyat Pangkor yang mana kebanyakkan daripada mereka bekerja sebagai nelayan.

Keadaan perkampungan lama yang akan dirobohkan sepenuhnya kelak

Jika diperhatikan pembangunan di Dun Pangkor sepanjang berada di bawah BN, ianya jauh sekali berbeza dengan Dun Chempaka yang dikuasai oleh Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat selama lebih 20 tahun. Yang mana sehingga kini rakyat di sekitar Pulau Gajah Sabak masih menunggu bantuan daripada kerajaan PAS.

Bukan sahaja memastikan rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri, Menteri Besar Perak yang juga Adun Pangkor turut membawa pembangunan lain di sekitar Pulau Pangkor antaranya pembinaan hospital baru serta perumahan 11 tingkat.


Kawasan ini diratakan untuk memberi laluan kepada pembinaan rumah pangsa 11 tingkat
Pembinaan hospital baru sedang rancak berjalan - bangunan putih di belakang adalah kuaters kakitangan

Bagi memastikan keselesan para anggota PDRM yang bertanggungjawab menjaga keselamatan penduduk Pangkor balai polis baru juga sedang rancak menjalani proses pembinaannya yang mana dijangka siap menjelang MEI 2013.

Pembinaan balai polis juga rancak berjalan

Inilah kebajikan yang dibawa oleh BN tanpa perlu dicanang merata Malaysia, tujuan kami 'highlight' kan isu-isu sebegini adalah untuk membuka mata rakyat di luar sana yang terpegun dengan slogan 'Kerajaan Kebajikan' yang diwar-warkan oleh PR. Sedangkan kerajaan BN telah membuat kebajikan berkurun lamanya.

Rasanya cukuplah untuk kali ini, jika ditulis lebih saya bimbang menitik air mata penyokong Nik Aziz Nik Mat di Kelantan.

Maklumlah Menteri Besar Perak DS Dr. Zambry Abd Kadir yang baru menjawat jawatan Menteri Besar mampu membuat perubahan sebegini sedangkan Nik Aziz Nik Mat yang lebih 20 tahun menjawatan jawatan yang sama hanya mampu....

Mampu....

Mampu...

Mampu cakap saja...

Lihat video di bawah bukti golongan PAS,DAP dan PKR yang mampu bercakap kosong. Kawasan Pulau Gajah persekitaran Pantai Sabak yang mana merupakan kawasan di bawah Dun Chempaka Adunnya pula adalah Menteri Besar Kelantan sendiri :



Nanti kita sambung lagi...

YY : Siapa lebih berkebajikan BN atau PR?

@NajibRazak Bakal Menang Besar PRU13?


Jika kita melihat senario politik sekarang tidak mustahil ramalan oleh Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak mungkin menjadi kenyataan. Melihat ahli PKR dan PAS sendiri yang mula bertindak keluar membuktikan bahawa wujudnya kepincangan dalaman parti-parti ini.

Malah slogan 1Malaysia yang diperkenalkan DS Najib Tun Razak juga dilihat berjaya mempopularkan lagi imej Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia. 

Dari FMT :
Seorang penganalisa politik tempatan meramalkan Datuk Seri Najib Tun Razak menang besar dalam ibu segala pilihan raya yang djangka tahun depan. Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dari Universiti Utara Malaysia (UUM itu berkata, tsunami politik tidak akan berulang sebagaimana 2008. 
Dalam tahun itu BN kalah teruk dengan kehilangan lima negeri – Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan – yang dimenangi PAS sejak 1990. Ketua Jawatankuasa Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, “selalunya perdana menteri baru akan menang besar dalam pilihan raya pertama mereka. 
“Jadi saya kira Najib akan menang besar dalam pilihan raya umum 13. Rakyat mula yakin dengan transformasi Najib. Saya kira satu atau dua kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat akan kembali kepada BN.” 
Pakatan Rakyat meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada bulan Februari atau Mac untuk membuka laluan kepada pilihan raya umum ke 13. Najib berulangkali mengingatkan partinya BN supaya bersiap sedia menghadapi pilihan raya tersebut.
`Tiada box office lagi’ 
Dr Mohamed Mustafa juga menolak faktor pemimpin popular pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi faktor penentu keputusan pilihan raya umum 13. Menurutnya, sama ada mantan timbalan perdana menteri itu dipenjarakan atau tidak, ia tidak boleh mempengaruhi rakyat lagi. 
“Filem Anwar tidak boleh jadi box office lagi, tidak laku lagi kerana orang sudah tengok pada tahun 1999,” tambahnya. Mahkamah tinggi akan membuat keputusan terhadap perbicaraan kes liwat Anwar pada 9 Januari ini. Bagaimanapun, Dr Mohamed Mustafa menegaskan teori itu hanya ramalan belaka. 
Menurutnya, jika berlaku kes besar dalam masa dua tiga bulan sebelum pilihan raya, ia akan mempengaruhi sokongan rakyat. Tetapi, katanya, melihatkan keadaan sekarang dijangka tidak ada isu besar akan berlaku.-FMT

Thursday, December 29, 2011

Parody : Bersih 3.0 VS KOTOR 3.0?



Perhatikan video di atas secara keseluruhan...

Apa kesimpulan yang dapat kita ambil...?

Bagi saya mudah 60% orang muda di luar sana tidak bersifat kepartian...

Mereka bukan UMNO...

Mereka bukan PAS...

Mereka bukan DAP...

Jauh sekali PKR...

Apa tugas kita...?

Dekati golongan ini, mereka bukan membenci kita sebaliknya kita yang tidak dekati mereka...

YY : Bro-bro dalam video... lu orang cool beb!

Breakings News : 90 Ahli PKR Cabang Jasin Keluar Parti

'
Sebentar tadi seramai 90 orang ahli PKR Cabang Jasin bertindak keluar parti di hadapan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam. Turut bertindak keluar parti ialah Naib Ketua Cabang Jasin.

Naib Ketua Cabang Jasin (berdiri) berucap di hadapan 90 ahli PKR yang keluar parti

Wednesday, December 28, 2011

Lepas Hina Malaysia Di Indonesia - Kini Anwar Ibrahim Hina Sistem Perundangan Malaysia Pulak?


Dulu berani katakan dia ada saksi alibi, tetapi sampai ke sudah saksi alibi tidak dipanggil sepanjang perbicaraan Liwat II berlangsung.

Bila mahkamah hendak bacakan keputusan pada 9 Januari 2012 akan datang, mula hendak mengheret rakyat ke jalan raya sebagai jalan terakhir menyelamatkan batang lehernya yang sudah terjerut. Sampai ke sudah rakyat diperlembukan semata-mata menjayakan agenda dan kepentingan diri sendiri.

Tidak cukup menghina Malaysia di luar negara - kini sistem undang-undang pula beliau perlekehkan. Dari Utusan Online :
Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengheret rakyat dalam kempen Bebaskan Anwar 901 jelas membuktikan Ketua Pembangkang itu memperlekehkan keluhuran sistem perundangan negara, 
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, rakyat juga dipergunakan Anwar demi kepentingannya dalam berhadapan dengan keputusan perbicaraan kes liwat pada 9 Januari ini. 
"Kenapa nak bawa rakyat? Kita tak tahu (Anwar) bersalah atau tidak. Serahkan kepada mahkamah. Selepas keputusan, kalau bersalah pun dia (Anwar) ada ruang buat rayuan. 
"Beri peluang mahkamah buat keputusan. Kita sendiri boleh baca (menilai) sama ada keputusan itu logik atau tidak, tetapi mengapa nak huru-harakan negara? Mengapa nak menyusahkan rakyat seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 2.0? 
"Selama ini dia macam-macam menghina mahkamah. Itu pun dia dapat kebebasan seolah-olah dia manusia bersih dan tiada salah. Kalau (masalah) timpa atas dia, orang lain yang salah dan tuduh ini konspirasi," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini hari ini. 
Ibrahim berkata, kerajaan dan pihak berkuasa perlu menggunakan segala 'kekuatan' yang ada bagi mengelak insiden tidak diingini berlaku dalam perhimpunan terbabit. 
"Kita juga mengutuk mana-mana pihak yang merancang mengadakan perhimpunan pada 9 Januari ini yang lebih dilihat untuk menghuru-harakan negara," jelasnya. 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Perkasa masih membuka ruang untuk Datuk Dr. Hasan Ali menyertai pertubuhan bukan kerajaan tersebut namun ia terletak kepada keputusan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu. 
"Dari segi perjuangan, kita ada persamaan iaitu mempertahankan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu. Jika beliau ikhlas dalam perjuangan tersebut, matlamatnya akan jelas. 
"Tetapi, kalau ia hanya cakap-cakap politik ekoran tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, kita akan tahu kebenarannya nanti dan perjuangannya dalam mempertahankan tiga perkara itu tidak mungkin (berjaya) dengan adanya DAP," tegasnya.

Friday, December 23, 2011

Gerakan Latihan Mobilisasi Untuk 9 Januari - PDRM/FRU Sudah Bersedia?


Sessi dialog dengan satu gerombolan mahasiswa berlangsung di kediaman Anwar Ibrahim semalam, ketiga-tiga anak beranak ini dilihat berucap dan menyampaikan sesuatu kepada gerombolan 'mahasiswa' ini.

Sekumpulan 'mahasiswa' ini akan dikeldaikan pada 9 Januari 2012 - latihan gerakan mobilasasi sudah diatur oleh AMK. Malah siri pertama latihan telah pun berjaya dijalankan yang diketuai oleh Shamsul Iskandar Ketua AMK.


Modus operandi mereka adalah berkumpul di hadapan mahkamah untuk mendengar keputusan perbicaraan Liwat II yang mana pada 9 Januari 2012 merupakan tarikh penghakiman yang mana jika dilihat butir perbicaraan jelas Anwar Ibrahim akan dihumban ke Sungai Buloh.


Jika hal ini tidak dibendung dari awal dikhuatiri berlakunya pertembungan dua kumpulan mahasiswa yang mana saya melihat situasi ini langsung tidak menguntungkan negara.


Tindakan Adam Adli yang membuat laporan dan sidang media hari ini tidak lebih sekadar mengalih pandangan masyarakat terhadap taklimat sulit Anwar Ibrahim di kediamannya semalam.

PDRM are you ready?

Thursday, December 22, 2011

HOT : Student Bernama Brader Jai Dedah Taktik Budak Pro-M Cuba Burukkan Pro-A?


Hahaha...

Dari awal lagi saya sudah jangka kes sebegini akan timbul setiap kali mahasiswa yang dilihat menyokong kerajaan menyatakan suara mereka. Ini bukan kali pertama, bahkan sudah berkali-kali percubaan ini dilakukan semata-mata menampakkan bahawa perhimpunan yang dirancang semalam dihadiri oleh mereka yang dipaksa oleh pihak pengurusan Universiti.

Bukan orang biasa sahaja yang percaya, Timbalan Menteri KPT pun turut terpengaruh akan propaganda 'sewel' ciptaaan budak-budak pro-pembangkang ini.

Namun taktik jahat mereka ini mudah dipatahkan oleh mahasiswa yang kini sudah mula menggunakan medium blog untuk menyatakan suara mereka. Blogger yang menggelarkan dirinya sebagai Brader Jai ini dikatakan seorang mahasiswa dari sebuah IPTA tempatan.

Ikuti pendedahan dibuat oleh Brader Jai :



PERSOALAN 1 : BETUL KE BUDAK NAK PERGI PROGRAM BERSAMA PERDANA MENTERI??


P/S : Hamboihh..Berdasarkan gambar di atas logik ke tak budak jenis mcm ni SUKA nk pegi program dengan PM??
PERSOALAN 2 - "SEMUA ORANG SILA SAKSIKAN DEMONSTRASI KAMI DI TV YE MALAM NI,KALAU NAMPAK MUKA AKU ASSUME SAJA AKU DAH TAK BERAKAL TIME TU.LAGIPUN, AKU DITIPU - (Statement dalam gambar pertama)
Baca selanjutnya pendedahan tentang kebodohan budak pro pembangkang ini di blog Brader Jai : KLIK SINI  

Pro-Aspirasi Tempelak Kenyataan Media @saifuddinabd



Wujudnya satu kumpulan blogger pro Saifuddin Abdullah dilihat bertungkus-lumus cuba memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi adalah sesuatu yang menggelikan hati saya.

Kumpulan blogger tiga serangkai ini bukanlah orang lain, mereka sahabat saya - namun dalam dunia politik kita perlu akur setiap individu mempunyai pandangan dan persepsi mereka tersendiri. Jadi suka atau tidak kita kena hormati pandangan mereka.

Sebelum ini saya cukup menerima sikap terbuka yang cuba diperkenalkan beliau, tetapi bila melihat beliau tidak bersifat terbuka mendengar suara mahasiswa pro-Aspirasi saya merasakan Saifuddin Abdullah tidak lebih dari seorang pemimpin yang hipokrit.

Salah satunya saya melihat Saifuddin Abdullah melebihkan kumpulan mahasiswa pro pembangkang jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan terhadap mahasiswa pro-kerajaan.

Saya pernah bertanyakan kepada beliau kenapa beliau dilihat bersikap diskriminasi terhadap mahasiswa pro-kerajaan tetapi begitu sayang sekali dengan mahasiswa biadap yang menentang kerajaan?

Jawapan yang diberikan adalah :


Bila membaca Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh beliau, lagi membuatkan saya tergelak - kerana tidak mungkin seseorang yang bertaraf Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan media bersifat 'kartun' seperti itu.

Lainlah jika kenyataan itu ditaip oleh sekumpulan blogger tiga serangkai yang siang malam bertungkus-lumus memulihkan imej Saifuddin Abdullah yang kini tercalar dek kerana 'politik baru' yang diperkenalkan beliau.

Baiklah kita baca kembali kenyataan media 'kartun' dari Timbalan Menteri Pengajian Tinggi :

Kenyataan Media Himpunan Aman di KPT
Dato’ Saifuddin AbdullahTimbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi 22 Disember 2011 

Pada kejadian semalam, saya dimaklumkan oleh pegawai Kementerian Pengajian Tinggi bahawa seramai lebih kurang 350 orang telah mengadakan perhimpunan aman di perkarangan pejabat Kementerian Pengajian Tinggi. Saya tidak berada di sana kerana mempunyai program di Batu Pahat dan Seremban yang telah dijadualkan terlebih dahulu. 
Memorandum mereka telah diterima oleh wakil saya, Setiausaha Sulit Kanan Mohd Nazri bin Noh. Beliau juga memaklumkan kepada mereka bahawa saya menjemput mereka mengadakan pertemuan di Parlimen pada 12.15 tengahari ini, tetapi ditolak. 
Pada malam tadi ketika saya menghadiri program debat di UPM, Mohd Shahar Abdullah, Presiden Alumni Aspirasi dan beberapa rakannya yang lain telah menemui saya dan menyerahkan memorandum. 
Pertemuan itu berlansung dalam tempoh yang singkat sahaja dalam suasana mesra di mana kami bersalaman sambil tersenyum. 
Pada pendapat saya, mereka mempunyai hak untuk berhimpun dan bersuara. Sy akan mempertahankan hak mereka ini. Saya juga dimaklumkan bahawa sebahagian daripada yang hadir itu ialah mahasiswa. Kepada mereka, saya ingin nyatakan bahawa kasih saya pada mereka tidak berubah.
Aneh bukan bila mana seorang bertaraf Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mana tugas beliau menjaga hal ehwal mahasiswa dikatakan berada di Seremban untuk menghadiri satu pertandingan bola keranjang peringkat sekolah.

Nampaknya Saifuddin Abdulah cuba mengambil alih tempat Timbalan Menteri Pelajaran atau mungkin juga Timbalan Menteri Belia & Sukan?

Menghairankan bila Saifuddin Abdullah mempunyai masa yang lapang untuk melayan karenah segelintir mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali 'mahasewel' tetapi tiada kesempatan masa untuk melayan kumpulan pelajar pro-kerajaan?



Malah kami juga baru dihubungi oleh alumni Pro-Aspirasi yang mengatakan kenyataan media yang dikeluarkan oleh Saifuddin Abdullah adalah satu putar belit. (Video di atas)

Jika benar Saifuddin Abdullah tidak pernah melabelkan mahasiswa antara Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa kenapa begitu sukar Saifuddin Abdullah meluangkan masa hanya untuk menerima memorandum?

Atau pun disebabkan memorandum tersebut mendesak beliau berundur jadi pada anggapan beliau permintaan sekumpulan mahasiswa ini tidak perlu dilayan?

Aneh juga bila Saifuddin Abdullah seolah-olah 'menyindir' mahasiswa ini dipaksa untuk berdemo dan mengatakan majoriti yang hadir dari Uni KL. Saifuddin Abdullah yang tiada di lokasi juga percaya kepada propaganda pembangkang?

Apa yang berlaku di PWTC juga jelas menunjukkan Saifuddin Abdullah dipermainkan atau dalam bahasa mudahnya Saifuddin Abdullah kena 'kencing' dengan mahasiswa SMM yang dia agung-agungkan. Sebab itu desakan supaya kumpulan terbabit memohon maaf pun tidak diendahkan.


Saya juga mendapat maklumat bahawa Saifuddin Abdullah bertindak mengeluarkan arahan kepada pengawal keselamatan di PWTC agar tidak menggangu mahasiswa yang berdemo tempoh hari. Sebab itu pengawal keselamatan di PWTC hanya melihat sahaja tindakan menurunkan bendera dek kerana mereka akur arahan yang diberikan oleh MT UMNO sendiri.

Jika benar beliau mengeluarkan arahan sedemikian kepada pengawal keselamatan, memang wajarlah dia bertanggungjawab ekoran insiden bendera Presiden parti UMNO diturunkan di 'rumah' sendiri.

Video sekitar demontrasi di hadapan KPT :



Mungkin Saifuddin Abdullah tidak pandai menyorok, tetapi bagi saya Saifuddin Abdullah pandai mengelak.

YY : Teringat pepatah Inggeris "You can run, but you can't hide... hehehe"

[VIDEO] : Aiman UTM Nak Tempeleng Adam Adli?

i

Siapa kata Adam Adli dan SMM mewakili semua mahasiswa...

YY tak kata... Aiman pun tak kata gitu...

Mak hantar Aiman masuk Universiti supaya Aiman belajar...

Dulu Aiman tak kisah sangat hal-hal politik...

Tapi bila ada minoriti katakan dia mewakili semua mahasiswa Aiman tak setuju...

Sebab Aiman juga mahasiswa...

Kini Aiman kisah...

Aiman kisah hal-hal sekeliling Aiman...

Kini Aiman tampil nyatakan pendiriannya...

Datuk Saifuddin Abdullah janganlah diskriminasikan Aiman...

Aiman pun mahasiswa...

Aiman cabar Adam Adli...

Jika Aiman dan kumpulannya desak letak jawatan kita kena dengar kerana itu hak Aiman untuk bersuara...

Pro-Aspirasi kejar Datuk Saifuddin Abdullah semata-mata nak serah memorandum? [KLIK SINI]

YY : Hidup Aiman!!!

Wednesday, December 21, 2011

[VIDEO] : Tribute To Pro-Aspirasi



Tahniah buat mahasiswa Pro-Aspirasi yang berjaya menonjolkan diri mereka hari ini di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi.

Sepanjang pemerhatian perhimpunan yang diadakan oleh kumpulan mahasiswa pro-Aspirasi siang tadi dilihat lebih teratur dan lebih aman jika hendak dibandingkan dengan tindakan yang dilakukan oleh 'mahasewel' SMM.

Tiada gangguan trafik....

Tiada peniaga terjejas...

Tiada peniaga marah-marah...

Inilah baru dikatakan perhimpunan aman...

Oh...video macam tergantung... tunggu sambungan ok!

Hahahaha...!

Tahniah PDRM kerana membantu menjaga keselamatan para mahasiswa sepanjang berlangsungnya perhimpunan di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi siang tadi.

YY : Gembira melihat kebangkitan mahasiswa pro-Aspirasi...

Laungan Undur @saifuddinabd ! Bergema di Hadapan KPT - Di Mana @saifuddinabd Menyorok?


Sebentar tadi bertempat di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi berlangsungnya satu perhimpunan aman membabitkan mahasiswa Pro-Aspirasi yang membantah tindakan 'mahasewel' bernama Adam Adli dan SMM yang mengadakan demontrasi serta bertindak menurunkan bendera PM di bangunan PWTC tempoh hari.

Perhimpunan yang diadakan sebentar tadi bertujuan meyerahkan dua memorandum satu untuk menyatakan sokongan penuh mahasiswa seluruh IPTA terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan satu memorandum mendesak supaya Timbalan Menteri Pengajian Tinggi meletak jawatan ekoran beliau dikatakan bertanggungjawab menggalakkan perlakuan biadap 'mahasewel' bernama Adam Adli.


Memorandum pertama diserahkan kepada Tuan Haji Khairi Malek selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi Datuk Khaled Nordin.





Lebih kurang 500 mahasiswa berhimpun sambil melaungkan "Undur, undur, undur Saifuddin!" bergema di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi - kumpulan pelajar ini turut berteriak supaya Datuk Saifuddin Abdullah turun berhadapan dengan mereka sebagaimana beliau berhadapan dengan mahasiswa dari kumpulan SMM tempoh hari.


"Saifuddin perlu berhadapan dengan kami" 
Melihat tiada kelibat Datuk Saifuddin Abdullah membuatkan saya tertanya-tanya di manakah beliau berada ketika perhimpunan tersebut berlangsung? Saya difahamkan bahawa beliau tiada dalam pejabat dan berada di Johor Bahru ketika penyerahan memorandum cuba dibuat.


Namun sesuatu yang menarik dapat diperhatikan melalui perhimpunan mahasiswa Pro-Aspirasi ini kerana turut kelihatan mahasiswa berbangsa Cina dan India turut serta menyatakan sokongan mereka terhadap Perdana Menteri selain membantah tindakan biadap Adam Adli.

Pemimpin Pelajar Berbangsa India Turut Berucap di hadapan 500 Mahasiswa

Mahasiswa dari UPSI menyatakan sokongan kepada PM
"Step Down Saifuddin" antara sepanduk yang dinaikkan oleh kumpulan mahasiswa Pro-Aspirasi


Di mana Datuk Saifuddin Abdullah?

Kenapa bersikap diskriminasi terhadap kumpulan mahasiswa Pro-kerajaan?

Adakah suara mahasiswa ini tidak diiktiraf oleh Datuk Saifuddin Abdullah sebagaimana beliau 'mengiktiraf' suara minoriti 'mahasewel' yang menurunkan bendera PM?

Tunggu ulasan lanjut malam nanti...

YY : Politik baru 'makan diri'?

Apa Kata Mahasiswa Tentang Adam Adli?

Adam Adli mewakili suara semua mahasiswa?

Adakah semua mahasiswa bersetuju dengan tindakan Adam Adli?

Kita ikuti apa kata mahasiswa tentang tindakan biadap pelajar UPSI bernama Adam Adli?

Dari Kritis Online :

Krew KritisOnline cuba mendapatkan maklum-balas dari mahasiswa/siswi berkaitan isu ‘hangat’, Adam Adli, seorang penuntut di Universiti Perguruan Sultan Idris, Perak yang dikatakan bertindak luar batasan ‘menceroboh’ dan ‘mengacau-ganggu’ harta awam dengan cara menurunkan bendera Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-enam, YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan seterusnya menggantikan dengan bendera gerakan ‘Bebas’, suatu gimik yang dilakukan berbentuk provokasi dalam menuntut 6 perkara mengenai ‘AUKU’ dan ‘kebebasan akademik’ baru-baru ini di PWTC.
Muhamad Aizat b. Saad, 22 tahun, jurusan Pentadbiran Muamalah, Universiti Utara Malaysia
 “Bila dia (Adli Adam) buat begitu maknanya dia tak menghormati pemimpin. Walaupun marah tetapi tak sepatutnya buat begitu. Pemimpin walau apa juga tindakannya mestilah dihormati kerana pemimpin bertungkus-lumus siang dan malam mengurus dan mentadbir Negara untuk rakyatnya. Ada 2 efek yang saya lihat pertama, mahasiswa yang menyokong tindakan beliau dan kedua mahasiswa yang tidak menyokong beliau. Apa pun, kedua-dua kumpulan (yang menyokong dan menolak) akan terbuka untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi dari menurunkan bendera pada masa akan datang kerana pengaruh negative itu telah pun dibuka”.

Hafsah bt. Mohammad Noor, 24 tahun, jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
“Sikap dia (Adli Adam) yang tidak menghormati pemimpin ada berbagai persepsi. Pertama, beliau adalah ‘orang Melayu’. Bangsa lain akan melihat inikah sikap orang Melayu kerana tidak ada laporan penuntut berbangsa lain yang terlibat waktu hari kejadian (menurunkan bendera). Mahasiswa lain kini terpalit dengan perbuatan negatif beliau walaupun sebenarnya kami tidak pun terlibat sama dan tidak bersetuju. Kedua, mahasiswa kini sudah terasa dengan kehadiran politik dalam kampus walaupun AUKU belum dipinda dan baru dicadangkan untuk dipinda. Saya secara peribadi cukup tidak berkenan dengan perasaaan ini (kehadiran politik dalam kampus) kerana ia mengganggu pembelajaran saya sendiri”.

Intan Syafinas bt Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Perlis Malaysia:
“Not polite at all! Kalau pun dia merasa marah, apabila memorandum telahdiserahkan, cukuplah! Maknanya hajat beliau dan gerakannya telah tercapai. Tapi aksi menurunkan bendera itu amat tidak patut. Lagi satu, apabila mahu meminta maaf sebagaimana yang saya lihat dalam youtube, kena bersyarat. Apa ni? Kita bangsa Melayu penuh adab kalau mahu mohon maaf, ikhlas. Bukannya bersyarat berbagai. Nampak sangat tak ikhlas. Dan lagi satu, tindakan dia menurunkan bendera setelah lama kejadian memorandum diserahkan adalah tindakan pengecut. Kenapa tak maklumkan dulu nak turunkan bendera? Kenapa buat curi-curi?



Mohd Rizuan b. Mohd Haran, 24 tahun, jurusan Sastera Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
“Sebagai seorang mahasiswa tahun akhir, saya faham tindakan Adli dalam menuntut hak mahasiswa, namun, menurunkan bendera itu bukan tindakan matang dan saya rasa secara peribadi ianya telah dirancang awal oleh pihak tertentu yang mempergunakan mahasiswa yang terbabit dalam kejadian untuk menyemai kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional. Buktinya, kalau betul nak serah memorandum, kenapa PWTC yang menjadi pilihan mereka? Kerana ianya ibu pejabat parti (UMNO). Sepatutnya ia diserahkan di Kementerian Pengajian Tinggi atau Jabatan Perdana Menteri sendiri di Putrajaya, bukan di PWTC.


Faten Afeeqa bt. Othman, 20 tahun, jurusan Perniagaan Antrabangsa, Universiti Perlis Malaysia:
“Kecewa! Kerana tindakannya itu terlalu diperbesarkan dan seolah-olah menjadi ‘ikon’ mahasiswa walhal saya sebagai student tidak setuju pun dengan tindakan itu. Apatah lagi jurusan yang dia ambil adalah sebagai pendidik. Kalau inilah contoh atau ‘ikon’ kepada bakal anak-anak muridnya nanti setelah bergelar pendidik, sukar untuk saya bayangkan. Mahasiswa secara umum dilihat sebagai golongan istimewa kerana pandangan bersifat akademik dan profesional namun tindakan beliau melambangkan sebaliknya”.

Nurul Nadirah Fazmin bt. Narawi, 21 tahun, jurusan Keusahawanan & Perdagangan, Universiti Pendidikan Sultan Idris Malaysia
“Sukar saya ucapkan. Apatah lagi saya sendiri dari UPSI. Beliau (Adli) mencipta sejarah tersendiri, sayangnya sejarah yang tidak dapat dibanggakan oleh mahasiswa lain di UPSI. Sesungguhnya tindakannya mencalar imej kami secara khusus sebagai mahasiswa dan imej universiti kami secara am. Saya sendiri menolak perbuatannya walau dengan apa juga alasan yang diberikan, tidak kiralah alasan kerana menuntut hak mahasiswa atau alasan politik yang sesungguhnya tidak mewakili saya pun sebagai mahasiswa. Saya tak pasti kalau ‘silence’ mahasiswa seperti saya pun tak setuju. Apa yang pasti, saya kesal dengan perbuatannya!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...