NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, June 29, 2011

Sentap Dengan Blogger - Yusmadi Minta Bantuan SKMM?

Maroh molek demo yus? Kikiki...
Semalam blogger Papa Gomo mendedahkan satu klip video yang memaparkan kelibat Joe Bedul bersama Trio Dato T menonton video lucah dan dilihat Joe Bedul a.k.a P. Ramlee pada awalnya mengesahkan bahawa individu yang ditontonnya adalah Anwar Ibrahim.

Cerita pasal Joe Bedul spin kata beliau menyebut 'scene' bukan 'sin' esok kita cerita. Hari ini kita bercerita pasal mamat yang cabut dulu setiap kali demo berlangsung iaitu YB Balik Pulau di Yusmadi Yusoff.

Bila seorang blogger pro kerajaan menjadi igauan ngeri buat ahli parlimen pembangkang, bagi saya ianya merupakan satu petanda yang baik.

Kebangkitan blogger pro kerajaan dilihat semakin menjadi-jadi sehingga memaksa seorang ahli parlimen PKR iaitu Yusmadi Yusoff ingin meminta kerjasama SKMM untuk menahan PapaGomo. Dengar minit ke 3.29 video di bawah :



Ulasan pemberita mengatakan bahawa Yusmadi melihat blogger PapaGomo boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan yang sama dengan Trio Dato T.

Manakala di minit 3.56 Yusmadi mengatakan beliau sudah memeriksa dengan Akta Suruhanjaya Komunikasi kononnya Yusmadi mendakwa bahawa dalam penerbitan, menerbitkan semula, membantu menerbitkan semula video boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Tetapi Yusmadi tidak memfokuskan perkara menerbitkan semula sebaliknya beliau memfokuskan bahawa blogger PapaGomo turut menyiarkan gambar lucah sebagaimana dikatakan di minit 4.09.

Malah beliau turut ingin memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dengan mendedahkan siapakah orang UMNO yang memberikan maklumat mengenai PapaGomo sehingga membolehkan PapaGomo ditangkap pihak berkuasa.

Kah..Kah..Kah.. Yusmadi percaya kepada SKMM, Polis dan mahkamah Malaysia?

Yusmadi yang mengatakan sistem mahkamah di Malaysia dimanipulasi oleh BN ingin mengheret seorang blogger ke mahkamah tidak cukup dengan itu ingin membantu pihak berkuasa dengan harapan tertangkapnya PapaGomo. Tapi Joe Bedul sebut PapaGono?

Jangan berhenti di situ tuan-puan, sambung menonton video tersebut di minit 4.44 pula. Di minit 5.33 seorang lelaki menggesa supaya akta-akta yang dianggap lapuk dimansuhkan kerana akta-akta dikatakan sebagai mengongkong cara pemikiran rakyat Malaysia.


Dulu puak Pakatan Haramnnirojjin ini menggesa supaya hak kebebasan bersuara diberikan sepenuhnya kepada media internet malah media arus perdana.

Tetapi hari ini seekor YB meminta SKMM, Polis menyiasat seorang blogger dibawah akta-akta yang sedia ada yang mana dahulu ianya dikatakan selalu digunakan oleh kerajaan untuk 'menekan' rakyat dengan harapan bloggger terbabit ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Apa kita dapat di sini?

Kamu nak tulis buruk-buruk pasal Najib, pasal Muhyiddin dan pasal menteri-menteri BN yang lain bagi PKR semuanya sangat dialu-alukan. Malah jika anda dikenakan tindakan undang-undang puak Pakatan Haramnirojjin ini tanpa segan silu menggesa supaya kerajaan memansuhkan akta yang sedia ada kononnya ianya menindas hak kebebasan bersuara bagi rakyat.

Tetapi hari ini bila seorang blogger menyiarkan klip video, artikel yang melibatkan serta menjatuhkan reputasi individu dalam parti mereka. Puak Haramnirojjin ini cepat-cepat menggesa supaya blogger terbabit ditahan dibawah undang-undang serta akta yang diperuntukkan.

Ringkasnya.....

Cakap tak serupa bikin..

Hari ini boleh, esok tak boleh..

Hari ini depan, esok belakang..

Hari ini amoi, esok lelaki pun bolehhhhhh.......


Double Y : Sorry Yus, SKMM sibuk handle kes Rais Yatim.. mana ada masa nak layan lu.. puak lu sendiri cakap Rais Yatim guna SKMM demi kepentingan peribadi sebelum ni.. lupa kaaaa? Kah Kah Kah!

Cuti Dua Bulan, Wardina Patut Minta Kerja di Pejabat PKR!

Ini bukan gambar silam Puan Wardina.. Harap maklum..kikiki..

Cerita artis Malaysia cenderung menyokong pembangkang bagi saya bukan perkara yang baru, malah saya berani katakan ramai artis dan juga pengacara stesen-stesen televisyen tertentu merupakan fanatik pembangkang.

Cuma ada dari kalangan mereka yang memberi sokongan secara sembunyi-sembunyi dan ada juga yang secara terbuka mengumumkan bahawa dirinya merupakan ahli parti politik tertentu.

Namun hari ini isu paling hangat diperkatakan ialah seorang pengacara sebuah rancangan popular di TV3 dikatakan ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger yang dikatakan memfitnah dirinya.

Kalau bab saman orang ini siapa lagi kalau bukan Wardina Saffiyah. Beliau ranking bawah sikit dari Anwar Ibrahim kalau bab saman - menyaman. Hehehehe..

Kalau hendak cerita pasal si Wardina Safiyyah yang secara terbuka di laman 'twitter'nya kadangkala dilihat mengkritik kerajaan, saya rasa sudah banyak kali. Dan yang paling segar dalam ingatan saya adalah ketika 'Hari Ibu' tempoh hari di mana beliau secara terbuka dilihat berbalas serangan 'twitter' dengan salah seorang Exco Pemuda UMNO iaitu Saudara Lokman Adam.

Masihkah kau ingat Wardina..?

Tapi hari ini disebabkan dirinya menjadi satu topik hangat di beberapa laman blog si Wardina Safiyyah dikatakan mengadakan sidang tergempar untuk menjawab kontroversi yang mengatakan bahawa beliau mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang sebagaimana tersiarnya sekeping gambar yang merupakan pencetus kepada kontroversi ini.

Ok dia nak berhubung rapat dengan siapa itu dia punya hak. Kita tiada hak untuk menghalang.

Yang saya tertarik sekali nak komen hari ini adalah, kenyataan beliau yang berbunyi:

“Malah saya lebih sedih apabila gambar-gambar lama saya tidak bertudung disiarkan menerusi bloq yang mana ia boleh memalukan saya dan keluarga sedangkan saya sudah berubah,”

Adakah Puan Wardina hendak saman blogger sebab gambar silam? atau sebab cerita yang ditulis tidak betul?

Kalau disebabkan Puan Wardina malu ekoran blogger terbabit menyiarkan gambar-gambar silam puan. Bagi saya eloklah sekiranya puan menyaman terlebih dahulu stesen televisyen tertentu (malas sebut nama)yang sehingga ke hari ini masih menyiarkan sitkom Spanar Jaya yang dilakonkan oleh puan dahulu.

Di mana dalam sitkom terbabit yang sekarang ini masih lagi diulang tayang, kerap kali saya terlihat babak puan tidak menutup aurat turut dipaparkan.

Tindakan ini dilihat lebih rasional daripada puan menyaman blogger yang memang kadangkala menulis berdasarkan apa yang dilihatnya.

Dalam kes puan ini blogger hanyalah menceritakan daripada apa yang dilihat dari sekeping gambar. Takkan perkara ini pun puan hendak melenting dan melompat? Gambar (atas) memaparkan puan bersama pemimpin politik pembangkang sudah tentulah orang mengatakan bahawa puan berminat menyertai politik.

Adakah blogger-blogger menabur pasir dalam periuk nasi puan? Bagi saya bukan blogger yang menabur pasir dalam periuk nasi puan. Tetapi puan sendiri bertindak menabur pasir dalam periuk nasi puan disebabkan keghairahan puan 'tweet' yang mana kadangkala melibatkan kenyataan berbaur politik.

'Tweet' berbaur politik, berada di majlis bersama pemimpin-pemimpin politik. Adakah puan mengharapkan cerita pasal filem baru lakonan puan akan keluar? Sudah tentulah orang mengaitkan puan dengan politik. Apa yang isu besarnya?

Kalau malu disebabkan dek gambar silam, sebagaimana saya kata sebelum ini eloklah puan saman stesen televisyen terlebih dahulu. Yang sering kali dok ulang tayang sitkom Spanar Jaya. Dalam sitkom tersebut kelihatan puan lebih 'over' daripada gambar yang dipaparkan blogger.

Kalau mental puan tidaklah sekuat mana, nasihat saya usahlah 'main' politik. Bila ceburi arena politik. Kita kena terima seseorang bercakap pasal diri kita, sama ada baik atau buruk.

Akhir sekali dua bulan bercuti ini, eloklah sekiranya puan mengintai tempat-tempat kosong di pentas pembangkang sebagai penceramah..


Double Y : Lawyer dia bagi masa dua minggu untuk turunkan gambar silam Puan Wardina..  cuba belek-belek stesen televisyen ni.. rasanya baru aje aku tengok si wardina tak bertudung dalam sitkom tu.. taknak saman ke wahai puan wardina?

Tuesday, June 28, 2011

Yang Ini 100% Joe Bedul



Apa komen Joe Bedul selepas tengok video ini?

Adakah Joe Bedul nak kata ini bukan dirinya sebaliknya seseorang yang dimekap menyerupai dirinya?

Kah Kah Kah..

Kah..Kah..Kah..

Kah..Kah..Kah..

Kah..Kah.. Kah..

Saman Joe jangan tak saman..

Inilah peluang nak saman Trio Datuk T. Bolehlah dapat balik RM 1juta yang kau minta tempoh hari..

Kah..Kah..Kah..

Joe Bedul tunggu apa lagi buatlah dokumentari cabuk untuk sangkal video ini.

Hanya orang bodoh boleh terpukau dengan video kau bertukar jadi P.Ramle.

Kah..Kah..Kah..

Mayday!! Mayday!!

Sunday, June 26, 2011

Dedah : Johari Abdullah Bertukar Jadi P.Ramlee - 99.99% Tak Sama P.Ramlee

Beberapa hari yang lalu saya difahamkan bahawa satu dokumentari khas disiarkan di beberapa laman blog dan juga youtube kononnya mempunyai fakta-fakta kukuh bahawa individu dalam video seks yang didedahkan oleh Trio Dato T  adalah bukan Anwar Ibrahim.

Bila melihat rakaman dokumentari terbabit, saya tergelak besar apabila melihat ahli parlimen Sungai Petani Dato Johari Abdullah (Joe Dol) yang bertindak sebagai pengacara dokumentari tersebut. Saya tergelak besar bukanlah kerana beliau tidak berbakat sebagai pengacara, tapi disebabkan kedangkalan serta kebodohan hujah-hujah yang diberikan beliau dalam video terbabit.

Hujah yang dikemukan oleh Joe Dol dari bahagian 1 - 4 dokumentari tersebut adalah berdasarkan andaian serta presepsi kepala otak beliau sendiri serta tidak disokong dengan bukti dan kajian pakar.

Jika hendak dibandingkan dengan hujah peguam Dato Shafee Abdullah ketika dalam perbicaraan semalam ibarat langit dan bumi. Hujah Dato Shafee Abdullah disertakan dengan laporan dari pakar Amerika, manakala hujah Joe Dol dalam dokumentari cabuk beliau berdasarkan presepsi kepala otak dia.

Mungkin Joe Dol fikir IQ rakyat Malaysia ini sangat rendah sehingga boleh diperbodohkan mengikut selera dia.

Mengenai tali pinggang, perut buncit, spek mata, orang ketiga dan video sengaja di hitam-putih serta macam-macam andaian bodoh bro Joe Dol dalam dokumentari 'cap kodi' beliau semuanya telah dijawab serta disangkal oleh blogger Dr. Novandri melalui blognya M.I.M

Namun ada seorang uncle yang dahulunya merupakan 'panglima hitam' UMNO yang mana baru sahaja menyertai PAS (ada orang kata uncle ini bertindak keluar UMNO kerana kalah bertanding dan gagal dapat sebarang jawatan di peringat Bahagian betul ke?)  telah menegur saya di laman twiter. Katanya "kenapa tidak tayangkan sekali babak Johari Abdullah 'bertukar' menjadi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?".

Saya tertanya-tanya benarkah Joe Dol mampu bertukar menyerupai Allahyarham Tan Sri P.Ramlee?

Adakah wajah Joe Dol yang dimekap 99.99% menyerupai wajah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee?

Namun untuk bertukar menjadi P.Ramlee Joe Dol terpaksa ke Bangkok Thailand sebagaimana dikatakan beliau dalam minit 0.05, lihat video di bawah yang merupakan bahagian ke-3 daripada 4 bahagian yang dikeluarkan oleh PKR.



Adakah bagi saudara pembaca semua wajah Joe Dol yang dimekap berjaya menyerupai P.Ramlee selepas melihat rakaman di atas? Untuk melihat dengan lebih dekat saya siapkan 'print screen' sebagaimana di bawah :

Adakah wajah Joe Dol (kiri) pada mata anda sama dengan wajah P.Ramlee?

Bahagian pipi serta dagu Joe Dol dan P.Ramlee dilihat jauh berbeza, wajah P.Ramlee lebih meruncing atau berbentuk V akan tetapi wajah Joe Dol kelihatan bulat dan berisi di bahagian pipi.

Untuk lebih adil kita lihat pula paparan kedua gambar Joe Dol yang kononnya mengatakan beliau berjaya menyerupai P. Ramlee selepas dimekap.

Berapa peratus Joe Dol menyerupai P.Ramlee? 20% atau pun 99.99%?
Kita teliti pula gambar Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam posisi yang lebih kurang sama dengan gambar di atas.


Walaupun Joe Dol memaksa dirinya kekal tersenyum ala-ala P.Ramlee jelas sekali bagi saya banyak perbezaan ketara dapat dilihat. Malah jika ditanya budak sekolah rendah sekali pun mereka dapat mengenal pasti bahawa dua individu di atas adalah orang yang berbeza.

Kalau bahagian dahi ada sedikit persamaan, namun bahagian wajah jauh berbeza. Sekali pandang pun kita dapat membezakan mana satu P.Ramlee yang sebenar. Itulah saya kata dokumentari ini merupakan dokumentari ikut suka kepala otak dia.

Bro Joe Dol kalau nak jadi bengong jangan ajak rakyat ikut jadi bengong. Cukuplah YB seorang yang bengong membela seorang yang jelas dan nyata rendah moralnya. 

Buat bro Joe Dol kalau tak malu kepada rakyat Malaysia sekali pun, malulah kepada Allah S.W.T kerana membela individu yang melakukan kemaksiatan. 





Double Y : Antara rakyat Sungai Petani dan Anwar Ibrahim agaknya Joe Dol lebih mengutamakan siapa?





Friday, June 24, 2011

PATRIOT vs. BERSHIT 2.0 - Buku Bertemu Ruas?



PATRIOT - " Malaysia Tanahairku" ataupun 'kumpulan baju merah' merupakan satu kumpulan yang perlu dilepasi oleh kumpulan BerSHIT 2.0 yang akan  mengenakan baju, logo serta sticker berwarna kuning.

Malah mungkin Mat Sabu 121 Hotel Perdana bakal menempah khas kopiah berwarna kuning.

Mungkin sesetengah dari saudara pembaca terlintas akan peristiwa baju merah di Thailand pada awal Januari lalu. Di mana kumpulan pro Thaksin ini dikatakan berkampung dan membina kubu di tengah-tengah kota Bangkok serta bertindak menyimbah darah di hadapan kediaman Abhisit.

Gambar hiasan tiada kaitan dengan PATRIOT.

Bertujuan untuk memberi tekanan kepada Abhisit supaya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Thai.

Ekoran tindakan provokasi melampau kumpulan baju merah ini pihak tentera Thai terpaksa menggunakan kekerasan bertujuan untuk menyuraikan mereka. Namun kumpulan ini bertindak menyerang balas dan akhirnya ramai nyawa yang terkorban dalam insiden itu, ekonomi kota Bangkok hampir lumpuh.

Kawasan yang sepatutnya selamat untuk orang ramai kunjungi bertukar menjadi lokasi yang digeruni oleh rakyat-rakyat Thai yang berkecuali. Para peniaga terpaksa menanggung kerugian ekoran kerosakan serta kemusnahan yang dicetuskan oleh kumpulan baju merah ke atas premis mereka.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap serta provokasi melampau yang ditimbulkan oleh kumpulan baju merah, maka lahirlah kumpulan baju kuning yang pro kerajaan serta disokong oleh golongan-golongan elit Thai.

Kumpulan baju kuning ini juga bertindak mendesak kerajaan yang diterajui Abhisit supaya bertindak tegas terhadap kumpulan baju merah yang dilihat mencetuskan huru-hara dan menjejaskan imej negara gajah putih itu di mata dunia.

Itu ringkasan peristiwa yang berlaku di Thai awal Januari 2011 dan berlarutan sehingga berminggu-minggu atau tidak silap saya ianya berlarutan sehingga berbulan lamanya.

Gambar Hiasan
Adakah peristiwa begini bakal berlaku di negara yang kita cintai iaitu Malaysia? Saya berani katakan ada kemungkinan peristiwa begini boleh terjadi di tanahair kita sekiranya ada pihak yang 'bermain wayang' kononnya mereka ini merupakan sebuah badan bebas yang membawa suara 'rakyat'.

Walaupun ada kajian yang dijalankan oleh sebuah akhbar baru-baru ini mengatakan bahawa hampir 1 juta rakyat Malaysia menyatakan sokongan kepada kumpulan BerSHIT 2.0 ianya tidak boleh dilihat mewakili suara majoriti rakyat Malaysia yang berjumlah lebih kurang 27 juta orang.

Masih ramai lagi 'suara senyap' di luar sana yang tidak mempunyai kaitan dengan politik kepartian menolak perhimpunan ini kerana ianya dilihat  akan menyusahkan dan menimbulkan kesulitan dan kerugian kepada mereka.

Ini berdasarkan pengalaman BerSHIT 1.0 di mana ramai para peniaga kecil serta tauke yang memiliki gedung-gedung yang besar sekitar jalan Tuanku Abdul Rahman dan Masjid India mengalami kerugian dalam jumlah yang besar gara-gara tindakan kumpulan ini. Ada juga yang mengalami kerosakan harta benda perniagaan mereka.

Gambar Hiasan Semata-mata
Secara jujurnya saya tidak menolak sebarang usaha yang cuba dibawa oleh pihak BerSHIT 2.0 jika mereka benar-benar ikhlas memperjuangkan akan 8 perkara yang dituntut mereka.

Saya juga yakin kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai PATRIOT - "Malaysia Tanahairku" juga tidak mempunyai halangan jika perkara yang dituntut oleh BerSHIT 2.0 dilakukan melalui saluran yang betul.

Apa yang dimaksudkan melalui saluran yang betul ialah melalui perbincangan ataupun diadakan sessi dialog bersama pihak yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah saya dimaklumkan bahawa pihak SPR sudi bertemu dan berdialog bersama BerSHIT 2.0.

Bila jadi begini siapa yang perlu disalahkan?
Jalanraya sepatutnya menjadi medan akhir jika pihak yang berkenaan iaitu SPR dilihat tidak membuka ruang untuk kumpulan ini bersuara. Tapi dalam kes ini SPR menyatakan kesudian dan kesediaan untuk bertemu dengan kumpulan BerSHIT 2.0.

Persoalan mudah yang perlu dijawab oleh Ambiga dan puak BerSHIT 2.0 kenapa jalanraya juga menjadi pilihan?

Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka hendak mengheret 'rakyat' untuk menjayakan agenda politik kepartian mereka.

Dalam bahasa ringkasnya "aku serang SPR, 'rakyat' akan salahkan kerajaan dan kerajaan sudah tentulah BN". "Aku lawan arahan Polis sikit, Polis tangkap sudah tentulah 'rakyat' melihat ianya salah kerajaan, dan kerajaan Malaysia sudah tentulah BN".

Sekali tembak dua kena...


Jadi 9 Julai 2011 jika anda menghargai keamanan dijemput untuk menyertai kumpulan perjalanan aman  PATRIOT - "Malaysia Tanahairku". Jangan kita biarkan satu kumpulan menganggu-gugat ketenteraman yang kita kecapi semata-mata demi kepentingan mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...