NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Wednesday, March 30, 2011

Pengguna Twitter Selalu Mendahului Malaikat Maut?

Dulu di laman twitter juga Arwah M.Rajoli dilaporkan meninggal walhal pada waktu berita itu di'tweet' Arwah masih bernafas.

Selepas itu disusuli dengan Wakil Rakyat yang tenat di'tweet' meninggal di dunia oleh beberapa pemimpin parti politik.

Kadangkala bila melihat situasi ini, dapat dilihat keghairahan sesetengah dari kita untuk menjadi 'pemecah berita' sehingga kadang-kala mengelirukan orang ramai.

Kali ini Jackie Chan pun jadi mangsa berita palsu yang disebar twitter. Mengatakan Jackie Chan sudah mati.

Terkejut juga saya semalam. Baca petikan Berita Harian berikut :

NEW DELHI: Aktor terkenal Hong Kong, Jackie Chan, menjadi mangsa terbaru penipuan kematian menerusi Twitter apabila dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung.

'RIP Jackie Chan' antara topik paling popular dalam perbualan menerusi Twitter dan Google, semalam.

Semuanya berpunca daripada laporan palsu yang difail menggunakan artikel Cable News Network (CNN) yang juga dipalsukan pemilik blog bernama Skiphopz sekali gus mencetus khabar angin kematian pelakon berusia 56 tahun itu.

Malah, ia juga menggunakan ulasan Presiden Barack Obama memberi penghormatan terakhir kepada aktor itu.

"Jackie Chan berbakat besar dan mengingatkan kita mengenai kekuatan sifat kemanusiaan. Beliau akan kekal di hati kita, memberi inspirasi kepada generasi akan datang."

Artikel itu dibuat menggunakan perkhidmatan tanpa nama percuma secara online, membenarkan pengguna mencatat kod HTML code dan mencipta semula sebuah laman web tanpa identiti.

Apapun, pelakon aksi terkenal itu nyata masih hidup dan bakal menemui peminat menerusi filem 1911 lewat tahun ini.


Double Y : Sekarang berita-berita yang diterima pun tak pasti kesahihannya..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 23, 2011

Identiti 'Datuk T' di Dedahkan.

Rupanya inilah Datuk T yang menggemparkan dunia politik isnin lalu dengan tayangan video seks melibatkan pemimpin politik popular.

Datuk T dikatakan orang kuat Anwar Ibrahim dan memainkan peranan utama menyeludup keluar Raja Petra Kamaluddin.

Jika dilihat wajah Datuk T atau nama glamour beliau Datuk Eskay mirip Anwar Ibrahim.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Klip Video Seks : NGO Desak Suruhanjaya di Tubuhkan Untuk Menyiasat Kesahihan Video Tersebut.

Hari ini berlangsungnya satu demontrasi aman oleh badan NGO berikutan pendedahan video seks melibatkan pemimpin pembangkang.

NGO-NGO ini mendesak supaya satu Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat kesahihan video yang didedahkan oleh individu bergelar 'Datuk T'.

Adakah desakan ini akan merebak sebagaimana desakan isu DNA sebelum ini?

Wajarkah sebuah Suruhanjaya Bebas ditubuhkan untuk menyiasat dengan teliti video tersebut?

Komen anda...?


Double Y : Gambar Ihsan dari sahabat dalam room 'blackberry massenger'.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Liwat II : Mahkamah Putuskan Anwar Ibrahim Tidak Perlu Serahkan Sampel DNA.

Sebentar tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Anwar Ibrahim yang terlibat dalam kes liwat II tidak perlu menyerahkan sampel DNA beliau.

Ini kerana mahkamah memutuskan untuk menerima pakai bahan bukti yang diambil dari lokap berupa botol air mineral (cactus), tuala 'good morning' dan berus gigi.


Penerimaan semula bahan bukti ini hanyalah bertujuan untuk membuat perbandingan dengan sampel DNA milik "lelaki Y".


Double Y : tak dapat juga bro anwar ibrahim nak mengelak.. 'Lelaki Y' usah gelabah.. Hehehe



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, March 22, 2011

Pembohongan di Tutup Dengan Berbohong Adalah Kepakaran Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim dan Wan Azizah d IPD Dang Wangi pagi tadi.

Anwar Ibrahim 'Anugerah Tuhan' bukan calang-calang ahli politik yang dilahirkan di Malaysia. Ucapannya, gayanya, percakapannya boleh membuatkan hadirin terpukau.

Kepakaran yang tidak dimiliki oleh setiap ahli politik di Malaysia hanyalah dimiliki oleh Anwar Ibrahim. Nafsunya dalam politik cukup besar. Sebesar nafsu seksnya. Kalau tidak masakan lelaki atau perempuan beliau boleh layan dalam satu masa.

Bila timbul isu video seks yang dikatakan melibatkan dirinya yang didedahkan oleh Datuk T semalam, timbul bermacam keraguan serta persoalan. Ramai blogger pro-kerajaan masih tidak yakin akan kesahihan video tersebut. Saya juga tidak yakin dengan keikhlasan manusia bernama Datuk T.

Datuk T muncul ketika pembubaran Dun Sarawak dan ketika mahkamah ingin mendengar keputusan permohonan pendakwaraya terhadap sampel DNA Anwar Ibrahim berhubung kes Liwat II. Pendedahan yang dibuat oleh Datuk T seolah dirancang oleh seseorang.

Orang yang merancang pendedahan ini kemungkinan besar inginkan Anwar Ibrahim dan isterinya jatuh terduduk dalam arena politik Malaysia atau pu ingin mengalih tumpuan masyarakat terhadap desakan sampel DNA yang dibuat ramai pihak.


Anwar Ibrahi, Wan Azizah, Lathefa Kooya dan N.Surendran

Apa yang membuatkan saya hairan disebalik kewujudan video ini adalah :

  • Datuk T mendapat kepercayaan individu dalam video untuk menuntut jam tangan Omega, ini bermakna Datuk T merupakan orang yang sangat rapat dan mendapat kepercayaan individu dalam video.
  • Kenapa Wan Azizah Presiden PKR juga didesak berundur walhal dirinya tiada dalam video tersebut?
  • Jika desakan supaya Wan Azizah berundur berjaya, siapakah yang akan dapat manfaat besar dan kemungkinan akan menggantikan kedudukan sebagai Presiden PKR?
Dr. Joycelee (geng Chegubard) yang merupakan individu tidak sebulu dengan Azmin Ali ada menimbulkan persoalan ini dilaman twitternya. Saya melihat seolah-olah Dr.Joycelee juga yakin kewujudan video ini merupakan kerja orang dalam parti PKR sendiri.

Dalam setiap portal semalam, saya melihat tiada satu nama pun dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, namun Nik Nazmi dan Tian Chua dari awal lagi mengatakan ianya bukan Anwar Ibrahim. Kenapa awal benar mereka menafikan individu dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim tanpa melihat video terbabit?

Di sebalik pendedahan ini, Azmin Ali semalam tidak memberi sebarang reaksi berhubung video ini, kenapa Azmin Ali tidak mempertahanan Anwar Ibrahim sedangkan Anwar Ibrahim sanggup berkorban nyawa dan gadaikan kepercayaan keluarga untuk karier politik Azmin Ali?

Penafian Anwar Ibrahim juga berupa penafian kosong semata-mata kerana dalam sidang medianya, beliau menyatakan belum melihat video terbabit kenapa beliau begitu yakin individu dalam video terbabit berperut boroi? Adakah Anwar Ibrahim kenal dengan pelakon upahan dalam video terbabit?

Dari maklumat rakan saya yang juga merupakan editor sebuah portal berita terkenal yang turut menghadiri sessi tontonan video terbabit semalam, mengatakan kepada saya 90% ianya mirip Anwar Ibrahim. Inividu yang mengesahkan kepada saya ini merupakan bekas oran kuat di zaman reformasi.

Hari ini tanpa melihat kandungan video Anwar Ibrahim bertindak melaporkan kepada pihak Polis untuk menyiasat kes ini. Jika kita perhatikan, dalam kes Liwat II Anwar Ibrahim terlebih dahulu menyembunyikan diri di kedutaan Turki atas alasan keselamatan dirinya.

Melalui pendedahan video ini juga saya melihat ianya merupakan kelebihan besar buat Anwar Ibrahim. Dalam kes ini UMNO akan terus dipersalahkan dan UMNO dilihat terus menekan Anwar Ibrahim melalui cara ini simpati rakyat terutama pengundi Sarawak akan bertambah terhadap beliau. Ini dapat dilihat melalui sidang media semalam Anwar Ibrahim dengan tegas terus menyatakan ianya fitnah jahat UMNO.

Kesimpulannya melalui pendedahan yang dibuat oleh Datuk T semalam tidak memberi kelebihan kepada UMNO . Sebaliknya ianya memberi kelebihan kepada individu yang inginkan kekuasakan di dalam PKR setelah Anwar Ibrahim dan isterinya berundur.

Atau..

Ianya  membolehkan rakyat terus percaya bahawa Anwar Ibrahim terus dianiaya oleh UMNO untuk kononnya takut kemaraan Anwar Ibrahim ke Putrajaya.

Selain isu tanah adat melalui pendedahan ini juga, ianya akan dijadikan modal kempen PR untuk menafikan majoriti 2/3 BN di DUN Sarawak. Mereka tahu sukar untuk menang di Sarawak, matlamat PR sekarang adalah untuk menafikn majoriti 2/3 BN sahaja.

Inilah manusia bernama Anwar Ibrahim, cukup handal menutup pembohongan dengan mereka satu fantasi dan konspirasi baru. Walaupun terpaksa memalukan diri sendiri, Anwar Ibrahim rela demi memastikan jawatan Perdana Menteri menjadi miliknya.

Jadi wahai rakyat Malaysia ingat beberapa perkara :

  1. Ingat pembohongan 16 September.
  2. Ingat pembohongan disuntik racun arsenik dan HIV.
  3. Ingat peristiwa beliau tidak boleh berjalan di khayalak tetapi ceria dalam sel penjara.
  4. Ingat janji bohong Kampung Buah Pala.
  5. Ingat bagaimana Anwar Ibrahim menyembunyikan diri di kedutaan Turki.
  6. Ingat kes video Elizabeth Wong yang dikatakan ada dalam simpanannya.
  7. Ingat dakwaan yang dibuat beliau konon mempunyai bukti MP lompat parti dapat rm2 Juta. Sehingga kini tidak didedahkan.
  8. Ingat keengganan Anwar Ibrahim untuk bersumpah laknat.
Menutup pembohongan dengan berbohong itulah Anwar Ibrahim....



Double Y : Sorry.. video ini kita kasi Polis siasat.. wahai Bro Anwar Ibrahim.. DNA first, video second.. ok?

Isu Video Seks : Anwar Ibrahim Lapor Polis di Balai Polis Dang Wangi.

Berhubung pendedahan yang ditimbulkan oleh Datuk T semalam.

Hari ini Anwar Ibrahim bertindak melaporkan kepada Polis untuk menyiasat individu yang memfitnah dirinya di Balai Polis Dang Wangi.

Agak mencurigakan bila mana Anwar Ibrahim begitu cepat melaporkan kepada pihak Polis tanpa dirinya sendiri melihat isi kandungan rakaman terbabit.

Banyak kepincangan berhubung pendedahan yang dibuat oleh Datuk T semalam.

Kami mempercayai Datuk T adalah orang kepercayaan Anwar Ibrahim. Kerana dia diberikan kepercayaan untuk mengambil jam tangan Omega.

Banyak keraguan timbul. Antara lain siapa yang untung jika seorang Penasihat PKR dan Presiden Parti berundur dari pentas politik?

Adakah orang UMNO atau orang yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim sendiri yang inginkan berkuasa penuh ke atas Parti PKR?


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 21, 2011

Sidang Media - Anwar Menafikan Dirinya Lelaki Yang di Dedahkan Oleh Datuk T.. ?

Gambar Sidang Media Sebentar Tadi di Ibu Pejabat PKR.

Pagi tadi dunia politik dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat oleh Datuk T mengenai video aksi seks melibatkan seorang pemimpin utama pembangkang.

90% wartawan-wartawan kanan yang dijemput untuk menonton video terbabit mengesahkan ianya mirip seorang pemimpin pembangkang popular.

Dalam sessi tontonan video terbabit, Datuk T memberi masa seminggu untuk pemimpin politik terbabit bersama isterinya berundur dari dunia politik. Jika tidak video tersebut akan disebarkan.

Namun harus diingat, Datuk T tidak pernah menamakan sesiapa pun dalam kenyataannya. Malah tiada satu ayat pun mengaitkan Anwar Ibrahim.

Orang yang mengatakan bahawa lelaki yang terbabit dalam video seks bersama pelacur asing itu adalah Anwar Ibrahim ialah Nik Nazmi.

Sidang media yang diadakan di Pejabat PKR hanya menafikan bahawa pada 21/02/2011 Anwar Ibrahim berada dirumah dan ini boleh disemak melalui twitternya.

Namun harus diingat, Datuk T hanya mengatakan ianya dirakam pada 21/2 tanpa menyebut tahun yang tepat video terbabit dirakam.

Sidang media Anwar Ibrahim juga mengatakan bahawa lelaki dalam video itu 'boroi'. Macam mana mereka tahu lelaki terbabit boroi? Nik Nazmi sudah melihat kandungan video tersebut?

Atau pun pendedahan ini dirancang oleh orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim sendiri?

Siapa yang untung jika Anwar Ibrahim dipenjarakan? Siapa yang jaga semua wang ringgit Anwar Ibrahim?

Di sini menimbulkan keraguan, adakah bahawa pendedahan ini dibuat oleh orang yang sangat rapat dengan Anwar Ibrahim.?

Hehehe.. Teringat sidang video Kak Azizah menafikan Anwar Ibrahim berada di kondo ketika kes Saiful Bukhari. Alih-alih ada rakaman CCTV.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Video Seks Anwar Ibrahim Bakal di Edarkan?

Berikut petikan Malaysiakini :

Satu rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin utama pembangkang dengan seorang wanita muda yang tidak dikenali didedahkan kepada pihak media pagi ini.

Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Klip video tersebut ditayangkan untuk tontonan pihak media pagi ini di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 20 minit itu mengikut kumpulan.

Menurut satu sumber, klip lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata mereka 90 peratus pasti yang lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut.

Beberapa pihak menamakan ahli politik tersebut dalam twitter mereka, dan parti pimpinannya mendakwa ia klip video palsu.


Double Y : Sheikh Kickdefella juga turut menulis perkara ini. Ada yang cakap dalam video tu Anwar Ibrahim ada yang cakap pemimpin PAS.


Agak-agak siapa yang bakal menerima nasib macam Chua Soi Lek? Hehe

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 17, 2011

Ketua UMNO Bahagian Gombak Kantoi Gambar Aksi Seks?

Ketua UMNO Bahagian Gombak??

Hujan tiada ribut tiada.. Tiba-tiba dikejutkan dengan gambar Ketua Umno Bahagian Gombak Abd Rahim dalam keadaan aib bersama skandalnya.

Ini sudah kes teruk, memalukan institusi UMNO. Oleh sebab itu kalau benar ini adalah gambar Ketua UMNO Bahagian Gombak. Saya tidak mahu berkompromi dengan sebarang kegiatan tidak bermoral yang boleh melemahkan institusi UMNO.

Malas nak cerita lebih-lebih. Golongan macam ni boleh berambus dari UMNO..

Korang baca la pendedahan yang dibuat oleh blog MiloSuam KLIK SINI


Double Y : Berundur sajalah kalau benar!! Menyusahkan!!! Kalau ini super-impose, aku mintak Ketua UMNO Bahagian Gombak heret blogger MiloSuam ke mahkamah!!

PRU Sarawak : Benarkah Sarawak Begitu Mundur di Bawah BN?


Kita sedia maklum bahawa, Sarawak Bumi Kenyalang bakal menghadapi satu Pilihanraya Negeri (PRN) tidak lama lagi. Malah sudah ada khabar angin bertiup kencang bahawa DUN Sarawak kemungkinan besar akan dibubarkan bila-bila masa sahaja.

Di sebalik keghairahan kita menghadapi PRN Sarawak, sudah ada fitnah-fitnah kencang yang ditiup oleh Pakatan Pembangkang terhadap negeri Sarawak dengan tujuan untuk menarik sokongan rakyat Sarawak menyokong Pakatan mereka.

Ini dibuktikan lagi dengan kehadiran pemimpin-pemimpin besar Pakatan ke Sarawak baru-baru ini, malah akhbar yang sepatutnya menjadi bacaan di semenanjung sudah disebarkan di sekitar Sarawak iaitu akhbar terbitan PKR untuk negeri Selangor 'Selangorkini'.

Antara isu yang mereka selalu gambarkan adalah, Sarawak begitu mundur sepanjang dibawah pemerintahan Tan Sri Taib Mahmud dan BN.

Persoalannya adakah Sarawak begitu mundur seperti yang dilabelkan oleh Pakatan Pembangkang? Saya melakukan sedikit kajian dengan bantuan rakan-rakan dari Sarawak. Tujuannya adalah sejauh mana kebenaran dakwaan yang dibuat oleh pembangkang ini.

Kejayaan Sarawak di Rancang Teliti Oleh BN.

Sebenarnya Sarawak telah terbukti berjaya di bawah pemerintahan BN, kerana setiap perancangan yang dirancang oleh Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud dilakukan dengan penuh penelitian, bijaksana dan prihatin terhadap rakyat Sarawak.

Cuba kita bandingkan Sarawak hari ini dengan Sarawak dalam tahun 1960-an. Perubahan benar-benar dapat dilihat begitu ketara. Bandaraya Kuching begitu indah sekali serta kehebatan Kuching Waterfront diakui diperingkat antarabangsa.

Selain bandaraya Kuching, Miri juga dilihat sebuah bandar yang berpontensi ini dapat dilihat melalui kesibukkan yang dialami di Lapangan Terbang Kuching dan Miri dimana antara lapangan yang paling sibuk dan menguntungkan di Malaysia.

Lapangan terbang Miri, saya difahamkan dimajukan dengan perbelanjaan yang besar sebanyak RM120 juta. Malah kejayaan BN mentadbir Sarawak juga terbukti apabila berjaya menjadikan Miri sebagai Resort City pada tahun 2005.

Kemudahan Asas di Sarawak.

Kejayaan sesebuah negeri tidak bererti tanpa kemudahan asas, yakni kemudahan dalam bentuk infrastruktur serta jalan-jalan kampung. Malah kampung-kampung terpencil juga dibangunkan tanpa berlaku sebarang ketidak-adilan terhadap rakyat Sarawak.

Rumah-rumah yang selesa juga cuba disediakan oleh kerajaan BN dibawah pentadbiran Tan Sri Taib Mahmud dan ini amat ditekankan oleh kerajaan negeri Sarawak. Menyedari kepentingan rumah selesa untuk penduduk, kerajaan telah pun membina 26,281 unit rumah kos rendah dengan kos RM524.5 juta.

Tidak cukup dengan itu, kemudahan perumahan rakyat turut disediakan dengan pembinaan 1,550 unit dengan nilai kos RM70 juta. Malah bagi tempoh tersebut juga diberitakan sejumlah RM12.3 juta telah dibelanjakan melalui Program Pemulihan Perumahan (PPR) melibatkan melibatkan 2,409 buah rumah rakyat miskin di Sarawak.


Kemajuan Tidak Beerti Tanpa Kelengkapan Pendidikan.

Pendidikan merupakan satu kemudahan yang wajib disediakan oleh kerajaan kepada setiap rakyatnya. Tanpa pendidikan sesebuah bangsa tidak mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Bagaimana dengan kemudahan pendidikan di Sarawak, adakah rakyat Sarawak terpinggir dari segi kemudahan pendidikan?

Sepanjang pentadbiran BN kerajaan sentiasa positif untuk meningkatkan tahap pencapaikan akademik kepada semua rakyat Sarawak. Pelbagai galakkan diberikan oleh kerajaan kepada para ibubapa supaya menghantar setiap anak mereka ke sekolah.

Kerajaan menekankan kepentingan pendidikan kepada ibubapa anak-anak mereka. Anak-anak digalakkan supaya menguasai pelajaran Sains dan Matematik dengan baik. Menyedari kepentingan pendidikan. Kerajaan telah membelanjakan RM1.89 billion untuk sektor pendidikan di Sarawak.

Ini bermakna terdapat banyak sekolah-sekolah yang dibina berdekatan dengan kampung masing-masing. Kemudahan psarana terhadap setiap sekolah terus cuba dipertingkatkan mengikut peredaran masa. Walaupun pada hakikat yang sebenar kerajaan hanya memperuntukkan untuk sektor pendidikan di Sarawak hanyalah RM895 juta. Tetapi ianya ditambah kepada RM1.89 billion demi kesenangan rakyat Sarawak. Dan ini bukanlah satu angka yang kecil.

Banyak Cerita Karut Bila Menjelang PRN

Bila menjelang sahaja PRN Sarawak, kita tahu pembangkang akan menyajikan pelbagai cerita karut. Pelbagai fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan lebih-lebih lagi kepada Tan Sri Taib Mahmud.

Tujuan mereka hanyalah untuk membangkitkan perasaan benci rakyat Sarawak terhadap Tan Sri Taib Mahmud dan kerajaan BN. Tetapi kita percaya mereka tidak akan berjaya di Sarawak. Oleh sebab itu rakyat Sarawak harus sedar, bahawa jika pembangkang diberikan kuasa mereka sesekali tidak mampu mencapai apa yang dibuat oleh BN.

Mereka akan mengajak rakyat untuk kembali mundur. Rakyat Sarawak harus terus mara dari sudut ekonomi, dan terus mara untuk menentang sebarang percubaan untuk mengjahanamkan keharmonian yang dihadapi oleh anda di Sarawak.

Untuk mengajak rakyat kembali mundur, mereka akan menyerang projek-projek kerajaan dan segala usaha murni kerajaan untuk kesenangan rakyat Sarawak. Mereka mengajar rakyat dengan politik kebencian, dan trend ini sudah dapat kita lihat dari sekarang.

Daripada statistik yang saya berikan ini. Adakah anda percaya bahawa Sarawak begitu mundur di bawah pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh Tan Sri Taib Mahmud?

Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri telah lama menjalin hubungan baik, dan ini dapat dilihat bila rakyat Sarawak terus meraih dan mengecapi pelbagai kemajuan. Melalui kerjasama yang baik dengan kerajaan Pusat. Mudahlah untuk Kerajaan Negeri meminta sebarang peruntukkan untuk rakyat Sarawak.

Pembangunan bandar dan desa dapat dilihat jelas di Sarawak. Adakah perlu kita percaya bahawa Sarawak itu mundur?

Tidak dinafikan masih ada yang miskin di Sarawak, tetapi setiap negeri yang maju macam mana pun, keciciran tetap berlaku dalam angka yang kecil. Dan kes ini dikategorikan sebagai kes terpencil. Tidak adil untuk kita menuduh bahawa rakyat Sarawak tercicir secara keseluruhan gara-gara angka kecil ini.

Adakah rakyat Sarawak perlu menolak sebuah kerajaan yang prihatin seperti BN dan digantikan dengan sebuah kerajaan yang  belum dapat dilihat tahap kemampuan mereka untuk mentadbir?

Adakah rakyat Sarawak sanggup mengambil risiko untuk menggadaikan apa yang mereka kecapi demi kepentingan politik sempit Anwar Ibrahim?

Untuk rakyat Sarawak... anda sendiri yang tentukan.. Tepuk dada tanyalah hati..



Double Y : Mungkin akan ke Sarawak tak lama lagi....

TG Nik Aziz Pernah Menyumpah Para Jemaah Dalam Masjid?

Mencarut takpo.. Tuhan pun mencarut.. kor guano?

TG Nik Aziz kalau dulu nama ini cukup dikagumi oleh rakyat Kelantan, namun kini setelah 21 tahun berkuasa rakyat Kelantan dilihat semakin meluat dengan gaya dan karenah TG Nik Aziz.

Kalau dulu jangan haraplah anda dapat dengar rakyat biasa meninggi suara ketika bertutur dengan TG Nik Aziz, tetapi kini keadaan sudah menjadi sebaliknya. Rakyat Kelantan sudah muak, bosan dan cemuh ditipu oleh sebuah parti yang bertopengkan agama.

Oleh sebab itu, maka tidak mustahillah peniaga-peniaga yang teraniaya di Bazar Tok Guru dan Arked UDA mengherdik TG Nik Aziz baru-baru ini.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi dengan pembaca kiriman emel yang dikirimkan seorang Ustaz kepada portal Kelatekito.net dalam kiriman emel ini, penulis menceritakan bahawa TG Nik Aziz pernah menyumpah seranah orang ketika berada di dalam masjid.

Berikut petikan emel yang dihantar pada Februari lalu. :


Baru- baru ini, sedang saya berehat sementara menunggu masuk waktu maghrib saya dihubungi oleh seorang rakan saya dalam Pas yang juga seorang ustaz memperihalkan satu kejadian

“ Ana nak royat bui ko anta, baru-baru ni kawe ana hadir kuliah tertutup denge Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato Muhammad Daud Iraqi, terkejut ana, dia kato tikus pulok boleh make, (makan), dulu Nik Aziz kata, Tupai boleh makan, ni tikus pulok boleh, Masya Allah”.
Terjemahan : "Saya nak beritahu kepada saudara, baru-baru ini saya hadir kuliah tertutup dengan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak Pas Pusat, Dato Muhammad Daud Iraqi, terkejut saya dia kata tikus pula boleh makan, dulu Nik Aziz kata tupai boleh dimakan, ini tikus pun boleh. Masya Allah"
“Pah tu anta nak tau tak, pagi tadi ana gi semaye subuh di masjid Pulau Melaka, biasalah imam dia gak, Tuk Guru kitolah, lepah semaye, lepah jah bui salem  Nik Aziz supoh, ‘menate mano ni hok batuk dale masjid’, terkejut ana syeikh, dale ati kato, bakpo ore tua ni” dia marah ore batuk sapa gitu mo”
Terjemahan : Selepas itu kamu hendak tahu tak, pagi tadi saya pergi sembahyang subuh di masjid Pulau Melaka, biasalah imam dia Tok Guru kitalah. Lepas sembahyang, selepas sahaja beri salam Nik Aziz sumpah "binatang mana yang batuk dalam masjid" terkejut saya syeikh. Dalam hati kata. Kenapa orang tua ini dia marah orang batuk sampai macam tu sekali. 
 “Anta nak tau tak, Nik Aziz menyumpah tu kali kedua doh, baru ni sekali dia maroh ko ore bersin dale masjid, lepas semaye subuh jugak, bakpo jadi gitu syeikh, tak tau syeikh mungkin balasan Allah atah ketelanjuran kato-kato dia, Tuhan doh kato doh bila dio panjang umor oghe tu  Allah aken ubah sifat dia”.
Terjemahan : Kamu hendak tahu tak. Nik Aziz menyumpah tu sudah kali kedua, sebelum ini dia pernah marah kepada orang bersin dalam masjid, selepas sembahyang subuh jugak. Kenapa jadi begitu syeikh. Tak tahu syeikh mungkin balasan Allah ke atas keterlanjuran kata-kata dia. Tuhan dah kata bila dia panjang umur orang itu Allah ubah sifat dia. 

Dua perkara petikan perbualan tersebut menggambarkan Nik Aziz dan Ust Muhammad Daud boleh diibaratkan sebagai balasan Allah terhadap mereka yang mempersendakan agama.

Firman Allah bermaksud “Makanlah kamu dari perkara yang baik”, apakah Ust Muhammad Daud berpandangan bahawa tikus merupakan makanan yang baik?

Apakah beliau tidak tahu bahawa sifat tikus adalah kotor dan membawa penyakit, seperti juga tupai yang mana tidak ada nas yang membenarkan di makan.

Apakah sandaran yang digunakan oleh Ust Muhammad Daud membenarkan tikus di makan?
Dan kepada Mursyidul Am Pas, sedarlah bahawa Allah Maha berkuasa dan Dia berkuasa untuk memalukan seseorang, mengaibkan seseorang dan menutup keaiban orang dan menterbalikkan sifat kamu seperti sifat kebudakkan.

Ustaz Zuhdi Quba

16 feb 2011

Wednesday, March 16, 2011

Lagi 30 NGO Desak Anwar Ibrahim Serah DNA - Anwar Jangan Pusing Lagi!

Sidang Media 30 NGO Desak Anwar Ibrahim di Grand Season


Sebentar tadi berlangsungnya sidang media membabitkan 30 badan bukan kerajaan (NGO) mendesak Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes Liwat II yang terus menyelubungi dirinya sekarang ini.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi sokongan kepada mangsa liwat Anwar Ibrahim iaitu Saiful Bukhari Azlan berlangsung di Grand Season.

Hadirin yang hadir dalam desakan sebentar tadi.

Nampaknya 'revolusi DNA' terus melanda Malaysia berikutan keengganan Anwar Ibrahim memberikan kerjasama yang sewajarnya dalam perjalanan kes liwat II yang telah pun tertangguh sebanyak 51 kali.

Anwar Ibrahim nampaknya tiada pilihan lain selain menyerahkan sampel DNA beliau jika beliau benar-benar tidak bersalah. Anwar Ibrahim harus faham kehendak rakyat yang inginkan kebenaran.

Anwar Ibrahim tak perlu mengalih isu DNA ini dengan mengadakan siri jelajah ' DNA = Datuk Najib Altantuya' kerana rakyat Malaysia tidak terlalu bodoh untuk terus menerus ditipu.




Double Y : Gambar kiriman Armand Azha Ketua Wira Perkasa dan PapaGomo.

Gara - Gara SMS Bodoh : Air Asia Lapor Polis.



Hari sabtu lepas saya juga menerima satu pesanan 'blackberry massenger'. Pesanan tersebut ternyata dihantar secara rambang ataupun 'broadcast message' kepada semua pengguna blackberry.

Dalam pesanan itu, dikhabarkan bahawa satu pesawat Air Asia terhempas dan disertakan dengan satu 'link' untuk kita klik. Selepas klik 'link' tersebut ianya tertera gambar sebuah pesawat mainan dalam keadaan terbalik. Lupa siapa penghantar pesanan terbabit pun saya telah padam.

Mungkin ada yang fikir ianya merupakan satu gurauan semata-mata. Tapi bagi saya gurau tersebut tidak patut dilakukan memandangkan si penyebar pesanan ini siap sertakan nombor pesawat sekali. Ini boleh menimbulkan kerisauan kepada pengguna serta penumpang Air Asia.

Berikutan gurauan yang tak berapa cerdik, Air Asia memandang serius perkara ini segera melaporkan kepada pihak Polis dan SKMM untuk melakukan penyiasatan terhadap individu yang bertanggungjawab menyebarkan pesanan terbabit.

Oleh itu saya menyokong penuh tindakan yang dilakukan oleh Air Asia.

Dakwaan Palsu, Air Asia Lapor Polis & SKMM.

AirAsia hari ini menasihati orang ramai supaya mengenepikan pesanan bersifat hasad dengki yang tersebar di dalam Twitter, Facebook atau melalui rantaian SMS, yang membuat dakwaan palsu bahawa salah satu penerbangannya (yang disifatkan sebagai AK5154 atau AK5145) telah terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching atau di KLIA pada hari Ahad. 
Selanjutnya klik SINI

Double Y : Nak bergurau pun agak-agak la.. Jangan sampai menjejaskan serta merosakkan reuptasi syarikat besar macam Air Asia.. Tak dapat kawe nak tolong doh eh... 

Ladang Rakyat - PAS Kelantan Rampas Tanah Buat Kali Ke-2.

Penduduk menunjukkan lokasi tanah yang bakal dirampas.

Isu ladang rakyat di Kelantan bukan isu baru, ianya sudah berlaku 2 tahun lepas. Baru-baru ini kerajaan PAS Kelantan menunjukkan kezaliman lagi dalam isu ladang rakyat sehingga membangkitkan kemarahan 100 penduduk Kampung Serian.

Dan dimaklumkan bahawa ini merupakan kali ke-2 kerajaan PAS Kelantan yang diterajui TG Nik Aziz merampas tanah rakyat untuk mengkayakan kroni semata-mata.

Sebelum ini penduduk mendakwa kerajaan PAS Kelantan telah merampas 400 hektar tanah yang diusahakan oleh penduduk untuk membangunkan ladang rakyat. Dan kali ini diberitakan bahawa sebanyak 880 hektar lagi akan dirampas untuk tujuan yang sama.

Tanah-tanah yang bakal dirampas ini bukan baru diusahakan oleh penduduk setempat, malah ianya sudah diusahakan lebih 50 tahun. 

Mohd Rofi Ismail iaitu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kampung Serian mendakwa perkara ini diketahui oleh penduduk setempat melalui beberapa orang pekerja di sebuah syarikat pembangunan ladang rakyat.

Berikutan maklumat itu, penduduk lebih 100 orang mengadakan bantahan terhadap kerajaan PAS Kelantan. Ada diantara mereka melaungkan "Kerajaan PAS Kelantan zalim!!"

Isu ladang rakyat dan penyelewengan kerajaan PAS Kelantan dalam projek ini mula diketahui oleh rakyat ketika PRK Galas.  Malah sebelum ini juga ada didedahkan bukti berdokumen kerajaan PAS Kelantan memajakkan tanah-tanah untuk kroni cina mereka.

Berikutan bantahan ini penduduk sepakat untuk mempertahankan tanah mereka daripada terus dirampas oleh kerajaan PAS Kelantan demi kroni mereka.


Baca juga di Kelatekito.net


Double Y : Tanah yang diusahakan oleh rakyat lebih 50 tahun dirampas untuk kroni mereka. Tindakan PAS macam Israel rampas tanah Palestin...

Tuesday, March 15, 2011

Bible Bahasa Melayu OK di Malaysia - Kenyataan Media.

Kecoh isu bible berbahasa Melayu yang mendapat tentangan ramai pihak, walaupun DS Najib telah menyatakan ianya hanya untuk kegunaan di Sabah & Sarawak sahaja.

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melepaskan lebih kurang 30,000 unit kitab injil berbahasa Melayu yang ditahan di Pelabuhan Klang dan Kuching atas nasihat peguam negara (AG). Dengan syarat :

  • Kitab ini akan di cop (tag) hanya untuk orang Kristian sahaja. 
  • Perlaksanaan pelepasan ini tidak memberi kesan kepada kes mahkamah berkaitan isu kalimah 'ALLAH.

Berikut kenyataan media yang dikeluarkan. :

March 15, 2011

KENYATAAN MEDIA

Untuk Terbitan Segera

Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil yang diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia di Kuching dan Pelabuhan Klang. Ini adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah membenarkan pengeluaran serta penyebaran  Kitab Injil dalam Bahasa Malaysia secara terhad dan terkawal, di mana buku-buku tersebut mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja.” 

Sejak tahun 1982, dengan akta tersebut, laporan menunjukkan bahawa tiada sebarang isu atau masalah yang dihadapi dalam pelaksanaannya. Dengan merujuk kepada fakta tersebut, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk menggunakan warta 1982 yang sama dalam pengeluaran Kitab Injil.

Setelah pemerhatian serta analisa yang teliti, Peguam Negara (AG) juga telah menetapkan bahawa pengeluaran Kitab Injil yang telah diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan buku Kitab Injil tersebut.

Kerajaan sangat komited dan akan memberikan komitmen yang berterusan untuk menyelesaikan masalah atau isu-isu berkaitan agama dengan penuh adil dan saksama demi kebaikan negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Oleh itu, Kerajaan akan terus mengadakan dialog khas untuk membincangkan jalan penyelesaian isu-isu tertentu dengan melibatkan semua penganut pelbagai agama.

Kerajaan Sarawak juga bersetuju dan berpendapat bahawa penahanan buku Kitab Injil yang telah sekian lama ditahan seharusnya dikeluarkan. Dato’ Sri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang merupakan penganut agama Kristian yang berasal dari Sarawak telah berhubung dengan Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) bagi pihak Kerajaan.
Menurut beliau, “Ini adalah satu kompromisi yang memanfaatkan kedua-dua belah pihak dalam menangani perbezaan pendapat antara penganut agama Kristian dan Islam di negara ini.

Bagi penganut agama Kristian, Kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan Kitab Injil di Kuching mahupun di Pelabuhan Klang. Dari perspektif penganut agama Islam pula, seperti yang telah ditetapkan oleh Peguam Negara, pelaksaan ini tidak akan memberi kesan dalam kes mahkamah yang berkaitan isu Kalimah Allah. Kerajaan jelas sangat komited dalam menyelesaikan masalah berkaitan agama sejajar dengan konsep 1Malaysia.”

Pakatan Anti Demontrasi Haram?

Demo di Batu Gajah..

Biasalah jika kita melihat kegiatan demontrasi haram ini sinonim dengan puak Pakatan Haprak, atas alasan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.

Tapi bila tiba rakyat Malaysia yang inginkan kebenaran dalam perjalanan kes liwat II yang telah meleret-leret sehinga memaksa rakyat mengadakan demontrasi desak Anwar Ibrahim serah 'sample' DNA pihak Pakatan nampaknya tidak lagi mengiktiraf hak kebebasan untuk rakyat berkumpul.

Ini terbukti apabila beberapa pemimpin Pakatan di Perak membuat laporan polis terhadap para peserta demontrasi yang mendesak Anwar Ibrahim.

Mereka kononnya melabelkan perhimpunan desakan tersebut sebagai perhimpunan haram, walhal jika diperhatian demo-demo yang diadakan di beberapa negeri dengan tujuan memberi tekanan kepada Anwar Ibrahim ianya berlangsung dengan keadaan aman tanpa sebarang kemusnahan harta benda awam berbanding dengan demo-demo yang dilakukan oleh pihak mereka.

Demo Pakatan Haram biasanya berakhir dengan kekecohan..

Dalam demontrasi DNA ini juga kita dapat lihat tiada sebarang kekasaran atau provokasi para peserta terhadap penguatkuasa. Akibat tidak tahan dengan desakan terus menerus rakyat terhadap pemimpin maha peliwat mereka. Mereka cuba menekan kebebasan rakyat yang inginkan kebenaran.

Bila mereka gunakan jalanraya sebagai medan meluahkan kemarahan atau sebarang ketidakpuasan hati, maka halal tindakan mereka, tetapi jika UMNO dan rakyat biasa yang melakukan tindakan yang sama dan memaksa pemimpin pujaan mereka, mereka segera membuat laporan dengan alasan ianya 'demo haram'?

Nampaknya 'flip-flop' politik yang diamalkan Pakatan?

IPOH, 15 Mac: Pakatan Rakyat Perak telah membuat satu laporan polis berkenaan isu demonstrasi haram di hadapan pejabat PAS , DAP dan PKR di Jalan Medan Istana, Ipoh pada Ahad lepas.

Demo itu dihadiri oleh sekumpulan individu yang dikenali sebagai ahli Umno bersama DatukHamidah Othman, Adun Sungai Rapat yang juga merupakan ketua penerangan wanita Umno Malaysia.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat negeri yang diwakili Sivakumar (DAP), Ismad Shahril (PAS), Chan Ming Kai (PKR), Wong Kah Woh (DAP) dan Ustaz Hafez Sabri (PAS) telah hadir ke Balai Polis Ipoh, hari ini untuk membuat laporan tersebut.

Poster-poster yang berbaur hasutan dan ugutan ditampal di depan pintu pejabat PAS, DAP dan PKR Perak dengan tujuan untuk menimbulkan kekacauan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Tujuan demonstrasi haram itu kononnya untuk mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyerahkan DNA, kumpulan demonstrasi haram itu juga telah menampal poster-poster yang mempunyai perkataan
“subjudice” seperti andaikata PAS dan DAP gagal mendesak Anwar Ibrahim memberikan DNA, maka sahlah DNA lelaki Y adalah DNA Anwar Ibrahim dan Anwar Ibrahim bakal Hosni Mubarak Malaysia dan beberapa kata-kata kesat yang ditulis di atas poster kumpulan demonstrasi haram itu.

Bagi PAS dan Pakatan Rakyat Perak, kes yang melibatkan Anwar masih dalam perbicaraan dan pertimbangan mahkamah.

Oleh yang demikian pihak luar tidak boleh campur tangan dan mempengaruhi keputusan hakim dan mahkamah.

Tindakan demonstrasi haram yang diketuai  Hamidah itu jelas menunjukkan bahawa bahawa Umno bertindak secara tidak professional serta mereka menghina mahkamah yang sedang membicarakan kes tersebut.

Pakatan Rakyat Perak menggesa agar pihak polis membuat penyiasatan dan menghentikan segera segala provokasi yang cuba menimbulkan iklim politik kotor di Perak supaya tindakan seperti desakan dan demonstrasi haram itu tidak mempengaruhi keputusan mahkamah dalam membuat sebarang keputusan kes berkenaan. - Haprakahkah Daily -


Double Y : Ingat korang je boleh berdemo, rakyat lain tak boleh? 

Harakahdaily Tiada Kredibiliti - Tarik Balik Artikel Sindir Anwar!!

Tepat Dari Sumber atau Tepat Menyebarkan Fitnah?

Sungguh memeranjatkan bila sebuah portal yang diakses oleh berjuta rakyat Malaysia dan beribu pengikut totok PAS dilihat tiada langsung kredibiliti dalam menyiarkan laporan beritanya. Artikel berjudul 'Gerakan Anti Lelaki Y'. Tiba-tiba hilang begitu saja?

Bila membaca blog sahabat blogger SemutHitam80 yang membuat ulasan mengenai laporan Harakah yang dilihat lebih menyindir kepada Anwar Ibrahim. Editor Harakah daily telah menarik balik artikel tersebut serta-merta. 

Ini bukan kali pertama Harakah Daily menarik balik artikel yang disiarkan, sebelum ini ada artikel yang menggunakan gambar 'super impose' Ummi Hafilda juga ditarik balik gara-gara mendapat tekanan hebat dari
blogger pro-kerajaan.

Hari ini artikel dibawah ini telah ditarik balik tanpa sebab yang munasabah - untuk mereka yang masih belum membaca petikan artikel tersebut, saya paparkan kembali artikel tersebut yang disalin oleh blogger SemutHitam80.

"DNA lelaki Y telah disahkan sebagai DNA seorang lelaki Melayu. Keengganan Anwar untuk memberi sampel DNA telah menimbulkan satu keadaan dimana setiap lelaki Melayu yang telah baligh layak disyaki sebagai lelaki Y. Setiap lelaki Melayu adalah suspek dalam kes tersebut. Sebagai seorang lelaki Melayu tunggal ditempat kerja, saya terpaksa mengharungi jelingan serong dari pekerja-pekerja lain.Oleh kerana Anwar enggan memberi sampel DNA, hanya proses eliminasi yang akan dapat mengatasi dilema ini. Semua lelaki Melayu perlu memberi sampel DNA mereka secara sukarela untuk ujian supaya dapat digugurkan daripada senarai suspek.Saya bercadang untuk menubuhkan sebuah NGO, Gerakan Anti-lelaki Y atau lebih dikenali dengan nama singkat GAY, sebagai sebuah gerakan rakyat untuk melaksanakan proses eliminasi ini. Atas dasar BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH, setiap lelaki Melayu diseluruh negara akan memberi sampel DNA mereka untuk disahkan sebagai bukan lelaki Y. GAY akan menyelia usaha ini" -harakah-
Pautkan untuk artikel ini juga telah dipadam cuba klik SINI

Jika dibaca petikan tersebut jelas, bahawa PAS dilihat cuba menyindir Anwar Ibrahim berhubung isu DNA yang menyelubungi dirinya. Wa kah kah kah!

Jika media ini sebuah media yang bertanggungjawab, sebelum menarik balik sesuatu artikel. Ianya harus disertakan dengan nota RALAT atau permohonan maaf.  

Dengan ini jelas terbukti Harakahdaily langsung tiada kredibiliti dalam menyiarkan artikel mereka.


Double Y : Tahniah blogger Semuthitam80 kerana berjaya memberi tekanan kepada Pakatan haprak! Wakahkahkah.. tarik balik artikel.. Piraah!!

Liwat II : Di Tangguh Lagi - Adik Karpal Meninggal..

Gambar Ihsan JoeZuax

Hari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim disebabkan adik Karpal Singh meninggal dunia.

Karpal dikhabarkan akan sibuk dengan urusan pengebumian dan upacara kegamaan sehingga Isnin ini. Sepatutnya hari ini mahkamah dengar hujah 2 permohonaan pihak pendakwaan :

  • Permohonan memohon hakim  mengkaji semula keputusan menolak 3 barang bukti. (Botol air mineral Cactus, tuala 'good morning' dan berus gigi.
  • Permohonan kedua bagi mengarahkan Anwar Ibrahim bagi sampel DNA. Hujahnya adalah untuk memastikan kesepadanan dengan DNA yang dijumpai di sekeliling dubur Saiful.

Untuk rekod ini kali ke berapa ditangguhkan? 51..52..53 ? Saya sendiri pun ingat-ingat lupa. Maklumlah banyak kali sangat ditangguhkan.

Berikutan tekanan yang diberikan oleh rakyat Malaysia berhubung sampel DNA pula, Karpal dikhabarkan ingin mendakwa semua pendemo-pendemo yang terlibat dalam demontrasi mendesak Anwar Ibrahim serahkan DNA kerana menghina mahkamah.

Nampaknya Karpal Singh sudah bengong. Anwar Ibrahim Mat King Leather pernah berceramah mengenai kes liwat malah siap bawa dokumen laporan HKL ke hulu ke hilir dalam setiap ceramahnya.

Bukan sahaja Anwar Ibrahim malah Saifuddin Nasution juga pernah bawa dokumen yang sama dalam ceramah-ceramah di pasar malam. Kalau rakyat demo desak inginkan DNA Anwar Ibrahim dikatakan menghina mahkamah.

Adakah tindakan Anwar Ibrahim dan kuncunya membawa salinan perubatan HKL mengenai kes liwat tidak dikategorikan sebagai menghina mahkamah?

Kalau hendak dakwa para pendemo kononnya menghina mahkamah, Karpal kena dakwa sekali anak guamnya kerana selalu mendahului mahkamah dalam kes liwat dalam setiap siri ceramahnya apa macam bhai...?


Double Y : Takziah Karpal Bhai....

Monday, March 14, 2011

Penyelidik PAS Dedah PAS Kini Menjadi Materialisme - Gila Harta?



Sekarang sudah banyak rungutan kita dengar dari rakyat Kelantan mengenai pemerintahan 'diktator' Tok Guru Nik Aziz. Kali ini saya tertarik untuk berkongsi apa yang ditulis oleh Kaizar Idris dari Kelatekito.net

Benarlah dakwaan ramai pihak bahawa PAS sudah lari dari matlamat asal perjuangan parti tersebut iaitu untuk berdakwah terhadap umat Islam. Baca apa yang ditulis oleh Kaizar Idris :


Kota Bharu, 14 Mac - Perjuangan Pas kini mula terhakis daripada perjuangannya apabila ramai pemimpin mereka mula bersifat materialistik, iaitu sifat mementingkan kebendaan.

Adakah mereka mengalami kejutan budaya setelah berkuasa, itu merupakan lumrah namun mereka gagal mengekang nafsu mereka sehinggakan banyak lebih rakyat terainaya seperti di Kelantan berhubung isu ladang rakyat, bazar tok guru,  isu balak dan kemelut rasuah sampaikan ke peringkat menantu Menteri Besar, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman. 

Pendedahan wakil rakyat Pas diancam elemen materialisme didedahkan sendiri  Penyelidik Pas pusat Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latif  yang mendapati  elemen itu akan menjadi punca kejatuhan Pas.

Justeru beliau meminta Pas agar tidak menghiraukan perkara itu kerana ia akan menjadi faktor kekalahan Pas di Kelantan.

Namun perkara itu nampaknya tidak diendahkan kepimpinan Pas termasuk Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sudah menjadi terlalu sombong untuk mengakui wakil rakyatnya tidak buat kerja serta tidak lagi turun padang bertemu rakyat.

Ianya terang dilihat apabila dia pemimpin peniaga arked Uda dan pasar MPKB memarahi Nik Aziz mengenai perkara itu, namun Nik Aziz mendesak mereka untuk memohon maaf.

Jelas terpancar konsep Nik Aziz kini bertentangan dengan aspirasi rakyat, kerana wakil rakyat dipilih rakyat untuk berkhidmat untuk mereka dan jika mereka tidak boleh ditegur maka rakyat akan pilih yang lain.

Ketara sifat Nik Aziz dan wakil rakyat Pas semakin sombong dan terlalu taksubkan kuasa, inilah materialisme yang menguasai mereka.

"Materialisme masih menggugat sekali gus semangat pengorbanan dan keikhlasan perjuangan dalam parti terhakis," kata Wan Abdul Rahman.

Beliau juga menggariskan faktor kejatuhan Pas dalam pilihan raya nanti antara lain ialah tidak ada kerjasama erat di antara petugas senior parti dengan yang muda.

"Pas juga gagal menyelami perubahan citarasa pengundi yang sebahagiannya tidak lagi memilih parti dan pemimpin tetapi memilih calon," katanya.

Abdul Rahman berkata kejatuhan Pas kini semakin ketara atas faktor sebahagian wakil rakyat Pas tidak 'turun padang' dan terlibat dengan aktiviti masyarakat setempat.

"Terhakisnya asas keikhlasan di kalangan sebahagian pimpinan. Masa depan PAS Kelantan amat bergantung kepada keupayaan pimpinan dan ahli parti," katanya.


Double Y : PAS dulu dengan PAS sekarang jauh bezanya....

Perang DNA Bermula - DNA Najib Pula Mereka Minta?

"Sayalah Lelaki Y Hehehe.."

Semalam Malaysia dikejutkan dengan revolusi, sebagaimana di negara-negara Timur Tengah. Tapi di Malaysia ianya boleh dinamakan sebagai 'Revolusi DNA'.

Rata-rata rakyat Malaysia mendesak DS Anwar Ibrahim serahkan bukti DNA beliau dengan rela hati jika beliau tidak bersalah sebagaimana dicanang oleh beliau dalam setiap ceramahnya di seluruh negara. Bermula di Arena Square demo desak Anwar Ibrahim serah DNA merebak ke beberapa negeri.

Setakat ini dilaporkan rakyat di Kelantan, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Pahang, Kedah, Perlis, Melaka, dan Terengganu mengadakan demontrasi mendesak Anwar Ibrahim.

Hari ini macam biasa pakar alih isu macam Anwar Ibrahim pandai mengalih isu beliau supaya terpalit kepada DS Najib dan Rais Yatim. Anwar Ibrahim minta DS Najib menyerahkan DNA beliau dalam kes Altantuya manakala Rais Yatim dalam kes rogol amah.

Mungkin Anwar Ibrahim sudah bengong. Dalam kes Rais Yatim amah tersebut sudah menafikan bahawa dirinya dirogol. Manakala dalam kes Altantuya tiada sebarang kaitkan yang boleh dikaitkan dengan DS Najib. Malah DS Najib telah pun bersumpah dalam masjid khabarnya.

Tapi Anwar Ibrahim, sumpah takut hendak serah DNA pun takut? Ini apa cerita? Malah penjilat tegar Anwar Ibrahim, Saifuddin Nasution dikhabarkan akan menggerakkan kembali isu Altantuya dalam siri ceramah-ceramah PKR yang akan datang. Malah risalah-risalah bahawa DS Najib terlibat dengan Altantuya juga akan diedarkan.

Ini tidak lain dan tidak bukan, percubaan untuk mengalih perhatian. Mereka cukup pakar dan terlatih dalam perkara mengalih isu. Kita sudah sedia tahu.

Beliau mendakwa beliau memiliki bukti keterlibatan DS Najib dalam pembunuhan Altantuya. Jadi kita cabar dia untuk buktikan apa yang beliau katakan.

Apa yang susah sangat hendak bagi DNA wahai Sheikh Anwar Mat King Leather?

Anwar : Ask Najib to Give His DNA First.

KUALA LUMPUR, 14 MARCH, 2011: Opposition leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim today lashed out at at those who had exploited the DNA issue in his sodomy case and described it as a bad political ploy which is intended to topple him.

Speaking to reporters at the Opposition leader office in Parliament today, Anwar said those who demanded for him to give his DNA sample should ask Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and Information Minister Datuk Seri Rais Yatim to give their DNAs first.

“Why they did not ask Najib to give his DNA sample on the Altantuya case? Why don’t they ask Rais to give his DNA for the alleged rape of his maid?” said Anwar.

“For them to use this issue like I am afraid to give my DNA is just their evil political ploy. Najib and Rosmah were involved since the beginning. We can see that the prosecutor is acting on behalf of its ‘tuan’ and ‘puan’,” he added.

“Judith (investigating officer) said he kept the ‘specimen’ (semen and DNA) in the closet, not in the freezer. You can ask any expert in the world whether it can be defended,” said Anwar who is also the Permatang Pauh MP.

Meanwhile, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Secretary General Saifuddin Nasution in the same press conference said PKR will be holding a campaign with the theme ‘DNA Datuk Najib-Altantuya’ starting from next week.

He said a series of ceramah will be held regarding the murder of Mongolian model, Altantuya Shaaribu that was linked to Najib. They will also be distributing pamphlets to explain what actually happened between Najb and Altantuya.

“We have evidence, and we will expose it during the campaign that will start by next week. We are going to hold a series of ceramah and also distributing pamphlets regarding Najib-Altantuya,” said the Machang MP. - Malaysiandigest


Double Y : Dari dulu dok canang kita ada bukti, kita ada bukti. Tapi tak juga didedahkan kepada rakyat. Bukti MP lompat dapat rm2 juta pun sampai sekarang tak mampu kemukan. Sebaliknya Chegubard kemukakan bukti penyelewengan dalam pemilihan PKR dia diam.  Bengong Saifuddin Nasution ni....

ISA Sahaja Golongan Yang Hina Azan..

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bangkitkan isu yang sangat serius untuk kita semua berikan perhatian. Iaitu isu hina azan di laman youtube.

Sekarang ini banyak betul pihak yang permain dan persendakan ajaran Islam. Dulu pernah ada satu youtube yang hina orang Islam solat. Sekarang semakin menjadi-jadi orang Islam dihina dan dipersenda. KDN patut siasat dan ISA kan sahaja golongan ini.

"KUALA LUMPUR, 14 Mac — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman ‘‘YouTube’’. Pegawai Kerja PPIM Mustaffa Hamzah berkata klip video yang disiarkan itu adalah sengaja dibuat untuk memperleceh dan memperkecilkan amalan agama Islam. “Laungan azan adalah ibadah bagi umat Islam dan bukan sesuatu yang patut dipersenda serta dijadikan bahan gurauan.

“Justeru PPIM mendesak kerajaan mengenakan hukuman keras termasuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) atau sepadan dengannya agar mereka sedar dan menjadi pengajaran dan peringatan kepada semua bahawa semua agama adalah murni,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Beliau berkata PPIM juga khuatir jika tindakan itu tidak dibendung akan membawa tindak balas yang boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan kaum. Mohd Mustaffa berkata masyarakat boleh melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my untuk menonton contoh penghinaan yang dilakukan terhadap agama Islam itu. — Bernama"

Harap KDN menjalankan siasatan diatas dakwaan yang dibangkitkan oleh PPIM ini. 

Medan Info Kita Apa Masalah Lu Dengan UMB?


Bila menulis akan artikel ini kemungkinan besar saya memilih untuk tidak popular malah dilihat sengaja mencari pasal dengan blogger tersohor. Tapi suka atau tidak berlandaskan niat saya ikhlas ingin membantu saya perlu tulis.

Kemungkinan besar juga senarai blog saya akan dibuang dari list mereka. Hahaha macam Gomo pernah kena dulu-dulu. Mungkin juga ada yang akan kata saya terima bayaran dari Tun Faisal, tapi semua ini langsung tidak membuatkan saya gentar untuk nyatakan kebenaran.

Krisis di antara blogger dengan UMB sebenarnya sudah diselesaikan dengan baik oleh Pengerusi UMB Tun Faisal Ismail. Tapi masih ada blogger yang cuba menaikkan kembali isu dengan harapan ada blogger terus terpengaruh dengan mereka.

Sebenarnya isu ini tidak perlu dibangkitkan lagi, kerana 2 perjelasan Tun Faisal SINI dan SINI dalam blognya saya rasa sudah cukup terang, jika ada yang masih tidak faham bahasa saya cadangkan pergi kursus bahasa melayu.

Hari ini gara-gara 'panas bontot' dengan gelaran 'blogger jahat' yang Tun Faisal berikan dalam artikel beliau terhadap beberapa orang blogger.

Blogmaster MEDAN INFO KITA melompat dan saya melihat ini percubaan beliau untuk melaga-lagakan kembali blogger dengan UMB.

Apa yang salah dengan gelaran 'blogger jahat' di mata kamu wahai blogmaster Medan Info Kita? Saya memerhatikan malah sentiasa mengikuti setiap perkembangan tulisan blogger-blogger tersohor ini.

Apa yang saya lihat gelaran yang mereka berikan kepada orang yang mereka tidak suka lagi teruk. Malah ada yang dilabelkan sebagai binatang, anak haram dan lain-lain bahasa kesat digunakan mereka.  Tapi bila Tun Faisal melabelkan mereka sebagai 'blogger jahat' mereka melompat dan melenting. Ini manusia mempunyai fikiran jenis macam mana agaknya?

Isu pertama yang blogmaster Medan Info kita perlu faham. Krisis diantara UMB dengan blogger Melaka telah selesai. Apa yang masih belum diselesaikan sekarang hanyalah isu 'pas media' yang dibangkitkan oleh Papa Gomo.

Tapi Tun Faisal telah memberi jaminan akan mengadakan satu pertemuan dengan Papa Gomo dan beberapa blogger yang lain dalam masa terdekat. Dan saya melihat Papa Gomo pun telah tidak lagi menyuarakan ketidak-puasan hati beliau di dalam blognya.

Kali ini nak berlawan kita berlawan, nak bertaki kita bertaki, nak berbalas artikel kita berbalas. InsyaAllah saya sambut setiap artikel. Nak guna bahasa kasar pun boleh langsung tiada masalah. Saya boleh mengikuti setiap rentak irama yang bakal mereka lagukan nanti.

Jangan berasa diri kita hebat sangat sehingga kecam semua orang yang kita tidak suka, lagi-lagi mereka adalah daripada pihak yang kita dokong. Jika bermasalah sekalipun banyak jalan penyelesaian yang boleh dicari.

Kalau dah tidak suka sekalipun, ada baiknya tunggu pemilihan parti cantaslah mana-mana pemimpin yang tidak digemari oleh kamu.

Hendak kritik, kita kritik berdasarkan isu. Sebagaimana isu Saifuddin saya juga ikut kritik beliau. Tapi isu UMB yang telah selesai dan cuba dipanaskan kembali oleh 'blogger jahat' yang ada kepentingan memang wajar kita lawan.

Kita tidak perlu bagi muka kepada golongan 'blogger jahat' ini, mereka lebih menjurus menjayakan agenda peribadi mereka yang bermatlamatkan wang ringgit daripada pertahankan kepentingan sebuah parti. Tuhan bagi mereka hanyalah wang. Tidak mustahillah blogger jenis ini akan dilihat mukanya setiap kali beliau ingin wang sahaja.

Bukan kita tidak tahu, ada blogger menerima RM8,000 dari seorang Menteri untuk berhenti dari terus menyerang beliau di laman blog. Tetapi beberapa hari selepas itu 'blogger jahat' ini terus kembali menyerang Menteri yang bagi dia wang tersebut. Perlukah saudara terpengaruh dengan blogger jenis ini? 

Jadi buat blogmaster Medan Info Kita, saya dengan rasa hormat. Minta anda rileks dahulu serang sama sendiri. Jika hendak serang juga saya tidak teragak-agak untuk menyambut setiap artikel anda.

Sebelum tunjuk hebat serang UMB lu jawab dulu tulisan Anuar Mohd Nor dalam artikel beliau 'Catatan - kepada anak kecil Medan Info Kita' di SINI




Double Y : Bekas X-PKR macam Blogmaster Medan Info ni orang cakap jangan layan sangat... Tapi tak layan dia tuduh kita kecut sama dia.. Lama-lama besar kepala.. Sekarang kalau nak terbakar jambatan pun terbakarlah!!

Bio Aura Dari Hai-O Marketing Menipu Pengguna?

Harga kos produk ini di Taiwan hanyalah RM250-RM300 seunit?

Bukan sekali dua kita dengar syarikat berasaskan MLM menipu pengguna. Sudah banyak kali dan rata-rata mereka yang terpengaruh dengan penipuan ini adalah orang berbangsa Melayu yang terlalu ghairah ingin cepat kaya.

Isu Hai-O Marketing menipu pengguna mungkin sudah lama diperkatakan, namun ianya menarik perhatian saya untuk sama-sama kongsi dengan pembaca-pembaca blog.

Dari maklumat dan cakap-cakap mulut mereka yang nak join rangkain perniagaan Hai-O Marketing ini memerlukan modal sehingga RM21,000. Malah ada yang sanggup membuat pinjaman bank semata-mata terpengaruh dengan cakap manis ejen atau upline.

Modus operasi MLM biasanya, mereka akan ambil 2-3 orang Melayu yang memang sudah berjaya, posing di hadapan kereta mewah, dan buat sedikit testimoni tentang keberkesanan produk mereka. Ini boleh dilihat dari risalah-risalah yang selalu diselitkan di cermin kereta setiap kali kita parking di mana-mana lokasi.

Mengenai Hai-O Marketing yang dikatakan menipu adalah disebabkan 'mark-up' harga yang dilihat lebih 8 kali ganda dari harga kos barang berkenaan.

Apa yang saya dapat dari laman 'facebook' kawan-kawan adalah :

  • Filter Bio Aura Made In Taiwan ini harga kos hanyalah sekitar RM250-RM300 untuk satu unit. Tetapi dijual pada harga RM2,100.
Jika diteliti harga pasaran untuk produk yang sama adalah lebih kurang dalam RM500. Contoh water filter berjenama Philiips yang berteknologi ultra-violet hanya dijual pada harga RM699 sahaja di  Carrefour.

Hai-O Marketing tahu, jika dijual secara biasa tanpa sistem MLM mereka perlu bersaing dengan banyak produk yang jauh lebih rendah dan lebih bermutu dari produk mereka. Jadi mereka jalankan sistem MLM.

Mereka sediakan plan yang menawarkan komisyen yang tinggi kepada ejen-ejen yang dilantik. Dengan sistem MLM dan kempen dari mulut ke mulut juga terbukti dan orang Melayu memang cepat terpengaruh dengan pulangan yang ditawarkan. Walaupun mereka terpaksa mengeluarkan modal yang sangat tinggi.

Sesiapa ada pengalaman join Hai-O Marketing yang sudah kaya-raya mungkin boleh berkongsi dengan saya pengalaman anda. Benar atau tidak dakwaan dan khabar angin ini? 

Bila diselidik rangkaian pengurusan tertinggi syarikat Hai-O Marketing ini, keseluruhan mereka semuanya berbangsa cina, di sini menimbulkan satu persoalan yang agak rasis.

Orang cina suka menipu atau orang Melayu mudah ditipu?

Komen anda..?


Double Y : Sudah serik join MLM....

Sunday, March 13, 2011

Kongres di KUIS - Medan Anwar 'Meliwat' Minda Mahasiswa?

 Gambar Ihsan Theunspinners.

Semalam berlangsungnya satu Kongres Gerakan Mahasiswa II di Dewan Syarahan KUIS.

Kongres ini dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar dan Azmin Ali. Manakala wakil BN yang sepatutnya diwakili oleh Dato  SaiPuddin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi (the intelektual minister) tidak hadir dalam kongres ini kerana beliau dimaklumkan ada program lain di kawasan Parlimen beliau. 


Kongres ini merupakan tindakan terdesak Anwar Ibrahim untuk mengheret mahasiswa dengan tujuan menghidupkan revolusi kerana beliau tidak lama lagi akan kembali menetap di kediaman rasmi beliau di River Buloh Inn.

Dalam kongres yang dihadiri sekitar 200-250 orang mahasiswa ini membincangkan beberapa usul antaranya :


  • Mahasiswa pro-M perlu meraih sokongan rakyat untuk menyokong perjuangan mereka.
  • Mahasiswa pro-M perlu menyambut revolusi yang melanda negara-negara Timur Tengah dengan menjadikan revolusi tersebut sebagai aspirasi perjuangan mereka.
  • Mahasiswa pro-M perlu sentiasa senada menyokong kepimpinan dan perjuangan Pakatan Rakyat. 
2000 siswa hadir dengar Anwar punya pidato?
Saya dimaklumkan tidak semua pemimpin pro-M hadir dalam kongres ini kerana ada yang bertindak boikot kongres ini atas alasan yang tidak dapat dipastikan.

Kongres ini juga berlangsungnya pengundian jawatankuasa pro-M Nasional yang mana dimenangi oleh :

Masturah dari UM - yang 'gila' sekejap bila disoal oleh polis berhubung kehilangan diri sendiri ketika berlangsungnya pemilihan kampus tempoh hari.

Mohd Syahid dari UM - pelajar sains politik islam.

Muhammad Ikram dari UKM.

Mohd Syafiq dari UPM - ini pelajar paling 'pailang' beliaulah yang bertindak memecahkan cermin kaca di UPM sehingga menyebabkan kecederaan teruk kepada pengawal kampus.

Mohd Zaim Juwaidi dari UKM.

Nur Arisya dari UPM.

Dari sini timbul satu keraguan, benarkah pembangkang terlibat menaja segala kos kumpulan pro-M dalam pilihanraya kampus tempoh hari?

Bukan itu sahaja, politik kepartian yang cuba diserapkan kepada siswa ini juga dilihat melanggar Seksyen 15 AUKU.

Budak-budak pro-Aspirasi sibuk jaga kebajikan pelajar di Universiti, puak pro-M sibuk 'jilat' pemimpin-pemimpin pembangkang.

Patutlah kampus masih lagi dikuasai oleh pro-Aspirasi baru-baru ini saja mereka berjaya di 3 universiti - UM, UKM dan UIA. Itu pun dalam kongres ini budak-budak pro-M 'claim' mereka menang ditempat yang tidak sepatutnya.



Double Y : Mujur Abang Pudin the intelektual Minister tak join, kalau tidak....



Ralat : Perhimpunan Desak Anwar Serah DNA Tukar Lokasi.

Untuk makluman semua pembaca dan rakyat Malaysia, satu perhimpunan aman akan diadakan di hadapan Ibu Pejabat PKR Damansara bagi mendesak Anwar Ibrahim bekerjasama dengan menyerahkan DNA dirinya kepada mahkamah.
         
        Butiran perhimpunan ini seperti berikut : 
Tarikh : 13 Mac 2011 - 11.30 pagi.

Lokasi : Ibu Pejabat PKR Damansara.

Semua rakyat yang inginkan kebenaran perjalanan kes liwat ini digalakkan untuk menyertai perhimpunan aman ini.

Anjuran pihak  'KEADILAN UNTUK SAIFUL'


Mohon disebarkan kepada semua. 

Saturday, March 12, 2011

Sivarasa di Haramkan Masuk ke Sarawak - CM Ada Kuasa Untuk Tentukan.

Sambungan artikel ringkas SINI

Pagi tadi Sivarasa MP Subang tidak dibenarkan masuk ke Sarawak oleh pihak imigresen sedangkan pemimpin-pemimpin PKR yang lain dapat masuk tanpa sebarang masalah.

Pihak imigresen memaklumkan bahawa ianya atas arahan Ketua Menteri Sarawak. Sebelum YB Fuziah spin isu dengan lebih jauh kita kena jawab dahulu. Kita tahu YB Fuziah menyalahkan BN atas kejadian pagi tadi. Sivarasa dengan konco-konco perlu tahu undang-undang Negeri Sarawak & Sabah yang mengandungi 20 perkara.

Dulu ketika hendak menubuhkan Malaysia dengan disertai oleh Sarawak & Sabah ada 20 perkara yang dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak pada waktu itu.

Dalam 20 perkara yang juga disebut 'Persefahaman 20' perkara ke -6 ada menyebut :

Point 6: Immigration
Control over immigration into any part of Malaysia from outside should rest with the Central Government but entry into North Borneo should also require the approval of the State Government. The Federal Government should not be able to veto the entry of persons into North Borneo for State Government purposes except on strictly security grounds. North Borneo should have unfettered control over the movements of persons other than those in Federal Government employ from other parts of Malaysia into North Borneo.

Terjemahan :

Perkara 6: Imigresen

Kawalan imigresen terhadap sebarang tempat di Malaysia dari luar memang tugas Kerajaan Pusat. Tetapi kemasukan ke Sarawak perlu juga mendapat kebenaran dari kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak boleh diberi kuasa penuh mewakili kerajaan negeri untuk meluluskan kemasukan ke Sarawak kecuali atas bidang keselamatan. Sarawak harus mempunyai kuasa sepenuhnya selain dari pergerakkan penjawat awam Kerajaan Persekutuan dari tempat lain di Malaysia .

Jadi Ketua Menteri Sarawak sekarang berkuasa untuk menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa yang tidak boleh masuk ke Sarawak. Semuanya bergantung kepada budi bicara Ketua Menteri Sarawak itu sendiri.

Sekarang Sivarasa tak usah banyak cakap, Fuziah tak usah banyak gebang. Undang-Undang ini sudah dipersetujui sekian lama, takkan Sivarasa sebagai peguam tidak tahu?

Sivarasa tahu dia tidak dibenarkan masuk ke Sarawak sebenarnya, ini semua hanya nak 'main politik' sahaja untuk menarik sokongan rakyat Sarawak, maklumlah PRN Sarawak bila-bila masa sahaja khabarnya.

Jadi kalau Sarawak tidak 'halal' kamu jejakkan kaki, baliklah ke Kuala Lumpur. Usah banyak bunyi. Dua kali kena 'rejek' di Sarawak maknanya kamu tidak dihalalkan memijakkan kaki di bumi Kenyalang.



Double Y : Terima kasih kepada @CherryMerry80 rakan di twitter yang memberitahu saya akan maklumat ini. Penulis asal JohnyTim

Sivarasa MP PKR Subang di Haramkan Masuk ke Sarawak?


Pagi ini MP Subang R. Sivarasa tidak dibenarkan memasuki Sarawak ketika tiba di Airport Kuching. Beliau dikhabarkan tidak dibenarkan masuk oleh pihak imigresen.

Kenapa beliau diharamkan masuk Sarawak? Mamat ini ada mempunyai rekod hitam di Sarawak ke?

 MP Sivarasa barred from entering Sarawak
..PKR Subang member of parliament R Sivarasa has been barred from entering Sarawak upon arrival at the Kuching Airport this morning. -

Malaysiakini

Ada blogger kita dari Sarawak tahu mengenai kes ini? Hairan YB Sivarasa tidak dibenarkan memasuki negeri Sarawak, YB Fuziah segera menyalahkan serta menuduh BN punya angkara..

Sarawak tidak mengalukan PKR agaknya..


Double Y fikir : MP Subang ini pakai ic merah agaknya... hehehe

Ekoran Tsunami Harga Minyak Turun?

Gambar Hiasan..

Harga minyak dunia turun ekoran tsunami melanda Jepun semalam. Adakah kerajaan kita juga akan turut menurunkan harga minyak di Malaysia?

Kalau tidak turun pun kekalkan dan kawal harga pasaran semasa. Memetik laporan AFP terkini :

Oil price slumps under $100 on Japan quake

(AFP)-LONDON — New York crude oil dived back under $100 per barrel on Friday as traders bet that a massive earthquake in Japan would slash the country's crude imports.

New York's main contract, light sweet crude for April delivery, fell to $99.01 -- the lowest level since February 25. It later stood at $99.69 a barrel, down $3.01 from Thursday's closing level
...

Kat Malaysia turun ke tak?

Pada zaman Pak Lah dulu harga minyak pernah turun sebanyak 5 kali kerana mengikut harga minyak dunia pada waktu itu, era Tok Najib terserah kepada kebijaksanaan penasihat-penasihat beliaulah. 

Turun sikit pun jadilah Tok Najib.. kalau tidak pun kekalkan. Jangan sesekali naik kerana tindakan menaikkan ibarat menghulur leher ke tali gantung.

Arena Square Batu Gajah Medan Kebangkitan Rakyat Desak Anwar Ibrahim Bagi DNA.

Hari ini jam 10.00 pagi Arena Square Batu Gajah akan menjadi medan untuk rakyat berdemontrasi secara aman bagi mendesak Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA dirinya.

Dalam demontransi ini juga turut disertai oleh Ummi Hafilda Ali dan Rahimi.

Sebelum PRK seingat saya, Arena Square sudah digegarkan dengan pendedahan panas Ummi Hafilda mengenai hubungan Anwar Ibrahim bersama kakak iparnya iaitu Shamsidar isteri kepada Azmin Ali.

Nampaknya hari ini sekali lagi Arena Square Batu Gajah akan digegarkan oleh Ummi Hafilda, Rahimi dan rakyat yang inginkan kebenaran mengenai manusia bernama Anwar Ibrahim.

Orang Perak jom turun beramai-ramai kejap lagi. Pastinya bontot Anwar Ibrahim kepanasan dengan serangan ini.

Lelaki Y, rakyat mendesak anda serahkan DNA secara sukarela jika anda di pihak yang benar!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Peniaga Bazar Tok Guru Herdik Tok Guru Nik Aziz?

Bazar Tok Guru Kegagalan Menantu Nik Aziz?

Kegagalan kerajaan PAS Kelantan menguruskan 415 peniaga Bazar MPKB dan Arked Uda yang membawa kepada kemarahan memuncak para peniaga yang terbabit.

Isu ini timbul berikutan kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal menunaikan janji  yang dipersetujui bersama para peniaga yang dibuat sebelum PRU 2008. Pada awalnya peniaga pasar MPKB dan Arked UDA dijanjikan lot kedai berkeluasan 3.04 X 3.65 meter persegi pada harga RM40,000.

Tetapi selepas itu pada Januari 2011 harga lot kedai berkenaan dikhabarkan dinaikkan sekali ganda diantara RM80,000 ke RM90,000, bukan itu sahaja keluasan lot kedai juga dikecilkan kepada 1.82 X 2.4 meter persegi.

Bazar Tok Guru merupakan satu projek 'gah' kerajaan PAS Kelantan yang dibangunkan melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan PMBK. Pada masa itu menantu TG Nik Aziz bertindak sebagai C.E.O.

Peniaga-peniaga ini bukan sekali dua mereka dipermainkan, sudah banyak kali. Pada 26/01/2011 mereka telah pun mengadakan bantahan dan yang terbaru pada 11 Mac.

Ada yang mengatakan kecoh-kecoh di Bazar bukan sebab bantahan terhadap PAS dan TG Nik Aziz tetapi ada sambutan maulidur Rasul. Ini semua semata-mata hendak tutup cerita bahawa TG Nik Aziz diherdik oleh peniaga-peniaga muda pada hari berkenaan.

TG Nik Aziz tidak tahan kena balun dengan peniaga dikhabarkan hanya bercakap selama 5 minit sahaja sebelum beredar dari majlis tersebut. Selepas beredar dari bantahan peniaga-peniaga terbabit TG Nik Aziz dikatakan melepaskan marahnya di dalam kuliah Jumaat.

TG Nik Aziz dikatakan memarahi para peniaga terbabit dengan menyatakannya dalam kuliah Jumaat :

"Kalau yang nak tolak... tolaklah. Pasar itu tetaplah begitu, nak terima... terima dan lebih 100 orang dah terima, yang saya sudah tandatangan, baru nak tandatangan... kita tidak berganjak, yang tolak... tolaklah, cari lainlah, yang terima pun ada," 

Semasa depan peniaga dia tidak keluarkan kenyataan macam ini, sebaliknya ditempat lain beliau lepaskan nafsu amarahnya. 

Kenapa TG Nik Aziz melenting? Yang gagal menunaikan janji sebagaimana terkandung dalam manifesto PAS adalah kerajaan pimpinan TG Nik Aziz sendiri. Siapa yang berjanji manis dengan para peniaga pada 6 Mac 2008 sebelum PRU 2008.?

Sudahlah kerajaan PAS pimpinan TG Nik Aziz menipu peniaga, dari tapak besar jadi kecil, dari harga RM40,000 melonjak naik RM80,000. Malah berkeras pula untuk tidak melayan serta berganjak dengan keputusan yang dibuat.

Disebabkan penipuan demi penipuan untuk menutup kepincangan mereka dalam projek ini, masalah ini terus berlarutan sehingga setahun lebih. Bila dibantah mereka hanya pekakkan telinga. Dan menyalahkan UDA Holdings dan kerajaan pusat.


Semakin hari semakin terdedah kejelekkan pemimpin PAS yang tidak tahu menunaikan janji, yang mana golongan ini sebenarnya golongan munafik!




Double Y fikir : Orang Isle PAS ini tidak pandai menipu, rupanya arif juga menipu mereka ni yer..

Injil Berbahasa Melayu - Orang Islam Jangan Cepat Melatah..

Kitab Injil atau Bible berbahasa Melayu yang ditahan oleh KDN di Pelabuhan Klang sejak Mac 2009 berjumlah 5,000 nashkah dikhabarkan diserahkan kepada Persekutuan Biskop Malaysia Biskop dengan kebenaran DS Najib Tun Razak.

Dalam kes ini ada yang tidak senang dengan keputusan PM membenarkan supaya Injil atau Bible berbahasa Melayu bebas diamalkan di Sabah dan Sarawak. Antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Ada juga yang membuat andaian bahawa gerakan kristianisasi secara halus cuba dilakukan di Malaysia. 

Saya harap pihak umat Islam tidak cepat melatah dengan tindakan DS Najib Tun Razak ini dan perlu melihat ia dari pelbagai sudut, dan perkara yang mustahak yang harus di fahami sekarang adalah. DS Najib Tun Razak hanya membenarkan penggunakan bible berbahasa Melayu di Sabah dan Sarawak sahaja.

Untuk pengetahuan rakyat Sarawak dan Sabah yang pelbagai kaum rata-rata beragama Kristian, dan kebanyakkan mereka menggunakan bahasa Melayu selain bahasa ibuanda kaum masing-masing. Malah penggunaan bible berbahasa Melayu sudah lama digunakan oleh penganut Kristian di sana.

Walaupun bible dihasilkan versi bahasa Melayu, adakah ianya mampu memurtadkan umat Islam jika kita terbaca, terlihat isi kandung buku berkenaan? Saya berani katakan TIDAK jika kita selalu membaca dan mengamalkan ajaran Islam yang diperturunkan kepada kita melalui Kitab Suci Al-Quran.

Kenapa perlu takut dengan kebenaran yang diberikan oleh DS Najib untuk membenarkan penganut Kristian mengamalkan ajaran mereka melalui bible berbahasa Melayu? Adakah umat Islam hari ini terlalu cetek fikiran sehinggakan sebuah kitab bible berbahasa Melayu mampu mengeluarkan mereka dari Islam?

Adakah bible berbahasa Inggeris tidak mampu dibaca dan difahami oleh masyarakat Islam Melayu di Malaysia sekarang ini? - Saya berani katakan ramai orang Melayu Islam fasih berbahasa Inggeris sekarang. Jadi adakah perlu kitab bible bahasa Inggeris dihalang penggunaannya?

Bukan sahaja bahasa Melayu, kalau hendak tahu Injil dalam bahasa Arab pun ada. Tapi saya percaya umat Islam masih mampu membezakan Injil versi Arab dengan Al-Quran. Begitu juga Injil versi Melayu.

Saya bukan arif agama, tetapi saya percaya. Jika Al-Quran menjadi amalan, bacalah atau datanglah kitab apa sekalipun pegangan kita terhadap Al-Quran dan Islam InsyaAllah tidak mudah dipesongkan.

Lagipun DS Najib hanya membenarkan penggunaan kitab tersebut kepada masyarakat Kristian, bukan DS Najib mengatakan ianya boleh disebarkan sesuka hati oleh father-father Gereja secara terbuka. 

Jadi pada hemah saya, keputusan DS Najib melepaskan pengedaran kitab bible berbahasa Melayu tidak sepatutnya kita melatah, atau melenting. Kerana  masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai agama dan kaum. Jadi tindakan ini wajar dilakukan oleh PM DS Najib demi keutuhan kaum yang ada. Juga untuk memastikan hak penganut Kristian terjaga. - Berat tugas PM tahu tak?

Harus diingat juga, agama Islam adalah agama rasmi bagi Malaysia, dan agama-agama lain bebas diamalkan di Malaysia. 

Namun harus dipastikan bahawa, pihak serta penganut Kristian ini tidak sesekali menyebarkan, mendakwah, menerangkan kepada masyarakat Islam dalam negara ini. Serta tidak menyamakan Kristian dengan kesucian agama Islam. - Perkara ini saja perlu dipastikan.






Friday, March 11, 2011

Wajib Baca : Analisis Berfakta Buku JingGAY Bangkrapkan Negara! - Sebarkan


Analisis ini dihasilkan oleh Ahli Parlimen Kota Belud YB Dato Ahmad Rahman Dahlan. Ianya cukup bernas untuk kita menilai. Bahawa jika Buku JingGay yang dibanggakan oleh totok PR malah ada yang menggangap Buku tersebut umpama 'Kitab'.

Jom baca tulisan padat MP Kota Belud. :

Saya amat teruja apabila mendapat tahu bahawa Pakatan Rakyat (PR) telah mengumumkan dasar-dasar utama ekonomi dan kerajaan mereka jika dapat menawan Putrajaya. Saya gembira kerana PR akhirnya sedar bahawa untuk memenangi hati rakyat dan untuk menjadi kerajaan Persekutuan, mereka tidak boleh lagi menggunakan pendekatan retorik semata-mata. Akhirnya mereka harus akur kepada tuntutan “two-party-system” iaitu mempersembahkan dasar-dasar alternatif yang berbeza dengan  parti pemerintah.

Agaknya atas kesedaran ini, maka lahirlah Buku Jingga yang diilhamkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Lim Kit Siang dan YB Dato Seri Abdul Hadi Awang. Kini sekurang-kurangnya rakyat dapat menilai antara keberkesanan Buku Jingga dan Model Ekonomi Baru ilham Perdana Menteri YAB Dato Sri Najib Tun Razak.

Saya sebenarnya mengharapkan satu buku yang sarat dengan hujah-hujah ekonomi yang berdasarkan fakta yang nyata. Harapan saya ternyata meleset apabila membaca 3 mukasurat yang pertama sahaja, saya agak terkejut kerana PR masih lagi menggunakan berbagai-bagai label dan ungkapan-ungkapan retorik untuk mencemuh BN. Antaranya: selamatkan Malaysia, noda hak rakyat, rasuah, salahguna kuasa, bolot, tidak peduli, mengekang, tidak berjiwa rakyat, krisis parah, perkauman, durjana, pudar, ketinggalan, meraba-raba, bongkak, pentingkan sendiri, mundur, merudum, penderitaan, ketirisan, songsang, hambar, menunggang, lemah, kemelut, malap, gelap, ketakutan dan kabur.

Sebagai penyokong BN, saya hampir saja membuang Buku Jingga kedalam tong sampah kerana kecewa dengan retorik politik berlebihan yang tidak kena pada tempatnya.

Saya faham tentang politik. Setiap parti akan cuba sedaya upaya untuk mendapat pulangan politik terhadap apa saja yang mereka lakukan. Itu tidak salah kerana itulah lumrah politik. Tetapi dalam hal ini PR sepatutnya belajar daripada BN. Contohnya dalam dokumen Model Ekonomi Baru yang merangkumi Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan, tidak ada satu ayat pun yang memperlekehkan pembangkang. Semuanya ditulis dengan rasa keinsafan dan kesedaran bahawa Model Ekonomi Baru adalah milik semua rakyat Malaysia, tidak kira apa pegangan politik mereka. BN menyedari bahawa untuk Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan berjaya, semua rakyat Malaysia termasuk yang menyokong BN dan PR perlu menerimanya. Sebab itu, adalah penting untuk PR menyedari bahawa untuk berjaya, Buku Jingga juga perlu memenangi majoriti hati rakyat termasuk penyokong BN dan mereka yang di atas pagar.

Satu perkara lagi yang saya dapat bezakan antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan ialah cara ianya dirancang. Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan dirancang oleh BN setelah mendapat pandangan dan cadangan daripada rakyat melalui beberapa siri interaksi dan perhubungan dengan mereka. Antara lainnya ialah:

·      190,152 respon daripada orang awam melalui SMS
·      20,000 pengunjung bengkel-bengkel awam (public workshop)
·      24,719 respon daripada kajian on-line (on-line polls)
·      900 ahli makmal yang terdiri daripada pegawai-pegawai tinggi kerajaan dan pakar-pakar industri dan NGO
·      6,213 respon dari orang awam secara bertulis
·      dan 26,000 pengunjung Hari Terbuka (open days) PEMANDU mengenai Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan.

Setelah mendengar dan mengambil kira respon dan pandangan orang awam, barulah kerajaan BN membuat “endorsement” terhadap Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan . Buku Jingga pula, sepanjang pengetahuan saya, tidak pernah membuat sebarang percubaan untuk mendapatkan pandangan umum sebelum ianya digubal. Mungkin sebab itulah rakyat kurang merasai potensi Buku Jingga ini.

Selain itu, satu lagi perbezaan ketara antara Buku Jingga dan Program Transformasi Ekonomi dan Kerajaan BN ialah pendekatan masing-masing dalam usaha memacu ekonomi negara. BN meletakkan sektor swasta sebagai “driver” kepada ekonomi negara (Private sector driven -  contohnya 92% daripada pelaburan dan perbelanjaan Model Ekonom Baru akan datang daripada sektor swasta) manakala Buku Jingga pula meletakkan kerajaan sebagai driver ekonomi dengan menuntut kerajaan PR untuk berbelanja besar (big government spending!).

Apapun, saya teruskan tulisan ini dengan analisa saya terhadap Buku Jingga. Saya ucapkan terimakasih kepada MOF, EPU dan PEMANDU yang  telah banyak memberi pandangan dan input kepada saya.

Buku Jingga boleh dibahagikan kepada dua kategori. Kategori yang pertama ialah 10 janji yang akan diimplementasikan dalam masa 100 hari PKR menjadi kerajaan persekutuan dan kategori kedua ialah 39 janji dibawah tajuk “Dasar Bersama” atau “Common Policy”.  Saya akan memberi keutamaan dan menjawab janji-janji berkenaan ekonomi dahulu kerana ianya mempunyai kesan dan implikasi yang besar kepada ekonomi negara. Janji-janji tiada kaitan dengan ekonomi secara langsung akan saya jawab pada posting yang akan datang dalam blog ini.

Buku Jingga menjanjikan beberapa perkara utama yang melibatkan kewangan negara.

Antara lain:

·      Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
·      pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
·      menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
·      meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
·      penghapusan subsidi RM19 billion kepada IPP (Independent Power Producer – Penjana Tenaga Bebas)
·      menaikan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%


(1) Pengambilalihan konsesi-konsensi lebuhraya negara
 – Kos kepada kerajaan RM50 billion

Dasar PR ini mengarahkan kerajaan membuat tawaran pembelian saham-saham 19 syarikat konsesi lebuhraya yang dipegang oleh pelabur swasta. Kos pengambilan 19 lebuhraya melibatkan kos tidak kurang dari RM50 billion. Angka RM50 billion adalah tawaran terbaik buat masa ini kepada pemegang saham swasta oleh sebuah syarikat bernama Asas Serba Sdn Bhd. Besar kemungkinan pemegang saham swasta tidak akan menerima tawaran kerajaan yang lebih rendah dari RM50 billion.

(2) Meningkatkan pendapatan isirumah kepada tahap minima RM4,000 sebulan
– Kos kepada kerajaan minima RM93.9 billion setahun

Untuk memastikan setiap isirumah mendapat RM4,000 dalam masa lima tahun, pendapatan isirumah mesti berkembang pada kadar 21.7%. Ini adalah satu perkara yang susah direalisasikan buat masa ini. Kalau kita ambil contoh ekonomi yang paling pesat membangun di dunia untuk dibuat perbandingan iaitu ekonomi negara China, pendapatan isirumah mereka hanya berkembang pada tahap lebih kurang 10% sahaja setahun (sumber: National Bureau of Statistics China). Di Thailand dengan ekonomi yang memberangsangkan, kadar ini hanya 6.3% (sumber: National Statistical Office Thailand).

Jika PR gagal mengembangkan pendapatan isirumah pada kadar 21.7% (dan ini mungkin berlaku), PR terpaksa menokok sejumlah wang untuk memastikan janji mereka ditunaikan. Berapakah yang perlu PR belanjakan?

Peratusan isirumah yang berpendapatan RM4,000 kebawah ialah 67.1% (atau 3.8 juta isirumah). Untuk memastikan pendapatan isirumah mencapai RM4,000, secara puratanya PR terpaksa menokok wang tunai sebanyak RM2,045 sebulan setiap isirumah. Ini bermakna untuk setahun jumlah yang akan dibelanjakan oleh kerajaan PR ialah RM93 billion (untuk 3 tahun jumlah itu menjangkau RM279 billion. Untuk 5 tahun jumlahnya ialah RM465 billion).

(3) Pemberian RM500 kepada kakitangan kerajaan bermula dengan guru-guru
– Kos kepada kerajaan RM2.4 billion

Jumlah guru di Malaysia lebih kurang 400,000 orang. Penambahan gaji RM500 seorang akan memakan kos sebanyak RM2.4 billion setahun (RM500 X 400,000 orang X 12 bulan).
Saya berpendapat besar kemungkinan PR tidak akan dapat menolak desakan kakitangan kerajaan yang lain untuk mendapat kenaikan gaji yang sama. Kalau ini berlaku maka kos akan meinngkat kepada RM7.2 billion setahun (RM500 x 1,200,000 orang kakitangan kerajaan X 12 bulan)


(4)  Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
– Kos kepada kerajaan RM1.2 billion

Mengikut anggaran syarikat Wireless@KL, untuk membangunkan prasarana dan perkhidmatan Wi-Fi percuma di Kuala Lumpur (luas 244km persegi) sahaja akan memakan belanja RM64 juta (Capex RM50juta, Opex RM14juta). Kalau dikembangkan ke kawasan bandar dan separa bandar di Kangar, Ipoh, Pulau Pinang, Alor Setar, Petaling Jaya, Melaka, Seremban, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Terengganu, Kota Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, kos yang dianggarkan ialah RM1.2 billion.

(5) Menaikkan bayaran royalti kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20% - Kos kepada kerajaan RM12.5 billion (jika andaian Petronas mengekalkan tahap “retained profits”nya.

Dengan 5 perkara ekonomi diatas sahaja, bajet kerajaan PR akan mengalami defisit yang teruk dan hutang kerajaan PR akan melonjak naik.

Oleh kerana Buku Jingga tidak mempunyai maklumat tentang defisit bajet (peratusan dari KDNK), saya terpaksa menggunakan unjuran peratusan defisit yang diumumkan oleh Perdana Menteri dalam bajet 2011. Jumlah defisit ini bolehlah dikira sebagai “starting point” untuk bajet kerajaan PR jika mereka memerintah Putrajaya.

Defisit bajet untuk setahun pertama ialah:

·      Defisit 2011 ialah RM39 billion (5.4% dari KDNK), tambah
·      Kos penghapusan tol RM50 billion (6.92% dari KDNK), tambah
·      Kos menokok tambah pendapatan isirumah RM93.9 billion (12.99%) dari KDNK), tambah
·      Kos naik gaji guru RM2.4 billion (0.33% dari KDNK)
·      Kos Wi-FI percuma RM1.2 billion (0.17% dari KDNK)
·      Kos tambahan 20% royalti minyak RM12.5 billion (1.73% dari KDNK)

Keseluruhannya defisit bajet PR pada tahun pertama ialah RM199 billion atau 27.54% dari KDNK.

Dengan defisit sebesar itu, kerajaan PR akan berhutang untuk menampung defisit bajet tersebut. Hutang kerajaan PR dianggarkan melonjak kepada RM617.1 billion atau 85.4% dari KDNK. Ini senario tahun pertama PR menjadi kerajaan persekutuan.

Untuk tahun kedua, oleh kerana beberapa perbelanjaan seperti pengambilalihan lebuhraya dan pembinaan prasarana Wi-Fi adalah merupakan perbelanjaan sekali sahaja (one-off), defisit bajet kerajaan PR untuk tahun kedua dijangka turun kepada RM139.3 billion (18% dari KDNK).

Oleh kerana tahun kedua bajet masih lagi defisit, sekali lagi kerajaan PR  terpaksa menambah hutang mereka kepada RM783.5 billion (101.3% dari KDNK) untuk menampung defisit bajet untuk tahun kedua.

Maka untuk tahun kedua pemerintahan PR, defisit bajet negara akan melebihi 10% dari KDNK dan hutang kerajaan PR akan melampui 100% dari KDNK. Dengan itu Malaysia akan secara rasminya diistiharkan BANKRAP kerana hutangnya melebihi Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK)!

Nota:

(1) Anggaran ini hanya mengambil senario dimana kos pengambilan 19 lebuhraya negara ini ialah RM50 billion. Ada pakar ekonomi yang menjangkakan kos pengambilan ini boleh mencecah RM100 billion.

(2) Anggaran ini juga hanya mengambil senario di mana hanya gaji guru yang diberi tambahan RM500 sebulan. Jika semua kakitangan perkhidmatan awam yang berjumkah 1.2 juta mendesak kerajaan PR untuk memberi mereka jumlah yang sama, tambahan kos ialah RM7.2 billion dan bukannya RM2.4 billion setahun.

Dari Mana PR bercadang menambah pendapatannya?

Saya difahamkan bahawa PR merancang untuk menggunakan “penjimatan” RM19 billion yang dipotong dari subsidi kepada Penaja Kuasa Bebas (IPP) untuk menampung dasar-dasar yang saya sebut diatas (sebenarnya fakta Buku Jingga ini adalah salah. RM19 billion bukanlah semuanya subsidi untuk IPP sahaja).

Jawapan saya ialah penjimatan itu tidak akan dirasai oleh rakyat kerana besar kemungkinan IPP akan memindahkan kos mereka kepada pengguna elektrik dalam bentuk bil elektrik yang tinggi. Kita perlu ingat bahawa sebahagian daripada subsidi RM19 billion itu adalah untuk mengurangkan kos IPP agar kos sebenar elektrik tidak tinggi.

Begitu juga dengan kenyataan Buku Jingga bahawa mereka akan memastikan ketirisan tidak berlaku. Mereka mendakwa mereka boleh menjimatkan ketirisan sebanyak RM28 billion.

Untuk makluman, jumlah RM28 billion tidak ada dalam lapuran Ketua Audit negara. Saya sendiri telah bertanya kepada Tan Sri Amrin Buang, Ketua Audit Negara dan beliau mengesahkan tidak pernah mengatakan ada ketirisan RM28 billion.

Mungkin pakar-pakar ekonomi PR akan mengatakan bahawa ketirisan banyak berlaku seperti dalam PKFZ, Perwaja dan lain-lain lagi. Saya tidak menyangkal fakta itu. Tetapi sebagai pakar ekonomi, sudah tentu mereka tahu bahawa adalah kurang sesuai untuk membuat  unjuran pendapatan negara bersandarkan kepada penjimatan yang disebabkan oleh usaha membenteras salahguna kuasa, rasuah atau pembaziran. Jumlah dari pembenterasan salahguna kuasa, rasuah dan pembaziran sepatutnya diklasifikasikan sebagai “bonus” dan bukannya pendapatan. Ini kerana penjimatan dari salahguna kuasa, pembaziran atau rasuah bukanlah satu jumlah yang boleh dianggarkan dengan tepat dan tidak dapat pula dipastikan bila boleh direalisasikan.

Saya  menghargai usaha PR yang akan cuba untuk membanteras gejala-gejala jenayah ini tetapi  saya tidak dapat bersetuju untuk memasukkan “penjimatan” ini sebagai satu pendapatan negara yang boleh dianggarkan dengan tepat dan seterusnya dibelanjakan. Ini sudah tentu akan membawa kepada masalah besar jika unjuran pendapatan negara, yang disandarkan kepada sesuatu yang susah dikesan dan agak lama untuk diselesaikan (sebagai contoh PKFZ dan Perwaja,) tidak dapat direalisasikan dalam tahun bajet itu dibuat.

Dari analisis di atas, jelas menunjukkan bahawa Buku Jingga adalah satu percubaan yang baik namun jika kerajaan PR melaksanakan janji-janji mereka, ekonomi Malaysia tentunya akan bankrap dalam masa dua tahun pemerintahannya. Kesimpulannya, bagi saya Buku Jingga adalah satu buku yang “over simplistic”, tidak realistik dan tidak berpijak pada bumi yang nyata. Tambahan pulak banyak janji-janji sebelum ini tidak dimasukkan kedalam janji 100 hari itu…. Apa sudah jadi dengan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk kuota orang Sabah dan Sarawak?

Nota akhir: Saya akan menulis  janji-janji PR yang tiada kaitan dengan prestasi ekonomi negara secara langsung dalam posting saya yang akan datang. Ini termasuk isu institusi kenegaraan seperti ISA, SPRM dan SPR, Felda, janji kepada Sabah dan Sarawak dan lain-lain.

Salam DARD
 Layari blog MP Kota Belud di SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...