ANTI COMANGO

ANTI COMANGO
KLIK GAMBAR

NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com

Monday, February 28, 2011

Al-Fatihah Blogger Melayurayadaily Kembali ke Rahmatullah.

Saya dimaklumkan bahawa Dato Azizan, penulis blog Melayurayadaily telah kembali ke ramahtullah.

Beliau merupakan bekas Exco Pemuda dahulu, dan org paling lantang pertahankan Tun Mahathir ketika pada tahun 1998.

Semoga roh Arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

Takziah buat seluruh keluarga Arwah Dato Azizan.

Sempena menghormati Arwah, saya tidak update blog dalam masa terdekat.

Al-Fatihah....



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, February 24, 2011

Saifuddin Abdullah, Api Dalam Sekam, Gunting Dalam Lipatan?

Tulisan ini sebenarnya sudah lama ditulis oleh seorang Pengawai BTN iaitu pada 13-08-199.

Pada awalnya saya agak ragu-ragu untuk mempercayai apa yang ditulis oleh 'rakan' Saifuddin Abdullah ini.

Untuk makluman Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Kementerian Pengajian Tinggi, yang dilihat lebih cenderung kepada pembangkang.

Lihat sahaja tindakan beliau menelefon Polis supaya melepaskan pelajar (kumpulan GAMIS) yang berkempen di Galas yang terang-terang telah melakukan kesalahan.

Anda baca dan nilailah tulisan dibawah ini :

"Saya adalah seorang yang kenal dengan Saufuddin semenjak di MCKK lagi walaupun saya awal sikit dari beliau. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia sedalam-dalamnya. Kami bukan berkawan sehari dua - tetapi sudah lebih dua puluh tahun kami saling mengenali sesama sendiri.

Perhubungan kami terus dikatakan rapat (mungkin kurang rapat selepas tulisan ini - itu pun saya rasa dari perspektif beliau). Sebagai rakan, tulisan ini adalah suatu yang patut diharapkan dari seorang rakan. Harus ada rakan yang memperingati kita.

Dalam banyak perjumpaaan, kerap kali Saifuddin menyatakan hasrat beliau untuk berjaya terus dalam politik.

Memang dahulu beliau menyanjung DSAI. Memangpun masih begitu (sekurang-kurangnya itulah yang diucapkan kepada saya ketikadalam suasana saya dan dia berdua sahaja). Malah pendirian ini bukannya pendirian dulu yakni sebaik sahaja DSAI dilucutkan.

Tetapi pendirian ini dinyatakan berkali-kali (dalam pertemuan kami) sebaik sahaja DSAI dilucutkan jawatan, selepas DSAI ditahan, dan yang terbaru selepas DSAI dihukum dan selepas beliau (SA) sendiri menyatakan secara terbuka tentang "sokongan" beliau terhadap Mahathir.

Kata beliau, itu adalah terpaksa dinyatakan.

Beliau mengaku telah punmendapat restu DSAI (walaubagaimana pun saya sangsi cerita ini) untuk kekaldengan Mahathir dan menjadi musuh dalam selimut bagi Mahathir.

Kata beliau,beliau mempunyai perancangan yang baik.Saya tidak percaya bab DSAI merestui. Sebabnya ialah saya pun kenal DSAIsecara rapat.

DSAI sebagai senior saya semasa di kolej dan kemudian semasa di UM (juga bersama dengan Saifuddin) saya pernah mendapat hint dari DSAI sendiri nama beberapa orang yang DSAI beri kepercayaan sepenuhnya, beberapa orang yang DSAI sangsi, dan beberapa orang yang DSAI langsung tidak percayai.

Biarlah saya tidak kategorikan Saifuddin di dalam kategori mana - cukup setakat saya sangsi apa yang beliau katakan di atas.

Namun, Saifuddin turut mempunyai beberapa kisah lama. Saya akan simpan dahulu- kerana saya masih mahu mengekalkan beliau sebagai kawan bukan bermusuh.

Cuma ini sekadar mengingati beliau.Beliau di dalam perancangannya, telah bersedia untuk melompat ke Barisan Alternatif (tapi hanya selepas pilihanraya - dan jika beliau menang DAN jikaAlternatif mungkin berjaya membentuk kerajaan.

Jika tidak beliau ingin kekaldi dalam UMNO sebagai mata dan telinga DSAI (kata beliau).Beliau kata beliau sanggup untuk berperanan seperti Ibrahim Ali tetapi tidak keterlaluan dan tidak sebodoh (kata beliau) seperti Ibrahim itu.

Beliau mengaku dirinya lebih strategis dan jauh lebih cerdik (budak kolej konon) dari Ibrahim Ali. Satu perkara yang pernah beliau perakui suatu masa dulu (mungkin beliau sudah lupa) ialah, memang dugaan kewangan dan kemewahan adalah antara suatu yangsukar beliau tolak. Amat mencabar.

Dan setakat yang saya dengar begitulah tawaran telah dibuat terhadap beliau. Beberapa kali saya bertanyakan hal ini- beliau nafi. Ada juga beliau buat-buat senyum dalam beberapa penafian tersebut."


Salam dari,

Masih Dalam BTN.13/8/99


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 21, 2011

Cadangan Menarik Dari Pembaca Blog, Sdr Fakeh..

Apa kata UMNO Cawangan/Bahagian tuan anjur ceramah bertajuk KETUANAN MELAYU MENGIKUT ULAMA NUSANTARA.

Dalam tajuk ini, kita akan faham bahawa UMNO tanpa sedar telah melaksanakan segala nasihat ulama-ulama besar Melayu dahulu kala. Maka sebab itulah Allah SWT pelihara UMNO hingga kekal relevan ke hari ini berbanding PAS.

Kita juga akan faham bahawa perjuangan melalui bangsa adalah sunnah Rasulullah SAW dan memahami kesesatan aqidah Nik Aziz dari sudut ilmu yang dibahaskan dalam kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Sila layari

http://www.docstoc.com/docs/55052418/Bangsa-Melayu-Mengikut-Ulama-Ahlu-Sunnah-Wal-JamaahMohd

Fadhil bin Musbah al-Marwa ialah seorang guru pondok berumur 42 tahun yang berasal dari Sungai Merab, Kajang.

Datuk mertua beliau ialah Tuan Haji Hamid Kajang, pengasas Maa'had Hamidiah Kajang. Beliau adalah bekas pelajar Maktab Sains Sultan Ahmad Shah (1982-1986) yang memilih jurusan pengajian bersanad di Pondok Tunjuniah, Kota Bahru; Pondok Pasir Tumbuh, Kubang Kerian dan Pondok Kerandang, Besut.

Pernah bertugas sebagai guru JAIS dan KEMAS. Beliau tidak mengenakan sebarang bayaran tinggi, memadailah disediakan saguhati yang mengambil kira duit tol, duit petrol dan duit makan.

Beliau boleh dihubungi melalui anak muridnya, Ustaz Mohd Saiful A. Karim di talian 013-365 5715 atau 019-366 9741.


Double Y : Terima kasih saya ucapkan kepada Fakeh. Mana-mana pemimpin UMNO kalau inginkan kelainan dalam ceramah, mungkin boleh cuba dengan Ustaz ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 19, 2011

Blogger Prihatin : Mohon Bantuan Untuk Adik Humairah.

Senyumku tak seghairah; Gerak gaya tidak selincah; Mataku tak seayu; Kicau burung pun tak semerdu; Namun ku punya hati; Juga gayaku perasaan; Hidupku yang begini; Kadar waktu diizin Tuhan

 

POHON JASA BAIK SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG PRIHATIN UNTUK MENGHEBAHKAN PENDERITAAN ADIK NUR UMAIRAH BINTI MOHD ZAIDI

 

Nama: Nur Umairah binti Mohd Zaidi

Umur: 1 tahun

Asal: Kampung Padang Kulim, Kedah

Penyakit: Hidrosefalus (kepala membesar)

 

Bantuan yang diperlukan:

1. Doktor pakar untuk tampil membantu

2. Hospital pakar tampil membantu dengan teknologi perubatan yang ada

3. Pengamal perubatan alternatif diminta tampil membantu

4. Pengamal perubatan tradisional juga dipelawa untuk tampil membantu

5. Bantuan kewangan

6. Semangat dan sokongan moral buat keluarga

7. Hebahan dalam online (Facebook, blog, forum dan lain-lain)

 

Sesiapa yang ingin membantu keluarga berkenaan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Norbaizura Dol (ibu adik Nur Umairah) yang bernombor 0711129000100633.

 

Doktor pakar, pihak hospital pakar swasta, pengamal perubatan alternatif dan tradisional yang ingin membantu boleh berhubung dengan saya seperti butiran di bawah:

 

Mohammad Rizan Hassan, Setiausaha ADUAN BELIA-MAJLIS BELIA MALAYSIA

+60137733676

 

Kerjasama semua amatlah kami hargai. Sama-sama kita berdoa agar ada jalan penyelesaian buat adik Nur Umairah. KEPADA ALLAH KITA BERSERAH !!!




Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, February 17, 2011

Nama Gobala di Salah Guna Untuk Program Ceramah di Batu Gajah?

Siapa memandai meletakkan nama N. Gobalakrishnan untuk program ceramah di Arena Square Batu Gajah bersama Ummi Hafilda dan Rohaimi?

Tengok apa Gobala jawab dalam laman twitternya.

Siapa penganjur program tu, main petik je nama Gobala.

Gobala bhai.. Marah sikit mereka ni.. Haishh!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, February 12, 2011

Terkini : Adun BN Kerdau Bahagian Kuala Krau Meninggal - Al-Fatihah!

Adun BN Kerdau Bahagian Kuala Krau Pahang. Datuk Zaharuddin Abu Kassim Meninggal dunia.

Sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah untuk arwah. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang bertaqwa.

Al-fatihah....

PRK Lagi??


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Update : Farid Sudah di Temui..!

Dilaporkan tengah hari tadi Exco Wira Perkasa Pusat yang hilang sejak pagi semalam sudah pun ditemui oleh pihak Polis.

Namun beliau dilaporkan 'hilang ingatan' ketika memberi keterangan pada Polis.

Kini Farid telah selamat dan berada di pangkuan isteri dan keluarganya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Arman Azha tengah hari tadi.



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Update : Misi Mencari Farid! - Di Mana Sdr. Farid?

Tadi saya postingkan satu artikel ringkas iaitu pesanan BBM daripada Arman Azha Ketua Wira Perkasa berhubung misteri kehilangan Sdr. Farid Exco Wira Perkasa Pusat.

Sehingga kini saya dimaklumkan bahawa Sdr. Farid masih belum ditemui. Beliau keluar rumah jam 7.00 pagi. Sehingga kini masih gagal dihubungi.

Keluarga beliau bersama Arman kini berada di IPD Ampang untuk melaporkan kehilangan Farid.

Farid dipercayai membawa dokumen penting berkaitan dengan satu pendedahan sulit.

Farid keluar rumah dengan menaiki kereta Persona putih nombor pendaftaran WRN 3178.

Usaha mencari telah dimulakan jam 9.00 malam tadi sehingga kini masih gagal ditemui.

Lorong-lorong Chow Kit, Jalan TAR, semuanya telah diredah, hospital juga telah diperiksa, tapi masih gagal ditemui.

Dimana Farid? Sama-sama doakan keselamatan beliau..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, February 11, 2011

Ustazah Nur Bahyah Kena 'Urutan Cakar Harimau' di Hari Valentine Day?


Ustazah selebriti yang tersohor Ustazah Siti Norbahyah Mahamood yang popular dalam rancangan Semanis Kurma yang disiarkan di TV9 nampaknya teruk dihentam oleh penganut agama Kristian.

Ini semua gara-gara kenyataan beliau yang disiarkan di TV9 mengeluarkan kenyataan yang dikatakan telah mengguris hati orang Kristian. Saya tidak nafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustazah tersebut agak kurang tepat. Ini kerana beliau mengaitkan agama lain dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan yang berbunyi :

"Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian adalah tradisi bagi masyarakat beragama Kristian" 

Apa yang salah dari ayat yang dikeluarkan oleh Ustazah Siti Nur Bahyah ini cuba perhatikan? Kesilapannya adalah beliau memetik agama Kristian. Sama ada Ustazah Siti Nur Bahyah tidak sengaja atau sebaliknya itu persoalan yang kedua.

Ustazah Siti Nur Bahyah sepatutnya mengeluarkan kenyataan begini :

"Maksiat, disko, couple-couple, bersunyi-sunyian adalah bukan budaya Islam. Titik"  

Ini kenyataan yang lebih selamat dan tidak mengguris hati penganut agama lain.  

Tetapi Ustazah Nur Bahyah mungkin tersasul, namun saya percaya beliau tiada niat sedikit pun untuk mengguris hati orang Kristian. Ok kita akui kesalahan Ustazah Siti Nur Bahyah, namun harus diingat, adakah di dalam Malaysia ini hanya Siti Nur Bahyah sahaja yang telah mengguris hati rakan agama lain, sehingga teruk dihentam oleh MCA dan Pemuda Majlis Gereja-Gereja?

Adakah rakan berlainan agama kita tidak pernah mengguris hati kita umat Islam? Adakah pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah mengguris hati kita umat Islam? Bagaimana pula dengan pemimpin DAP adakah mereka tidak pernah mengguris hati kita umat Islam?

Jawapannya adalah pernah! Pemimpin-pemimpin berlainan agama ini pernah dan sedar bahawa kenyataan yang mereka keluarkan agak sensitif untuk orang Islam.

Contoh paling dekat, adalah ketika kempen di Tenang dimana Chua Soi Lek secara terang dan sedar telah menyentuh isu wanita bersalam calon PAS-Pakatan di Dun Tenang. Dan kenyataan ini telah dianggap menghina oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sendiri.

Saya tidak rasa Chua Soi Lek tidak tahu akan hukum dan budaya Islam, tetapi beliau sengaja melakukan serangan ke atas calon PAS ketika itu Normala Sudirman demi undi kaum cina.

Kenapa Persatuan Buddha, Kristian waima apa-apa agama sekali pun tidak mendesak Chua Soi Lek minta maaf dalam perkara ini kerana ia telah mengguris hati umat Islam?

Kenapa Pemuda Majlis Gereja-Gereja dan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok tidak mendesak Chua Soi Lek minta maaf jika benar faham kepentingan dan sensitiviti sesuatu agama?

Itu kisah pemimpin MCA, bagaimana dengan pemimpin DAP? Kita tahu rata-rata pemimpin dalam DAP beragama Kristian.  Adakah pemimpin DAP tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati umat Islam?

Jawapannya DAP lagi teruk hina Islam. Antara kes yang saya masih ingat adalah Penubuhan Majlis Rundingan Agama oleh kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini secara terang-terang menyamakan agama Islam setaraf dengan agama-agama lain.

Penubuhan Majlis ini lagi menakutkan kerana agama Islam akan dipandang seperti agama Buddha yang di asaskan oleh Gautama Buddha, dan agama Islam disamakan juga dengan agama Kristian, Taoism dan Bahai.

Adakah Penubuhan Majlis Rundingan Agama Pulau Pinang ini tidak mengguris hati umat Islam sedangkan matlamat penubuhan Majlis ini secara terang cuba menyamakan Islam dengan lain-lain agama?

Bandingkan semua kes-kes yang saya nyatakan, yang mana lebih menghina? Ustazah Nur Bahyah, Chua Soi Lek atau Majlis Rundingan Antara Agama?

Sampai bila umat Islam harus terlena?

Fikir-fikirkan.... 


p/s: Artikel pandangan peribadi penulis semata-mata, tiada niat untuk mempertikaikan agama-agam lain yang ada di Malaysia.

Urgent : Misi Mencari Farid Yang Hilang!!

‎​Salam Sahabat2 Yg Dihormati,

Saya Minta Tolong Banyak2, Sahabat Saya Juga AJK Wira Perkasa Pusat Sdr Mohd Farid b Abdullah,

Hilang Sejak Pagi Tadi, Keluar Rumah Jam 7pagi, Menaiki WRN 3178 Proton Persona, Warna Ungu,

Isteri Dan Keluarga Beliau Risau Kerana Tidak Dapat Dihubungi, Saya Telah Lancarkan Gerakan Cari Beliau Di Alamat Terakhir Friendfinder Beliau Di Tempat Ni Kat Mana??Urgent!!!

WISMA MOTOR JLN TAR (WMAS REPL, No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL @ 19:50 Sejak Pagi Hingga Kini Lokasi Disitu.

Beliau Ada Memegang Document Penting Yg Baru Dibongkarkan.

Saya Harap Rakan2 Sebarkan BBM Msg Ini Utk Cari Dan Doa Semoga Beliau Selamat.

-Arman Azha Hj Abu Hanifah-
Minta Bantuan Kengkawan Sgt2.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pelajar Dari Mesir di Upah RM60 Untuk Burukkan Ops Piramid.?

Ini petikan saya ambil daripada facebook saudara Eizwan Abdullah.

Katanya para pengawai yang mewakili kerajaan PAS Kelantan telah mengupah pelajar-pelajar Kelantan yang baru kembali dari Mesir sebanyak RM60 setiap seorang.

Pelajar-pelajar ini harus mengeluarkan kenyataan yang buruk mengenai Ops Piramid supaya menampakkan kegagalan usaha kerajaan dalam misi tersebut.

Eizwan Abdullah mendakwa modus operandi mereka adalah, memberikan wang sebanyak RM60 setiap seorang pelajar lepas itu mereka menghasut pelajar-pelajar ini supaya memburuk-burukkan usaha kerajaan.

Saya tanya lagi betul ke dakwaan kamu ini Eizwan Abdullah? Beliau jawab, "saya berada di airport, ketika pengawai PAS membahagikan wang tersebut."

Keji sungguh totok-totok PAS punya perangai. Bukan sahaja mereka tidak berterima kasih dengan usaha yang dibuat kerajaan.

Patutlah beria benar pelajar-pelajar berfahaman totok PAS ini memburukkan usaha kerajaan. Rupanya sudah disuap dengan RM60 seorang.

Besar benar nilai RM60 pemberian PAS berbanding dengan usaha kerajaan membawa mereka keluar.

Totok PAS ini belajar tinggi-tinggi pun tuan/puan tetap totok. Fikiran mereka terhadap kerajaan tetap buruk.

Elok tinggalkan sahaja golongan ini di Mesir biar terus tersepit dalam pergolakan di sana.

Lagi pun mereka suka berjihad. Tak gitu wahai saudara pembaca?


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

"Terima Kasih" Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Petikan akhbar di atas adalah dari Berita Harian terbitan hari ini.

Ini peniaga-peniaga MELAYU yang gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Dalam kejadian ini seorang peniaga MELAYU dikasari dan dipijak serta diperlakukan umpama binatang.

Para peniaga MELAYU ini mendakwa mereka sudah meniaga di situ lebih 5 tahun tanpa sebarang masalah.

Operasi yang dilakukan oleh MPSP Isnin lalu merupakan fasa pertama. Ini bermakna akan ada lagi tindakan 'gila' MPSP dengan arahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng.

Tindakan 'gila' MPSP dengan arahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ini, menyebabkan para peniaga MELAYU Islam kehilangan punca rezeki.

Para peniaga ini mendakwa mereka tidak marah sangat jika semua gerai haram yang ada di Pulau Pinang dirobohkan, bukan di kawasan mereka sahaja.

Maknanya di sini, mereka mahu Kerajaan Negeri Pulau Pinang, bertindak lebih adil. Kalau hendak roboh gerai yang tidak menepati piawaian Kerajaan Negeri robohlah sekali gerai-gerai orang cina yang berlambak dan secara terang-terang melakukan kesalahan.

Tapi Kerajaan DAP Pulau Pinang hanya bertindak merobohkan gerai-gerai orang MELAYU sahaja. Ini bukti jelas bahawa DAP bersikap tidak adil terhadap bangsa MELAYU Pulau Pinang.

Oleh kerana tindakan 'prihatin' Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng ini. Saya menyeru semua rakyat Pulau Pinang untuk bangkit mengucapkan 'terima kasih' kepada DAP.

Macam mana hendak ucapkan 'terima kasih' kepada mereka?

Mudah sahaja encik-encik, makcik-makcik. Dalam Pilihanraya yang ke-13 akan datang. Tuan/puan akan diberikan kertas undi.

Dalam kertas undi tersebut akan tertera logo parti yang bertanding. Di sebelah logo pula tertera satu kotak kosong di mana tempat yang tuan/puan perlu memangkah kotak terbabit.

Jadi sebagai tanda 'terima kasih' kepada Lim Guan Eng dan DAP yang telah menutup periuk nasi tuan/puan. Tuan/puan hanya perlu PANGKAH logo atau lambang DACING.

Tak perlu fikir panjang-panjang. Ingat hanya dua lambang DACING sahaja yang perlu dipangkah.

Ceq nak tanya kat kakitangan MPSP yang pijak bangsa sendiri ini. Apa perasaan hangpa semua? Seronok tak pijak bangsa sendiri?

Ceq tahu hangpa hanya menurut perintah, tapi hangpa kena fikir, orang yang hangpa pijak itu. Sebangsa dan seagama dengan hangpa.

Sudahlah hangpa semua tutup periuk nasi mereka, hangpa pijak depa macam binatang.?

Akhir kata ceq kepada semua orang Pulau Pinang. Buruk-buruk Koh Tsu Koon hangpa semua masih boleh cari makan. 'Baik'-'baik' Lim Guan Eng hangpa semua tidak boleh lagi cari rezeki.

Ingat jangan lupa ucap 'terima kasih' kepada Lim Guan Eng dalam Pilihanraya Umum yang ke-13!



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Nik Aziz Kalau Nak Sembang Pasal Tarif Air, Pastikan Air Ada Dulu!!


Bila saya dengar bahawa kerajaan pimpinan PAS Kelantan di bawah pentadbiran 'diktator' Nik Aziz memberi jaminan bahawa tariff air tidak akan naik, saya hanya mampu tersenyum tawar.

Mereka sembang cukup kencang, kononnya akibat tekanan kenaikkan harga barang, mereka tidak berniat menaikkan tarif air di Kelantan. Bila totok PAS dengar Tok Guru mereka cakap macam ini, melalak gembiralah mereka kononnya PAS memang menjaga kebajikan setiap rakyat Kelantan.

Namun Nik Aziz harus diingatkan, dan menjadi kewajipan saya untuk mengingatkan beliau selaku rakyat dan anak Kelantan. Bahawa masih ada kampung di sekitar Kelantan yang masih tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan Negeri.

Saya meletakkan diri saya sebagai orang yang layak bercakap pasal hal rakyat Kelantan kerana saya adalah anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan di Kelantan serta dibesarkan di Kelantan di bawah pimpinan Nik Aziz sepanjang 20
tahun.
Tahukah Nik Aziz, bahawa sebelum beliau berbicara mengenai tarif air. Adalah lebih baik beliau melakukan kaji selidik terlebih dahulu. Adakah setiap perkampungan di Kelantan telah pun disediakan air bersih oleh kerajaan Negeri?

Saya berani katakan masih ada perkampungan di Kelantan tidak mempunyai bekalan air yang bersih. Salah satunya Kampung Pulau Kundur yang terletak di Pantai Cahaya Bulan. Kampung ini merupakan sebuah perkampungan kawasan pesisiran pantai.

Abang ipar saya menetap di sana, dan kini masih lagi menggunakan air telaga. Namun kini abang ipar saya maju setapak kerana mampu membeli enjin untuk menyedut air telaga tersebut, kalau dulu beliau bersama keluarga hanya menimba guna tangan.

Air telaga ini digunakan untuk mandi, mengambil wudhuk, cuci pakaian dan juga dijadikan sumber minuman untuk abang ipar saya sekeluarga. Adakah ini yang Nik Aziz namakan sebagai kerajaan berkebajikan?

Itu  belum dikira di daerah Pasir Mas yang saya dengar mereka juga masih tidak dibekalkan dengan bekalan air bersih selama bertahun-tahun.

Boleh saudara bayangkan 20 tahun Nik Aziz memerintah, masih ada penduduk di Kelantan yang tidak mendapat bekalan air bersih dari kerajaan?

Jika ada pun bekalan air, saya berani katakan ianya berkeladak, keruh dan tekanannya cukup rendah, malah tidak keterlaluan jika saya katakan air kencing saya lagi laju daripada air paip yang keluar di setiap batang paip di rumah-rumah sekitar Kelantan.

Tapi semalam Nik Aziz berbicara mengenai tarif air? Tidak dinafikan bahawa tarif air di Kelantan antara yang terendah di Malaysia iaitu hanya RM0.55 sen per/meter padu. Tapi ini adalah harga yang memang wajar berdasarkan mutu bekalan air di tahap yang rendah.

Rakyat tidak marah jika tarif air naik beberapa sen asalkan mutu perkhidmatan yang disediakan amat memuaskan. 

Nasihat saya buat Tok Guru Nik Aziz, jenguk-jenguklah rumah sekitar pesisir pantai di Kelantan, kerana saya berani beri jaminan bahawa masih banyak rumah penduduk di sekitar sana masih tidak mendapat bekalan air yang sempurna dari kerajaan Negeri.

Selepas melawat mereka, sediakan khidmat air buat mereka, pastikan air itu bersih tidak berkeladak. Selepas itu barulah Tok Guru sembang pasal tariff air kepada rakyat Kelantan.

Air bersih pun tidak mampu hendak sediakan, masih ada hati hendak sembang pasal tarif air, Tok Guru saya ada dua perkataan khas buat Tok Guru.



"BOLEH JALAN DAAA!!"

Thursday, February 10, 2011

Esok Arman Perkasa Akan Buat Anwar Terduduk?

Saya baru sahaja menerima khidmat pesanan daripada Arman Azha Ketua Wira Perkasa.

Beliau memaklumkan akan membuat satu laporan Polis terhadap DS Anwar Ibrahim.

Berikut pesanan yang dikirimkan sebentar tadi. :

"‎​Utk Makluman,Satu Kejutan Esok Saya Selaku Ketua Wira Mewakili PERKASA Msia, Akan Membuat Laporan Polis Terhadap Penasihat PKR DS Anwar Ibrahim Di Balai Polis Dan Wangi (Campbell) Pada 11hb Feb 2011 Jam 3.30ptg.

Berani Menegak Keadilan Kerana Benar: Arman Azha Hj Abu Hanifah (Ketua Wira Perkasa Msia)"

Apa kejutan yang akan dibuat oleh Arman Azha dan Perkasa?

Sama-sama kita tunggu esok..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 8, 2011

Pengumuman dari SPR!!!

Pengumuman PENTING dari Suruhanjaya Pilihanraya SPR:-

Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi Suku Tahun Keempat 2010 akan dipamerkan mulai esok, 9 Februari hingga 15 Februari di 1,006 tempat di seluruh negara.

Amat penting bagi kita sahkan status kita sebagai pengundi, terutama bagi yang baru pertama kali akan mengundi.

BUATLAH PILIHAN BIJAK. RUJUK REKOD KHIDMAT BN SELAMA MEMERINTAH SEJAK MERDEKA.

Salam 1Malaysia...



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Zuraida Kamarudin Cemburu Dengan Kecantikkan Rosmah?

Saya memang kagum dengan sikap 'cemburu' yang dimiliki oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin terhadap Datin Rosmah Mansur.

Jika diperhatikan, dari awal perlantikkan DS Najib sebagai Perdana Menteri, fokus utama pembangkang adalah Datin Rosmah Mansur. Datin Rosmah Mansur seolah-olah satu 'objek' utama yang diserang oleh pembangkang melalui Zuraida Kamaruddin.

Apa sahaja tindak-tanduk yang dilakukan oleh Datin Rosmah Mansur, diperhatikan dan dijadikan 'peluru' untuk pembangkang 'menembak' kerajaan pimpinan DS Najib.

Zuraida Kamaruddin atau nama sebenarnya Mak Lampir, menjadikan Datin Rosmah sebagai sasaran, jika tidak silap, pada bulan Oktober tahun lepas, ketika Datin Rosmah mencadangkan supaya ditubuhkan satu pusat bersepadu untuk membantu golongan remaja perempuan yang hamil luar nikah. Datin Rosmah diserang kononnya menggalakkan remaja melakukan maksiat.

Itu belum lagi serangan yang dibuat oleh Zuraida Kamaruddin berhubung 'First Lady Summit',begitu juga peruntukkan untuk program PERMATA sebanyak RM111 Juta juga diserang bagai tidak cukup tanah Datin Rosmah Mansur ingin sembunyikan diri.

Kali ini sekali lagi Zuraida Kamaruddin mengulangi serangan yang sama terhadap Datin Rosmah Mansur cuma dalam bentuk yang berlainan. Zuraida Kamaruddin mengatakan Datin Rosmah Mansur cuba mencari publisiti murahan di atas usaha murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir.

Kata Zuraida :

"Adalah amat dikesali bila mana isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor yang cuba mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini. “Peranan beliau dalam misi ini nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir,”

Inilah yang dimaksudkan saya pembangkang di Malaysia, bukanlah pembangkang yang bijak, malah tidak keterlaluan saya labelkan sebagai pembangkang paling bodoh dalam dunia.


Jika pembangkang Malaysia ini bijak, ia tidak sepatutnya menyerang seorang isteri PM dengan isu yang remeh sebegini. Pembangkang yang bijak seharusnya menjadi sebuah badan pendesak yang bagus kepada kerajaan.

Saya bagi contoh, jika sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan, dilihat tidak menguntungkan rakyat, pihak pembangkang sepatutnya bukan hanya membangkang, tetapi dalam masa yang sama memberikan pandangan serta penyelesaian yang lebih bijak daripada apa yang dicadangkan oleh kerajaan.

Tetapi pembangkang di Malaysia ini tuan-puan pembaca, bodoh. Bodoh yang amat bodoh. Mereka hanya tahu membangkang dalam masa yang sama mereka tidak memberikan jalan penyelesaian yang lebih baik. Dalam bahasa pasar "mereka hanya tau kondem".

Sebab itulah pembangkang di Malaysia hanya tahu menyerang peribadi, menyerang isu yang remeh. Sehinggakan rambut Datin Rosmah pun dijadikan isu dan modal politik.

Sudahlah isteri seorang PM dijadikan modal politik, digesa pula agar PM meletakkan Datin Rosmah sebagai calon di Merlimau. Kalau pembangkang yang cerdik dia tidak mengeluarkan kenyataan begini tuan-puan.

Saya cuba mencari kepastian kenapa Datin Rosmah agak dicemburui oleh Zuraida Kamaruddin. Lalu jumpalah jawapannya....

Oh sebab Datin Rosmah Mansur cantik.. Zuraida tak cantik...

Oh sebab Datin Rosmah Mansur kulitnya putih dan bersih.. Zuraida hitam berkarat..

Oh sebab Datin Rosmah Mansur kulit mukanya bersih, Zuraida mukanya berjeragat..

Dan akhir sekali, kepastian pencarian saya terjawab juga....

Oh rupanya GIGI ZURAIDA JONGGANG, TAPI GIGI DATIN ROSMAH CANTIK!



Kah... Kah.. Kah...

Kalau hendak Datin Rosmah Mansur dicalunkan di Merlimau boleh. Tapi dengan syarat Zuraida Kamarudin juga tawarkan diri bertanding di sana.

Apa macam..?

Monday, February 7, 2011

Siapa Akan Tanggung Pelajar Pergi Semula Ke Mesir?


Alhamdullilah, berkat kebijaksanaan dan strategi yang mantap pihak kerajaan BARISAN NASIONAL menguruskan krisis pelajar di Mesir, siang tadi kumpulan pertama pelajar terbabit telah pun selamat sampai ke tanah air.

Kumpulan pelajar seramai 778 orang itu disambut dengan penuh keceriaan oleh kaum keluarga mereka yang setia menunggu di KLIA. Dilaporkan lebih 2,000 keluarga bergembira selepas melihat dan menatap wajah anak-anak mereka.

Tidak cukup dengan kaum keluarga mereka, kepulangan pelajar-pelajar terbabit disambut sendiri oleh Perdana Menteri kita DS Najib Tun Razak dan Timbalannya TS Muhyiddin Yassin.

Dengan tindakan yang rapi serta teratur, kerajaan BARISAN NASIONAL berjaya mengeluarkan kesemua pelajar Malaysia yang terperangkap di Mesir ke Jeddah hanya dalam masa 4 hari, sebelum mereka diterbangkan semula ke Malaysia.

Akan tetapi, belum pun kesemua pelajar kita yang berada di Mesir ketika ini memijak bumi bertuah Malaysia, sudah ada kenyataan-kenyataan daripada orang PAS yang saya kategorikan sebagai kenyataan 'tidak cerdik'.

Antara kenyataan 'tidak cerdik' yang menarik perhatian saya adalah, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, di mana Ketuanya Zawawi Hasan mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos untuk pelajar-pelajar ini ke Mesir semula? SINI

Encik Zawawi Hasan, apa kata saya bagi satu cadangan 'tidak cerdik' istimewa buat orang PAS?

Cadangan saya mudah, kerajaan BARISAN NASIONAL telah pun menanggung segala kos makan, minum, tempat tinggal, penerbangan, serta segala kemudahan untuk pelajar kita pulang ke Malaysia.

Jadi untuk berlaku adil, dan menambah baikkan lagi fungsi pembangkang di Malaysia, saya sarankan agar Pakatan Rakyat pula bertindak menanggung segala kos untuk setiap pelajar kembali semula ke Mesir selepas krisis Mesir tamat.

Mungkin ada yang cakap, "apa gila PR pula hendak tanggung kos pelajar ke Mesir nanti"? Bukan apa, saya cuma ingin memperlihatkan bahawa Pakatan Rakyat ini sangat-sangat prihatin kepada nasib pelajar terbabit.

Dari sini imej Pakatan Rakyat juga akan bertambah baik di mata rakyat. Masa ini juga sesuai untuk Pakatan Rakyat membuktikan slogan yang dicanang bahawa mereka menjaga setiap kebajikan rakyat betul-betul dapat direalisasikan.

Anggap sahajalah cadangan saya ini, sebagai platform atau latihan amali untuk Pakatan Rakyat 'memerintah' Malaysia kelak.

Apa komen saudara pembaca? Hehehe hendak juga tengok kemampuan Pakatan Rakyat dalam menguruskan sejumlah lebih 11,000 pelajar ini.

Boleh gitu..?

Totok PAS Yang Sambut Anak Depa di LCCT.

Sebentar tadi kumpulan pertama pelajar dari Mesir selamat tiba di LCCT.

Kumpulan seramai lebih kurang 700 orang itu disambut sendiri oleh Perdana Menteri DS Najib serta Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lebih 2000 keluarga yang menunggu anak mereka pulang. Alhamdullilah anak-anak mereka sampai dengan selamat berkat usaha kerajaan.

Tapi bila kita tengok gambar ini, apa yang saudara dapat lihat? Seolah-olah suasana Pilihanraya Kecil pula.

Kah Kah Kah.. Kalau dah totok PAS memang totok. Payung PAS pun mereka tak sanggup tinggalkan.

Hidup Pakcik Totok PAS!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 6, 2011

Isu Nik Aziz di Cabar Debat : Kejap Budaya Islam, Kejap Bukan Budaya Islam, Umat Islam Terus di Kelirukan?

Beberapa hari lepas, ulama veteran UMNO Kelantan Ustaz Mat Noor Deris membuat cabaran terbuka dengan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.


Pada awalnya semalam Sinar Harian melaporkan bahawa Nik Aziz bersedia menyahut cabaran itu sebelum ianya dinafikan oleh portal Haprakah Daily.


Haprakah Daily melaporkan bahawa laporan Sinar Harian tersebut KURANG TEPAT. Hal ini dinafikan oleh Pejabat Menteri Besar Kelantan. Laporan penafian tersebut boleh diikutinya di SINI

Hari ini, Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman mengatakan bahawa sebarang aktiviti perdebatan yang melibatkan soal akidah mesti ditolak kerana ianya bukan budaya Islam. 

Menurut dakwaan Mufti terbabit, cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu isu adalah melalui majlis syura atau mesyuarat dan ianya lebih baik daripada berdebat, kerana melalui debat ianya akan mengaibkan pihak yang kalah.

Beliau juga berkata :

Dalam al-Quran tidak ada perdebatan, cuma sekiranya ada sebarang ketidaksefahaman terutamanya melibatkan isu-isu akidah atau apa jua isu berkaitan Islam, cara terbaik adalah melalui majlis syura kerana ia lebih mudah dibincangkan berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah,”

Laporan kenyataan Mufti Pahang boleh dibaca di laman Sinar Harian

Ok kita terima pandangan yang dibuat oleh Mufti Pahang ini, kerana siapalah kita dan tinggi manalah ilmu agama kita ini, kalau hendak dibandingkan dengan seorang Mufti.

Akan tetapi, lain pula dakwaan Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Malaysiakini. Nik Aziz berkata Islam tidak melarang umatnya berdebat untuk mencari kebenaran dalam soal agama, malah ianya digalakkan asal meletakkan Al-Quran dan Hadis sebagai orang tengah.

Laporan kenyataan Nik Aziz berhubung cabaran debat ini boleh diikutinya di SINI


Persoalannya :

Kedua - dua individu ini adalah orang yang bijak pandai dalam ilmu agama. Akan tetapi kedua-dua individu ini memberi perjelasan yang agak berbeza.

Di mana seorang mendakwa perdebatan berhubung soal akidah adalah bukan budaya Islam, manakala Nik Aziz mendakwa debat mencari kebenaran berhubung soal agama ianya digalakkan dalam Islam.?

Tidakkah kedua-dua individu ini fikir bahawa kenyataan yang dibuat oleh beliau boleh mengelirukan umat Islam?

Umat Islam hari ini terus menerus dikelirukan oleh golongan yang bijak pandai dalam agama?

Kata-kata siapa yang kita harus terima pakai dalam isu ini, kata-kata seorang Mufti atau kata-kata seorang Tok Guru?



Komen anda...?

Saturday, February 5, 2011

Krisis Mesir : PAS Kelantan Hanya Bagi RM93.67 Setiap Seorang Pelajar?


Pada 2 Februari yang lalu, kerajaan PAS Kelantan mengumumkan bantuan sebanyak RM120,000 untuk para pelajar dari negeri Kelantan.

Usaha ini saya beri pujian, kita tidaklah sejahat orang PAS yang setiap usaha kerajaan buat selalu 'kondem' cuma saya ingin persoalkan sejauh mana kebijaksanaan PAS dalam menyelesaikan krisis yang dihadapi oleh para pelajar di Mesir ketika ini.

Untuk pengetahuan umum, rekod setakat ini menunjukkan jumlah pelajar Kelantan yang berada di Mesir ketika ini adalah seramai 1,281 orang pelajar daripada jumlah keseluruhan pelajar di Mesir iaitu 11,319 orang.

Pada 2 Februari BERNAMA melaporkan bantuan RM120,000 itu dibawa oleh bekas pengerusi Kelab Pelajar Mesir selaku wakil kerajaan Negeri Kelantan iaitu Encik Zulkifli Yaakob.

Bantuan ini dikatakan untuk pelajar Kelantan di Mesir yang tidak cukup bekalan makanan. Walaupun kita sedia maklum tiada pelajar yang mati kebulur dan bekalan makanan dilaporkan masih mencukupi sebagaimana dakwaan pelajar bila dihubungi oleh wartawan TV3, dan hal ini boleh diikuti di slot Buletin Utama beberapa hari yang lepas.

PAS nampaknya agak berkira dengan pelajar kelahiran negeri berkenaan, kenapa saya kata PAS agak berkira? Umum tahu mengenai PAS Kelantan pernah memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk blogger kickdefella memburukkan kerajaan Tun Abdullah Ahmad Badawi sehingga membawa kekalahan besar Tun Lah pada PRU12.

Tapi peruntukkan untuk pelajar mereka hanya berikan RM120,000. Mungkin ada yang berkata RM120,000 cukuplah untuk pelajar tersebut yang berjumlah 1,281 orang.

Jika dibahagikan jumlah RM120,000 kepada setiap pelajar kelahiran Kelantan seramai 1,281 orang itu setiap seorang akan dapat berapa jumlah keseluruhan?

Mudah sahaja, tekan kalkulator taip 120,000 dibahagikan kepada 1281. Berapakah angka yang tertera pada kalkulator saudara pembaca?

120,000 dibahagikan kepada 1281 = 93.676815 /-

Betul ke? RM93.67 sen setiap seorang pelajar? Cukup ke? Harga roti di Mesir ketika ini dilaporkan melonjak sehingga RM30 sekeping. Jadi duit yang diperuntukkan oleh kerajaan PAS kepada ini para pelajar kelahiran Kelantan beli 3 buku roti alamaknya habislah perbelanjaan mereka?

Kerajaan PAS yang kaya - raya di Kelantan hanya mampu memperuntukkan sebanyak itu? Usahkan beli tiket kapal terbang, beli 3 buku roti pun duit tersebut dah habis tuan puan sekelian.

Kerajaan Sabah yang dikatakan miskin oleh Pakatan Haprak ini telah pun bertindak menyewa pesawat khas untuk menerbangkan pelajar dari Sabah. Tapi kerajaan negeri Kelantan hanya mampu memperuntukkan RM93.67 sen untuk setiap pelajarnya.

Berapa bantuan untuk pelajar kelahiran Kelantan yang di peruntukkan oleh PAS Kelantan?


RM93.67


Berapa Double Y??

Tadi aku dah cakap RM93.67...


Betul ke awak kira ini Double Y. Tidak percaya tekanlah kalkulator masing-masing. Apa angka yang tertera wahai saudara pembaca?


RM93.67


Kah.. Kah.. Kah.. Beli 3 buku roti terus habis duit. Alahai PAS, itulah orang sudah bilang, jangan politikkan setiap isu.

Nah amik! Bagi stempek atas muka pemimpin PAS Kelantan!

RM4 Juta untuk kekal berkuasa boleh peruntukkan, soal nyawa anak-anak Kelantan hanya bernilai RM93.67 sen.

Krisis Mesir : Fitnah Anjing PAS Terhadap Kerajaan Semakin Melampau.



Semakin hari semakin galak anjing berketurunan PAS membuat serangan terhadap usaha kerajaan mengeluarkan dan menyelamat pelajar - pelajar Malaysia di Mesir ketika ini.

Walaupun banyak perjelasan yang diberikan, mereka semakin hari semakin galak menyerang serta terus melakukan fitnah tanpa mempedulikan perasaan pelajar dan juga ibubapa pelajar yang ketika ini sedang bimbang akan nasib setiap anak - anak mereka.

Saya sendiri pun semakin panas hati bila membaca setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh anjing keturunan PAS di portal rasmi mereka, dari Haprak Daily sehinggalah ke laman blog pro dan berfahaman Pakatan.

Hari ini seorang lagi anjing berfahaman PAS membuat kenyataan liar mengenai misi menyelamat ini. Beliau adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor iaitu Ahmad Zaidy Bin Abu Mutalib. Beliau tanpa menyelidik hal yang sebenar membuat kenyataan liar bahawa pelajar yang berfahaman UMNO diutamakan dalam misi tersebut.

Kenyataan beliau boleh diikuti di laman Haprak Daily

Pihak mereka baru sahaja buka bilik operasi semalam kalau tidak silap, tapi cuba jadi juara dalam isu menyelamat pelajar Mesir walhal kerajaan BN serta orang UMNO yang ketika ini bertungkus lumus dan mengharungi perjalanan yang panjang semata-mata untuk memastikan keselamatan pelajar kita terjamin.

Semalam berulang kali Senator Kohillan Pillay dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengatakan bahawa proses menyelamat dan menerbangkan mereka pulang ke Malaysia semuanya di TANGGUNG oleh kerajaan. Tapi masih ada lagi anjing PAS cuba memainkan isu bahawa segala perbelanjaan ditanggung sendiri oleh pelajar yang terbabit.

Sudahlah fitnah mengenai kos perbelanjaan kononnya ditanggung sendiri oleh pelajar, si anjing PAS berjawatan sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ini juga menimbulkan isu bahawa pelajar ditanya soalan "Encik UMNO Bahagian mana". Jika dijawab soalan ini, maka pelajar ini akan diutamakan? Apa bukti kamu ada untuk menyokong dakwaan kamu ini wahai Ahmad Zaidy?

Adakah anjing PAS ini fikir bahawa kenyataan beliau yang disiarkan di portal fitnah mereka itu akan diikuti dan dibaca oleh ibubapa. Kalau hendak fitnah dan serang BN pun biar bertanggungjawab sikit wahai anjing.

Dalam kenyataannya juga anjing PAS ini berkata bahawa berita mengenai pelajar terpaksa menanggung sendiri kos pulang ke Malaysia telah mengguris hati para ibubapa di Malaysia ketika ini.

Wei anjing, sekarang ini saya melihat puak PAS yang selalu keluarkan kenyataan liar tanpa fakta yang betul mengenai apa yang terjadi kepada pelajar Malaysia di Mesir ketika ini, kenyataan - kenyataan liar inilah yang menyebabkan ibubapa mereka risau wahai anjing wei. Takkan benda simple macam ini kamu sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS tidak mampu fikir?

Sudahlah kerajaan yang bertungkus - lumus di Mesir, kamu di sini hanya tahu menyalak mencari salah dan menjadikan isu ini sebagai isu politik. Sekadar labur duit sebanyak rm120 ribu dan buka bilik gerakan kamu ingat ini sudah cukup?

Ingat senang hendak menguruskan 11,319 orang pelajar dalam keadaan yang singkat? Susah-susah kau hantar unit Amal kau ke sana, mintak dana dengan Husam Musa aku hendak tengok sejauh mana kemampuan kamu dalam menyelesaikan kes ini.

Kerajaan bawa balik yang mana ingin balik sajalah, dengar cerita ramai lagi yang tidak berdaftar secara sukarela untuk pulang. Yang mana rasa besar kepala itu, tinggalkan sahaja di sana, budak-budak PAS memang suka berjihad.

Boleh ke gitu?


Nota Jubor : Maaf perkataan anjing yang sesuai buat orang PAS ketika ini, jika ada perkataan lain saya akan gantikan kemudian hari.

Isu Pemimpin Cawangan UMNO di Tangkap 'Berdoggie' Isteri Orang. Ini Jawapannya..

Gambar Hias..
Sejak 2 Februari satu emel mengatakan bahawa seorang Ketua Cawangan UMNO ditangkap ketika syok berdoggie dengan isteri orang heboh dan kecoh di blog pro Pakatan.

Saya sendiri pun siarkannya semalam di laman blog ini. Disebabkan saya buat entri semalam lebih kurang jam 3 pagi, jadi tidak sempat untuk saya hubungi nombor telefon yang tertera dalam emel yang disebarkan oleh beberapa blogger pro Pakatan tersebut.

Tanpa bersusah payah, seorang sahabat saya yang bergelar Abang Z. Telah pun menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan kepastian kes berkenaan. Dan hasil yang diperolehi adalah :

Ini kata Alang Aziz Sham :

1 - Rosli Bin Alias yang disebut terlibat dalam kejadian doggie tersebut bukan Ketua Cawangan UMNO sebaliknya jawatan beliau adalah Timbalan Ketua Cawangan merangkap Pengerusi KRT Pangsa Perdana Puchong.

2 - Mengikut kata Alang Aziz Sham, dia dan Rosli Bin Alias adalah jiran tetangga dan beliau telah pun bercerai dengan isterinya. (Mangsa 'doggie')

3 - Alang Aziz Sham kata, dia akan bagi nama imam yang terlibat dalam penangkapan tersebut.Tetapi beliau tidak mendedahkan dalam perbualan telefon. Katanya akan diberikan sedikit masa lagi.

4 - Bila di ajak untuk berjumpa, Alang Aziz Sham menolak pelawaan Abang Z. Kenapa tidak mahu berjumpa? Kenapa tidak mahu tegakkan kebenaran ke?

Selepas mendapatkan perjelasan Alang Aziz Sham, Abang Z hubungi pula lelaki yang terbabit dalam kes tersebut iaitu Rosli Bin Alias.

Kenyataan Rosli Bin Alias berupa penafian semata-mata, Rosli Bin Alias menafikan bahawa beliau ditangkap 'berdoggie' dengan isteri Alang Aziz, tetapi bila diajak untuk berjumpa beliau juga menolak perlawaan tersebut.

Persoalannya :

Alang Aziz mengatakan beliau menangkap isterinya sedang syok berdoggie dengan Rosli Bin Alias, tetapi Alang Aziz tidak pula mengamuk atau menumbuk Rosli Bin Alias, sebaliknya Alang Aziz mengeluarkan telefon bimbit dan merakam aksi 'doggie' tersebut?

Tidak cukup dengan itu, anak beliau yang berusia 18 tahun juga dibiarkan melihat aksi 'doggie' tersebut?

Kenapa kedua-dua individu ini enggan tampil untuk berjumpa dengan pihak yang hubungi mereka, sekurang-kurangnya salinan report polis dapat ditunjuk sebagai bukti bagi membuktikan bahawa kejadian ini benar-benar terjadi.?

Tidak cukup tindakan tidak masuk akal, dikatakan pula bahawa si pelaku syok bercium dihadapan anggota-anggota Polis ketika laporan dibuat oleh pengadu? Logikkah? 

Adakah Alang Aziz Sham ini mempunyai masalah peribadi di peringkat Cawangan, lalu memperbesarkan masalah mereka kepada majikan Rosli Bin Alias?

Mereka berdua enggan berjumpa untuk beri perjelasan yang sebenar, jadi saya pun malas nak besar - besarkan isu ini.

Lagi pun isu ini melibatkan individu di peringkat Cawangan, lainlah kalau Adun BN ke, MP BN ke, seronok juga kita nak follow-up. Tapi cuma pemimpin di peringkat Cawangan, setakat nak buka satu Cawangan, kumpul 50 orang pun sudah boleh buka satu Cawangan. Nak hairan apa? 

Lagi satu, kedua-dua manusia ini enggan tampil, jadi tiada asas untuk kita perbesarkan hal dalam kain mereka.

Selebihnya terserah kepada kebijaksanaan para pembaca yang budiman untuk menilai. Saya sudah cuba dapatkan kepastian, tetapi setakat ini sahaja yang termampu.

Sekian..

Pemimpin UMNO di Tangkap 'Doggie' Isteri Orang?

                                     Gambar penyeri artikel semata-mata

Isu Adun Selinsing dengan Adun Perupok belum lagi terjawab, kali ini tersebar di beberapa blog pro Pakatan bahawa ada kes di mana seorang individu yang berjawatan dalam UMNO dikatakan ditangkap ketika sedang syok 'doggie' isteri orang.

Individu ini dikatakan berjawatan sebagai Ketua UMNO Puchong Perdana, dan emel ini telah pun tersebar sejak 2 Februari yang lalu.

Sama ada benar atau tidak dakwaan yang dibuat oleh individu bernama Alangazizsham itu soal kedua, apa yang penting sekarang individu yang didakwa dalam emel ini hendaklah tampil memberikan perjelasan atau pun membuat penafian dengan segera.

Ini kerana kes sebegini boleh menjejaskan sokongan dan reputasi UMNO serta mungkin boleh digunakan sebagai satu 'point' untuk pembangkang menyerang kerajaan dalam PRU yang akan datang.

Individu ini mendakwa anak perempuan beliau sendiri saksi kejadian, beliau juga mendakwa sempat merakam gambar aksi tersebut. Serta ada membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong.

Jika ditanya pendapat saya, adakah saya percaya akan kes ini. Buat masa ini saya tidak mampu menjawab. Kerana kita perlu selidik dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang komen di atas isu ini.

Buat masa ini saudara pembaca teliti terlebih dahulu emel di bawah ini yang disebar di beberapa blog Pakatan.

Adakah emel ini sengaja direka untuk menutup kes Adun Selinsing dan Adun Perupok yang gagal bersumpah sehingga ke hari ini?

Adakah emel ini direka untuk menjatuhkan Ketua UMNO Cawangan berkenaan memandangkan individu yang menulis emel ini mendakwa dirinya sebagai ahli UMNO SEBELUM INI.?

Korang baca la emel ini di bawah ini :

Nanti kita bongkar!

"Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Melaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham - alangazizsham@yahoo.com"


Sumber : rubbertapperz




 

PAS & PKR Lacurkan Nama Rasulullah S.A.W di Surau Seri Manjung?


Semakin hari semakin kalut dan ribut puak Pakatan Rakyat dalam percubaan mereka untuk memesongkan fikiran rakyat supaya terpengaruh dengan segala dakyah kosong mereka.

Malam tadi berlangsungnya satu siri ceramah yang dijalankan oleh puak Pakatan Rakyat bertempat di Surau Madah di Seri Manjung Perak. Walaupun banyak kali pihak mereka cuba mengatakan bahawa UMNO/BN mempergunakan institusi ibadat untuk kepentingan politik.

Tetapi kali ini jelas kita dapat lihat bagaimana mereka menggunakan sebuah surau untuk menyampaikan ceramah politik mereka. Ceramah ini dihadiri lebih kurang 100 orang kebanyakkan mereka terdiri daripada totok PAS di sekitar Seri Manjung.

Walaupun saya sekarang ini menetap di Kuala Lumpur, saya tetap dapat semua maklumat mengenai isi ceramah yang disampaikan oleh puak Pakatan Rakyat kerana saya ada menghantar ejen 007 ke lokasi ceramah tersebut.

Jika diperhatikan dalam banner ini, tajuk ceramah yang mereka ingin sampaikan adalah "CERAMAH MAULIDUR RASUL". Ini bermakna sepatutnya ceramah tersebut berkisar mengenai perjuangan Rasullah S.A.W namun keadaan yang berlaku adalah sebaliknya.

Ceramah yang dimulakan oleh Laksamana (B) Haji Imran itu didapati banyak kali tersasul ketika membaca ayat suci Al-Quran, apa yang saya dapat sehingga 3 kali tersasul ketika Haji ini memulakan mukadimah beliau, ini barangkali hukum Tuhan kerana seringkali menghalalkan ayat-ayat suci Al-Quran dilacurkan kepada yang bukan Islam.

Dalam ceramah yang disampaikan beliau, tidak sedikit pun menceritakan perihal Rasullah S.A.W sebagaimana yang dicatitkan di dalam tajuk yang tertera pada banner, sebaliknya isi ceramahnya hanyalah mencaci, mengeji serta menyumpah seranah kerajaan BN.

Dari awal mukadimah sehingga akhir langsung tiada sebarang yang berkaitan dengan Maulidur Rasul disampaikan kepada hadirin oleh Haji Imran ini. Tak mengapalah mungkin beliau terlupa. Lalu spy saya ini tunggu giliran penceramah berikutnya, iaitu Ketua Srikandi PKR Cik Siti Aishah.

Saudara pembaca hendak tahu apa yang disampaikan oleh Siti Aishah ini? Menurut spy saya yang berada di lokasi, sudahlah si Siti Aishah ini tiada kelulusan dalam bidang agama, tapi dijemput untuk berceramah mengenai 'Maulidur Rasul'. Lalu dengarlah spy saya ini dengan teliti setiap bait-bait dan lirik yang disampaikan oleh Ketua Srikandi ini.

Dari awal sampai akhir lagi sekali tiada langsung mengenai kisah Rasullah S.A.W sebagaimana tajuk ceramah tersebut. Sebaliknya spy saya ini berkata, Siti Aishah ini bercerita mengenai bebanan peminjam PTPTN, katanya ramai pelajar IPTA/IPTS jadi pelacur disebabkan ingin bayar hutang PTPTN.

Bagi saya ini satu fitnah jahat, kalau benar. Saya cabar Siti Aishah untuk membuktikan dakwaan yang dibuat oleh beliau, kerana setahu saya, keterlibatan pelajar IPTA/IPTS ke dalam kancah pelacuran disebabkan perasaan ingin hidup mewah dan mengejar kebendaan.

Ini dapat dilihat daripada statistik kes pelajar IPTA/IPTS rata-rata memberikan alasan ingin hidup mewah dan disebabkan itu mereka terjebak ke dalam industri pelacuran, jadi di sini dakwaan Siti Aishah ini merupakan satu fitnah jahat yang cuba dilemparkan terhadap kerajaan.

Tidak cukup dengan dakwaan bodoh tersebut, Siti Aishah juga mendakwa kerajaan lambat bertindak mengeluarkan pelajar-pelajar kita di Mesir kerana kapal TLDM yang digunakan agak lambat kerana memakan masa untuk belayar.

Agaknya Siti Aishah ini bodoh dan bengap, kenapa tidak diceritakan mengenai 3 buah kapal terbang MAS dan 2 buah kapal terbang milik Air Asia yang digunakan dalam operasi tersebut, itu belum lagi dicampur dengan kapal terbang milik TUDM yang diturut digunakan dalam operasi tersebut. Agaknya Siti Aishah hendak bodohkan siapa?

Sudahlah 'jual' nama Rasullah S.A.W di banner untuk menghalalkan proses ceramah yang dijalankan di Surau, dalam ceramah pula diselitkan dengan fitnah dan umpat keji demi matlamat politik mereka.

Selepas 2 penceramah ini gagal menyampaikan matlamat sebenar isi dan tajuk ceramah, spy saya ini bertindak pulang ketika Nizar Lambai cuba naik ke pentas, dan ketika itu juga tabung-tabung derma di edarkan untuk mereka mencekik duit rakyat di Seri Manjung.

Kalau tajuk ceramah 'Maulidur Rasul' seeloknya diceritakan kisah-kisah serta perjuangan yang dibuat oleh Rasullah S.A.W ketika menyampaikan dakwah bukan bertindak menyebarkan fitnah dan dakyah politik sempit wahai Pakatan Haprak. Kalau hendak ceramah mengenai politik, pergilah ke padang sekolah ke, tapak pasar malam ke, kenapa surau dijadikan medan ceramah?

Surau itu satu-satunya tempat untuk umat Islam bersatu tanpa mengira fahaman politik. Kalau surau pun digunakan demi kepentingan politik dimana lagi tempat untuk umat Islam ini hendak bersatu?

Kesimpulannya wahai saudara pembaca yang budiman. Sudahlah surau dijadikan lokasi ceramah, tidak cukup dengan rumah ibadat yang suci dipergunakan, nama Rasullah S.A.W juga di 'jual' demi cita-cita politik mereka.

Hello Nizar Lambai and the gang, berapa banyak duit rakyat Seri Manjung korang cekik tadi?

Wednesday, February 2, 2011

Mari Baca Contoh Blogger Celaka Yang di Lahirkan Oleh PAS.

Krisis di Mesir ketika ini dijadikan satu medium baru oleh beberapa blogger pro PAS/PR untuk bertindak menghentam kerajaan, walaupun sumber yang mereka dapat dan disiarkan di dalam blog mereka, bukannya datang daripada pelajar yang berada di Mesir ketika ini.

Salah satu blogger celaka yang selalu menghentam kerajaan dengan penuh emosi, ialah blogger tersohor PAS Topeng Perak Unmasked. Sehingga ke hari ini dua artikel yang dihasilkan oleh Topeng Perak berhubung isu di Mesir waktu ini.

Artikel pertamanya memaparkan komen serta diskusi sesama mereka, dan mengatakan kononnya ada pelajar kita dirogol. Dan hal ini telah dinafikan melalui fakta yang padat dan sumber dari Mesir sendiri yang ditulis dengan baik oleh blogger Cucu Tok Selampit

Untuk pengetahuan umum, sehingga ke saat ini tiada seorang pun pelajar kita yang dirogol atau mati kebuluran sebagaimana disiarkan oleh beberapa blogger pro PAS/PR. Setakat ini hanya satu kes dilaporkan iaitu seorang pelajar Malaysia terperangkap dalam perhimpunan tersebut dan terkena tembakan peluru getah di bahagian matanya. Dan pelajar itu difahamkan telah selamat sampai di Malaysia.

Artikel pertama yang dihasilkan oleh Topeng Perak boleh di baca di SINI manakala artikel kedua pula saudara pembaca boleh membacanyanya di SINI

Inilah beza antara blogger PR dan BN, blogger BN kebanyakkan tidak bergantung kepada maklumat 'hear say' atau dengar cakap orang, sebagaimana blogger PR, jika diperhatikan artikel pertama yang dihasilkan oleh Topeng Perak, jelas maklumat yang berdasarkan cakap-cakap kosong di facebook dijadikan modal untuk beliau menulis satu artikel. Di mana jelas artikel serta maklumat mengenai kes rogol itu adalah palsu semata-mata.

Tidakkah si Topeng Perak blogger celaka fikir bahawa setiap artikel dan kisah yang kesahihannya belum dapat dipastikan itu boleh menimbulkan suasana panik terhadap ahli keluarga pelajar kita di sana?

Isu kedua dibangkitkan adalah kerajaan lambat bertindak sebagaimana Indonesia bertindak, jika diperhatikan gaya penulisan beliau langsung tidak menggambarkan keperibadian seorang muslim yang baik. Adakah muslim yang baik menulis dengan gaya begini seperti di bawah?

"Komen gua: B***T RosMoh la...!!! KERAjaan Malaysia adalah KERAjaan Babi..! Woi laki RosMoh..! dengan Rakyat sendiri pun nak berkira ke..? Babi Lu...!!! yang ada dekat Mesir tu Rakyat Malaysia..! bukan anak orang PAS, DAP & PKR je, anak orang UMNO yang hidupnya susah pun ramai jugak..! ni bukan masalah politik..! ni masalah KESELAMATAN RAKYAT MALAYSIA..!

BABI LU LAKI ROSMOH...!!!

Nak tunggu Rakyat Bangkit macam dekat Tunisia dengan Mesir dulu baru nak bertindak ke...???
"

Gara-gara gaya penulisan yang macam babi ini, artikel beliau siarkan dapat komen dan reaksi negatif dari pembacanya, dan saya tertarik dengan satu komen yang membidas Topeng Perak Unmasked :

Pandangan Pakteh:
Malaysia masih terbaik dlam membuat perkiraan.

1. Indon hantaq sebuah pesawat yang bulih angkut sekitar 400 orang. Berapa kali mau terbang baru clear semua 6 ribu lebih pelajar??

2. Malaysia berfikir dan mencari strategi terbaik baru umum plan. Maka digunakan cara seperti yang anda semua dah baca hari ni...11 ribu pelajar akan dapat dikeluarkan lebih cepat dari idea Indon.

3. Ketika PM dan semua rakyat bertungkus lumus membantu, pembangkang bertungkus lumus cari orang ajak buat DEMO.

4. Malaysia menghantar pegawai lebih awal dan ini amat penting bagi menguruskan segala-galanya.

5. Sekadar hantar kapal tanpa perancangan rapi....akan jadi baghal padang pasir...

KITA TUNGGU HASILNYA.... 

Sambung...

Bila guna strategi, nampak lebih tersusun.

"Kerajaan akan membawa pelajar ke Jeddah dan menggunakan KEMUDAHAN milik TABUNG HAJI di sana buat sementara waktu sebelum dibawa ke Malaysia"

wow...brilliant...Kemudahan Tabung Haji di Jeddah boleh tampung lebih dari 11 ribu...so...inilah yang dikatakan bertindak menggunakan akal .


Jadi saudara pembaca nilailah sendiri mentaliti totok PAS yang bergelar blogger ini. Buat Nik Aziz atau Husam Musa, blogger celaka yang kamu sering gelar dan tujukan kepada orang UMNO/BN sebenarnya adalah mereka dari kalangan penyokong serta pengikut kamu sendiri.

Kelab Putera UMNO telah hantar bantuan dan bekalan makanan, para pemuda PAS buat apa? tengah sibuk kumpulkan orang untuk berdemo ke?

So sekarang siapa yang babi? Babi yang pandai menaip dan berkata di laman blog tapi tiada satu tindakan dan cadangan yang baik dikemukakan? Blogger PAS atau UMNO yang babi?

Kesimpulannya, tidak usah cari jauh-jauh contoh blogger celaka, Topeng Perak adalah contoh terbaik blogger celaka yang dihasilkan PAS ketika ini.

Sekian...




p/s : Maaf jika ada bahasa yang tidak enak saya gunakan, buat masa ini tiada perkataan yang sesuai buat blogger PAS selain 'babi' 'celaka'.

Tiga Pesawat TUDM di Terbangkan Ke Mesir Hari Ini.

Baru terima pesanan ringkas BBM daripada Exco Pemuda UMNO Malaysia Sdr. Lokman Adam.

Mesej yang berbunyi :

"‎​Setiausaha Majlis Keselamatan Negara,Datuk Thajudeen Wahab kata 3 pesawat C-130 TUDM akan berlepas ke Mesir tengahari ini bawa makanan dan akan pindah pelajar ke Jeddah"

Jadi pembangkang jangan banyak bunyi. Kerajaan dari semalam lagi berkata sudah ada satu plan tindakan khusus yang digerakkan untuk memastikan keselamatan pelajar kita di sana.





Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, February 1, 2011

Krisis di Mesir, PR Cuba Menakuk di Kepala Takuk!

Krisis di Mesir nampaknya kian memuncak di mana berjuta rakyat Mesir ketika ini sedang mengadakan demontransi besar-besaran membantah dan mendesak regim Hosni Mubarak supaya meletakkan jawatan.

Untuk pengetahuan pembaca sehingga artikel ini ditulis saya difahamkan bahawa seramai 11,319 pelajar Malaysia di Mesir pada ketika ini ada dalam keadaan selamat. Malah dakwaan sesetengah blog pro pembangkang bahawa ada pelajar kita di rogol dan mati kebuluran di sana adalah satu dakyah bohong.

JPM Mesir juga bekerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Kaherah untuk mengaktifkan satu pasukan teras bagi menghadapi sebarang risiko keselamatan dan sebuah bilik operasi krisis di kedutaan kita di sana.

Isu di Mesir nampaknya cuba digunakan oleh PR dengan sebaik mungkin, pada awalnya mereka terlibat menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Mesir, selepas TV3 menyiarkan bahawa pelajar kita di sana lambat dapat bantuan yang sewajarnya mereka berkata akan berdemo pula.

Namun dalam demo yang akan diadakan pada jumaat nanti, mereka cuba mencampur adukkan krisis di Mesir dengan kenaikkan harga minyak yang di alami negara semalam.

Dari sini jelas menunjukkan PR hanyalah cuba memanipulasikan krisis di Mesir untuk menyerang kerajaan BN. Jika mereka hanya ingin menyatakan sokongan teguh kepada rakyat Mesir untuk menentang regim Hosni Mubarak kenapa perlu di campur adukkan sekali demontransi yang akan diadakan dengan isu kenaikkan harga minyak?

Mereka sebenarnya bukanlah ikhlas untuk memberi sokongan kepada rakyat Mesir, tujuan demontransi yang akan diadakan nanti, semata-mata untuk menyerang kerajaan BN gara-gara kenaikkan harga minyak.

Mereka melihat dengan bermodalkan krisis di Mesir, mereka mudah menarik sokongan rakyat dari pelbagai latar belakang. Krisis di Mesir hanyalah satu pemboleh-ubah untuk PR menghalalkan demontransi mereka pada jumaat ini.

Jika difikirkan logik akal, sebenarnya tidak perlu diadakan demontransi besaran, cukuplah sekadar menyerahkan memorandum yang telah pun mereka lakukan semalam.

Bagi saya, saya tidak melihat sebarang kepentingan untuk mengadakan demontransi sebagaimana ingin dianjurkan oleh PR pada Jumaat ini. Apa yang penting di sini, kerajaan hendaklah bertindak pantas dengan membawa pulang kesemua pelajar dan rakyat Malaysia yang ada di Mesir ketika ini.

Perdana Menteri juga sudah berkata kemungkinan kerajaan akan menggunakan kapal TLDM yang sedang bertugas di Teluk Aden sekarang ini untuk memindahkan pelajar kita ke tempat yang lebih selamat je Jeddah.

Tidak cukup dengan itu dikhabarkan juga taikun penerbangan Malaysia, Tony Fernandes juga cuba mencari penyelesaian untuk membantu menerbangkan pelajar kita pulang ke Malaysia.

Krisis antara kerajaan dan rakyat Mesir bagi saya kita wajarlah serah kepada rakyat Mesir sendiri untuk tentukan. Tugas kita sekarang adalah memastikan keselamatan kesemua rakyat dan pelajar kita di sana dalam keadaan terjamin. Ini yang lebih penting dari kita mencampuri urusan antara rakyat Mesir dan pemerintah mereka iaitu regim Hosni Mubarak.

Kalau PAS prihatin sekalipun tunjukkan dulu sikap keprihatinan anda kepada mangsa banjir yang dikhabarkan mencecah kepada 44,000 orang di Johor dan Melaka.

Adalah lebih elok, beribu-ribu penyokong PAS yang akan berdemo jumaat ini, turun beramai-ramai ke Johor dan Melaka, membuat kerja amal membantu mangsa - mangsa banjir.

Penyelewengan Memang Wujud Dalam PAS.

KUALA LUMPUR 31 Jan. – Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad mendedahkan penyelewengan biasa berlaku di dalam parti itu kerana wujud segelintir pemimpin yang tidak amanah selain ketiadaan sistem pemantauan wang keluar masuk terutama membabitkan derma.

Sehubungan itu, beliau tidak hairan dengan penerbitan sebuah buku bertajuk: Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali karangan Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani kerana perbuatan menyeleweng wang sememangnya berlaku di dalam parti berkenaan.

Ujarnya, selama beliau berada di dalam parti tersebut, itulah yang berlaku malah dalam satu peristiwa iaitu selepas berlakunya kejadian Memali pada November 1985, anak- anak Allahyarham Ibrahim Libya telah diusung ke mana-mana bagi tujuan mengutip derma.

''Malangnya saya difahamkan wang itu tidak sampai kepada keluarga Ibrahim Libya tetapi telah disapu oleh pihak tertentu. Saya bercakap atas pengalaman saya di dalam Pas selama 12 tahun dan inilah kebenaran yang berlaku.

''Oleh itu saya tidak hairan dengan pendedahan yang dibuat melalui buku ini. Saya yakin pendedahan ini adalah berdasarkan bukti dan asas yang kuat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas forum pembaca hari ini yang menyiarkan tulisan Zainon sendiri apabila penulis buku Mohd. Sabu Air Mata di Bumi Memali itu mempersoalkan akhbar Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010.

Di dalam keluaran itu, Zulkifli mempertikaikan kononnya C.N Al-Afghani menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku tersebut sedangkan kolumnis Harakah itu mengakui yang dia belum membaca buku itu sepenuhnya.

Buku tersebut mengundang kontroversi apabila penulisnya mendedahkan wujud penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim, 14 balu dan 200 mangsa Memali oleh pihak Pas.

Akibatnya seperti ada arahan rasmi, buku tersebut dilarang daripada dijual ketika berlangsungnya Majlis Memperingati 25 Tahun Memali, November tahun lalu.

Mengulas lanjut, Nakhaie percaya penulis buku tersebut cuba mendedahkan apa sebenarnya yang berlaku di dalam Pas dan bukannya sengaja mereka-reka cerita atau menimbulkan fitnah.

''Apa yang cuba disampaikan oleh penulis ini ada kaitannya dengan kredibiliti Pas sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam. Beliau mahu memberitahu rakyat dengan ikhlas hati bahawa inilah rupanya Pas yang sebenar.

''Sekiranya Pas menjadikan Islam sebagai pegangan sudah pasti tidak akan berlaku perkara-perkara sebegini. Ini tidak, penyelewengan tetap berlaku di dalam Pas,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau juga percaya pucuk pimpinan Pas akan marah kepadanya ekoran kenyataan tersebut kerana ia boleh mencalar imej parti itu di mata rakyat.

''Saya bercakap atas kebenaran dan saya sedia kemukakan kebenaran itu sekiranya diminta. Realitinya, Pas tidak boleh menafikan wujudnya penyelewengan ekoran adanya segelintir pemimpin yang tidak amanah di dalam parti itu.

''Ini ditambahkan lagi dengan ketiadaan sistem pengurusan yang bersistematik hingga menyebabkan penyelewengan berlaku dengan mudah,'' katanya

Beliau juga tidak menolak kemungkinan pucuk pimpinan Pas akan berusaha menyembunyikan kebenaran itu tetapi mereka jangan lupa bahawa sesungguhnya Allah maha mengetahui dan maha melihat setiap perlakuan mereka.

''Seperkara lagi saya ingin nasihatkan Pas, sekiranya tidak mampu memelihara nama baik Islam, gugurkan sahaja nama Islam pada nama Pas. Jangan gunakan nama Islam sekiranya mereka tidak mampu menjaganya dengan baik,'' katanya lagi


Double Y : Jadi parti PAS tak perlulah claim konon parti kamu bebas dari segala penyelewengan.

Duit anak yatim pun dibedalnya.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Siapa Wanita Ini di Hati Anwar Ibrahim?

Sudah lama benar saya tidak update blog. Saya minta maaf kepada pembaca.

Kebelakangan ini saya mengalami penyakit 'kemurungan' oleh sebab itu blog saya tidak dapat 'update' blog seminggu dua ini. Sakit 'kemurungan' ini mungkin akibat berjangkit daripada suami calon PAS di Tenang iaitu si Maarof MC.

Kali ini satu persoalan lagi timbul, siapa wanita di dalam gambar di atas? Apa hubungannya dengan DS Anwar Ibrahim?

Nampaknya pendedahan terbaru yang bakal menyusul nanti mungkin membuatkan DS Anwar Ibrahim tidak senang duduk.

Apa kisah di sebalik gambar wanita ini? Dan apa kaitannya dengan DS Anwar Ibrahim?

Tunggu....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

University News Capital

University News Capital
Words Of The Young Minds

BNBBC

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors

Kelab Penyokong Siber The Red Warriors
Klik Untuk Ketahui Berita Terkini Pasukan The Red Warriors

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS

BUTIK JUNIOR RED WARRIORS
Pembekal Barangan Original Pasukan Kelantan The Red Warriors

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

Dari Kampus

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal

Arkib Artikel Kawe...