Sunday, September 11, 2011

HOT : Bila Guru Mula Gila Main Politik...

Hiasan semata-mata ( tapi memang ada sesetengah guru memang nak buat soalan mcm ni)

Sejak golongan pendidik  perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan berpolitik bermula 1 Ogos 2010 tahun lepas ramai pihak menyatakan rungutan kerana ada guru-guru ini menyelitkan unsur-unsur bermotifkan politik dalam sessi pembelajaran.

Guru siswazah di negara kita ini ada lebih kurang 190,000 orang, tapi saya percaya tidak semua 'gila politik', walaupun dikatakan syarat-syarat ketat dikenakan kepada guru yang ingin aktif berpolitik terutama sekali mereka kena mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

Nampaknya peraturan ini tidak dipatuhi sepenuhnya oleh sesetengah guru yang terbabit.

Contohnya ketika demontrasi Bersih 2.0 tempoh hari, saya menerima maklum balas dari seorang guru sekolah rendah bahawa terdapat sesetengah guru lelaki di sekolahnya mengenakan baju kuning berlogo Bersih 2.0 ketika mengajar pendidikan jasmani.

Kerajaan cakap perhimpunan Bersih 2.0 adalah haram, apa jadah kakitangan kerajaan nak pakai baju Bersih 2.0 bergaya depan pelajar yang umurnya bawah 12 tahun? Nak pakai baju Bersih 2.0 atau 'baju dalam' itu hak dia, tapi kenapa perlu dipakai semasa mengajar?

Kita tahu terdapat sesetengah guru yang menggunakan 'sindiran politik' ketika sessi pembelajaran, malah ada yang lebih advance dengan bermain kuiz politik bersama pelajarnya, kalau pelajar universiti bolehlah kita terima, tapi kalau pelajar sekolah rendah apa jadah diselitkan unsur politik semasa belajar?

Pelajar sekolah rendah umur mereka dari 7 tahun hingga 12 tahun, tindakan sesetengah golongan guru ini bagi saya adalah percubaan untuk mendoktrin pemikiran budak-budak supaya membenci kerajaan sebagaimana dilakukan di PASTI-PASTI milik PAS.

Secara peribadi hak untuk aktif berpolitik, berpersatuan itu adalah hak semua sebagai warganegara Malaysia, memang tiada sebarang kesalahan jika guru-guru ini ingin aktif politik, dan memilih apa saja parti yang dia sokong dan percaya.

Itu kita tiada hak untuk menghalang...

Tapi kalau kebenaran untuk berpolitik terhadap guru-guru ini disalah-guna ketika sessi pembelajaran, nampaknya ini satu perkara yang tidak boleh diterima. Kerana mereka tidak lagi berupaya untuk memisahkan batasan tugas seorang guru dengan aktiviti politik.

Buat guru-guru yang menjadi sumber inspirasi setiap rakyat Malaysia, diharap dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi. Tugas anda murni jangan kotorkan nilai-nilai kemuliaan yang ada pada golongan guru kerana taksub dengan sesuatu parti.

Kita tahu guru-guru tak berpuas hati sebab 3 tahun tak diberikan bonus... Apa yang ditulis dalam Buku Jingga untuk golongan guru belum tentu mampu dilaksanakan oleh PR.


YY : Cikgu-cikgu jangan marah.... anggap saja ini pembuka bicara, jika berulang lagi nama sekolah kita kasi tepek sini...

1 comment:

  1. maaf
    saya bukan pro PR tetapi saya menghantar anak saya di PASTI kerana saya dah tengok sukatan pelajaran dan apa yang di ajar di sana
    hasil dari pantauan saya guru pendidik di PASTI mengajar mengikut silibus yang telah dibuat dan di pantau oleh KPM.
    takde pula saya nampak guru-guru PASTI tersebut memburukkan kerajaan
    tetapi yang jelas guru-guru tersebut melakukan kerja yang di amanah kan lebih baik dari guru-guru di tabika Kemas

    ReplyDelete

Saya tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang komen yang boleh membuatkan anda didakwa di mahkamah. Komen yang lari tajuk artikel mungkin akan dibuang. Segala komentar adalah tanggungjawab anda sendiri.

Harap Maklum yer saudara....

-YY-